Syair Pesanan Ayahanda
Dengarkan tuan ayahnada berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
]Orang jahat anakanda jauhkan.
Setengah orang fikir keliru,
Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.
Tingkah dan laku tidak kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.
Itulah orang akalnya kurang,
Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,
Dengan manusia selalu berperang.
*seleksi post lama di blog lama.Â
Khamis, 20 Mei 2004
Rabu, 12 Mei 2004
Hari Hari First
ha'ah....
hari-hari first berada di tempat yg amat asing bagi aku. HTML, agak asing bagi aku...manalah aku tahu bahasa bebudak nih...aku kenal komputer pun masa aku masuk sekolah menengah....kenal internet pun masa masuk universiti...kalo nak bagi alasan...mmg tader maser aku nak belajar html....tapi hakikatnya, malas aku nak belajar...nampak macam mudah jer...tapi sebenarnya aku buta jugak.
apa-apa pun,tempat nih sekadar jadi diary aku, dan bukan nak suruh sesapa baca pun,...sekadar utk diri sendiri...dan mungkin jugak kenkawan yang dah tader kerja lain selain surf internet.
*seleksi post lama di blog lama.

Langgan:
Catatan (Atom)