Walaupun gua nampak macam hampeh macam ni. Gua masih percaya perancangan Tuhan adalah yang terbaik.
Tuhan bagi ilmu secara beransur-ansur. Sebab tu kadang-kadang gua nampak kawan-kawan gua, dah tua bangka pun perangai macam budak-budak. Badan dah berbulu pun sibuk nak menetek lagi. Badan dah berbulu pun nak berkepit dengan ibu bapa lagi.
Ada orang yang gua kenal kekurangan perasaan kasih sayang, kurang sensitiviti, kurang empati. Tuhan belum turunkan perasaan tu dalam sanubari mereka, mungkin. Mungkin mereka belum bersedia untuk handle perasaan-perasaan macam tu.
Masa gua kecik-kecik dulu mana pernah gua pikir perasaan mak bapak gua. Gua asyik nak mak bapak gua penuhi apa yang gua mahu. Nak pergi lawatan sekolah la, nak beli kasut harga ratus-ratuslah. Sedangkan mak bapak gua bukan kerja gomen kaya raya hidup senang pun. Apa jadahnya nak menghabiskan duit beli kasut ratus-ratus. Kalau ada Crocs harga RM30, baik beli yang itu dari beli yang ratus-ratus. Plastik sama jer pun. Tak ada sapa nak tengok dekat-dekat kasut yang gua pakai.
Dah baligh, mimpi pun sedar-sedar kain dah basah. Barulah timbul sikit perasaan cerdik tu. Barulah sedar sikit kasih sayang mak bapak. Tapi selagi tak cukup umur, Tuhan tak bagi pun perasaan tu. Kalau Dia bagi memang tak tertanggung gua nanti. Terus tak jadi budak-budak. Umur 15 tahun gua rasa gua dah berenti sekolah mintak kerja jadi jaga supermarket.
Orang yang tak pernah bercinta takkan faham bagaimana rasanya mabuk cinta tu. Rindu dendam. Tak dapat tengok tuan, tengok bumbung rumah pun jadi. Tak dapat cakap, SMS pun jadi. Mandi tak basah, tidur tak lena. Makan tak lalu, sepinggan jadi dua pinggan. Orang yang tidak pernah bercinta dia takkan faham perasaan-perasaan macam tu.
Orang yang tak ada anak tak akan rasa perasaan kasih sayang pada anak-anak. Takkan rasa betapa susahnya hati bila anak-anak demam. Rela diri tak makan asalkan dapat bagi anak-anak makan. Takkan pernah merasa, begitulah rasa kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.
Sebab itu, orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini, tak rasa apa-apa bila baca berita pasal pembuangan bayi. Orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini tidak rasa apa-apa bila baca berita remaja kena tembak sia-sia, budak-budak kena culik, kena bunuh. Orang-orang kekurangan kasih sayang ini tak rasa apa-apa bila baca berita pasal anak kepada seorang ibu/bapa mati dengan tragis.
Orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini akan kata, padan muka, mak bapak tak pandai jaga anak. Mak bapak sibuk kerja tinggalkan anak-anak dan lagi, dan lagi.
Orang-orang kekurangan kasih sayang ini takkan rasa perasaan bagaimana gua rasa bila malam-malam pandang wajah anak-anak, dan memikirkan masa depan mereka. Hidup lagikah mereka esok? Membesar elokkah mereka esok? Selamatkah mereka esok?
Orang-orang kekurangan kasih sayang ini tak pernah fikir bahawa dunia ini mungkin tidak selamat untuk anak-anak mereka. Orang-orang kekurangan kasih sayang ini, Tuhan belum anugerahkan perasaan itu kepada mereka... Dan gua percaya, perancangan Tuhan adalah yang terbaik!
p/s: Sorry gua teremosi sikit. Dalam hati ada taman, beginilah jadinya.
Khamis, 6 Mei 2010
Jumaat, 30 April 2010
Bahaya Bawak Kereta Laju-laju
Semalam gua memandu kereta dari Putrajaya ke Penang. Gua kalau setakat bawak kereta Savvy memang gua tak into sangat nak bawak laju-laju. Salah satu sebab adalah kereta kecik biasanya bunyi enjin mendaum gila walaupun speedometer baru jejak 120km/j. Budak sekolah tingkatan tiga pun boleh bawak lagi laju pakai Iswara 1.3L.
Satu lagi sebab, gua tak mahu kena saman speedtrap. Walaupun gua tahu kalo bawak ke mahkamah speedtrap tu tak boleh pakai, gua confirm menang kes. Sapa yang calibrate meter speedtrap tu? Macam mana meter speedtrap tu dianggap betul kalau tak pernah calibrate? Mana ada standard Sirim untuk calibrate meter speedtrap? So, confirm meter speedtrap tu tak pernah dikalibrasi, keputusannya sure tak sah dalam mahkamah. Gerenti gua boleh menang kes punyalah dengan guna hujah teknikal.
Tapi gua pikir lagi, nak upah lawyer pun lagi mahal dari bayar saman speedtrap. So, tader sapa rasa nak bawak kes speedtrap ke mahkamah. Buat apa berhabis beribu pasal benda dua tiga ratus? Buat apa berhabis beratus kalau setakat pakai Savvy jer?
Tiba-tiba gua rasa nak terberak. R&R Tapah lagi 20 kilometer. Kaki gua dah menggigil nak tekan pedal minyak kasi rapat. Perut gua dah memulas-mulas. Gua kemut sekuat boleh. Kalau tidak, mahu berterabur dalam kereta. Dahi dah mula berpeluh dingin.
Tiba-tiba, dengan tak semena-mena gua terbayang laporan akhbar esoknya...
Ala.. tak berbaloi mati kena tembak sebab nak terberak. Penguatkuasa undang-undang bukan ada masa pun nak tanya apsal lu nak cepat. Dia mana tahu lu nak terberak... tak boleh nak salahkan dia jugak! Dan lu yang nak terberak bukan dengar dah orang cakap apa, dalam kepala lu teringat jamban jer. Benda lain lu dah lupa!
Semalam gua memandu kereta dari Putrajaya ke Penang. Gua kalau setakat bawak kereta Savvy memang gua tak into sangat nak bawak laju-laju. Salah satu sebab adalah gua tak gemar sangat nak langgar undang-undang duniawi ni. Alhamdulillah pukul 1 tengah hari gua selamat merentasi selat ke Pulau Pinang.
p/s: Laporan akhbar itu adalah imaginasi penulis semata-mata. Harapnya tiada kaitan antara yang ditembak dan yang menembak.

Seorang lelaki 30 tahun ditembak mati di R&R Tapah. Suspek dilaporkan seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa. Kejadian berlaku setelah adegan kejar mengejar antara suspek dengan pihak penguatkuasa undang-undang lalulintas. Dipercayai suspek memandu laju di Lebuhraya PLUS menghala utara dan memotong kereta MPV penguatkuasa undang-undang. Selepas susur masuk ke R&R Tapah, suspek bergegas keluar dari kenderaan dan menuju ke arah tandas R&R. Penguatkuasa undang-undang berjaya menembak mati lelaki tersebut apabila satu das tembakan tepat mengenai kepala suspek.
Ala.. tak berbaloi mati kena tembak sebab nak terberak. Penguatkuasa undang-undang bukan ada masa pun nak tanya apsal lu nak cepat. Dia mana tahu lu nak terberak... tak boleh nak salahkan dia jugak! Dan lu yang nak terberak bukan dengar dah orang cakap apa, dalam kepala lu teringat jamban jer. Benda lain lu dah lupa!
Semalam gua memandu kereta dari Putrajaya ke Penang. Gua kalau setakat bawak kereta Savvy memang gua tak into sangat nak bawak laju-laju. Salah satu sebab adalah gua tak gemar sangat nak langgar undang-undang duniawi ni. Alhamdulillah pukul 1 tengah hari gua selamat merentasi selat ke Pulau Pinang.
p/s: Laporan akhbar itu adalah imaginasi penulis semata-mata. Harapnya tiada kaitan antara yang ditembak dan yang menembak.
Selasa, 27 April 2010
PTK1 Yang Pertama dan Terakhir? (Insya-Allah)
Satu perkara yang perlu gua dan lu faham, setiap apa pun akan ada yang pertama. Ah, takkan malam saja lu nak ada malam pertama? Takkan peperiksaan PTK lu tak nak ada yang pertama? Kalau tak ada yang pertama macam mana lu nak re-sit PTK , ya tak?
Sekian, terima kasih.

p/s: Jangan hangin dengan gua tak tentu pasal. Gua tengah sibuk study ni.. Nanti kalau gua terajang lu, P.Kamalanthan pun tak sempat nak pindah duduk sebelah umah lu dan janji macam-macam dengan lu! Oh, ya! Tahniah YB!
(Baguihh sungguh budak YB Kamal ni noo, jumpa orang-orang tua salam cium tangan lagi! Hangpa jangan dok buat rramai, ni budak baik ni..)

Rabu, 14 April 2010
Taman Hati Gua Kembali Berbunga
Okay, okay! Gua tahu gua bersalah sebab dah lama tak update blog ni.
Gua jugak tahu ada lebih kurang 10,000 hati yang terguris tiap-tiap bulan bila singgah di blog ni.
Tapi bukan dalam hati lu jer ada taman. Dalam hati gua pun ada taman jugak.

Sekian saja untuk kali ni.
Gua ada banyak taman nak kena siram. Nak kena angkut baja tahi ayam lagi. Nak sedut air kolam. Bukan lu tak tahu macam mana susahnya nak hidupkan enjin air tu! Makoto Nagano pun kadang-kadang buat-buat tak dengar bila gua suruh hidupkan enjin air dengan tarik hos siram taman-taman tu.
Gua jugak tahu ada lebih kurang 10,000 hati yang terguris tiap-tiap bulan bila singgah di blog ni.
Tapi bukan dalam hati lu jer ada taman. Dalam hati gua pun ada taman jugak.

- Taman hati gua berdarah bila tengok Berba main macam haram. Rasa macam gua nak letakkan riding boot gua dengan kederasan 100km/h kat kepala dia. Kasi lipat pari sekali dua baru hilang biol dia. Tapi taman hati gua berbunga-bunga kembali bila gua dapat tahu Pakcik Alex nak acu cuba try beli Benzema.
- Taman hati gua berdarah bila tak dapat tengok Rozita Che Wan bergaya di Arena of Stars. Biasanya Rozita selalu hadir dengan tahap cun yang maksimum. Menang tu memang jauh sekali la, tapi kehadiran dia tu pasti akan memukau semua orang. Sampaikan asyik-asyik muka dia jer keluar jadi frontpage B*POP Berita Hairan seminggu dua sebelum anugerah. Tapi taman hati gua berbunga-bunga kembali bila tengok dalam tv sekarang ni kerap juga iklan ST DFolia tu keluar. Cutting memang mantap tahap gaban beb! Oaky-okay! Sila kendurkan kembali apa-apa yang telah tegang sebentar tadi....
- Taman hati gua berdarah bila buka email pagi tadi ada surat untuk PTK. Hidung pun rasa macam panas-panas sebab satu hapa pun gua tak sedia lagi. Periksa pulak start 26hb ni. Macam nak menggelupur pun ada. Dulu gatal sangat mintak. Tapi taman hati gua berbunga-bunga kembali bila kawan-kawan sudi kongsikan nota. Terima kasih. Supaya kawan-kawan yang nak ambik PTK lepas ni tak menggelupur macam gua, sila download nota ini.
Sekian saja untuk kali ni.
Gua ada banyak taman nak kena siram. Nak kena angkut baja tahi ayam lagi. Nak sedut air kolam. Bukan lu tak tahu macam mana susahnya nak hidupkan enjin air tu! Makoto Nagano pun kadang-kadang buat-buat tak dengar bila gua suruh hidupkan enjin air dengan tarik hos siram taman-taman tu.
Khamis, 1 April 2010
Dah Ada Berukband Hasil Inisiatif Jalur Lebar Negara
Bila mana orang besar-besar bercakap tentang inisiatif jalur lebar negara, gua tak boleh akses blog sebab satu program hampeh yang dicipta yang dinamakan Juniper Network. Kalau setakat block website porno atau website mengarut, gua boleh tahan lagi. Tapi kalau website gua pun diblock jugak ini dah kira melampau.
Dalam orang besar-besar bercerita pasal broadband berkelajuan tinggi dan akses tanpa had. Gua pulak baru sambar satu berukband dengan kelajuan yang biasa-biasa saja dengan akses yang sangat limited.
Sebenarnya, gua nak tanya, ikhlas ke lu nak bagi rakyat Malaysia ni akses broadband yang laju. Ikhlas ke lu nak perkenalkan inisiatif jalu lebar tu?
Gua pelik dengan cakap dan tindakan yang tidak selari. Macam ular dua kepala!
Rakyat marhaen macam gua jugak yang pening...

Langgan:
Catatan (Atom)