Assalamualaikum,
Ok, hari ini kita bercakap pasal peraduan teka kacang.
Cara-cara menyertainya:
- Awak bayar RM1 untuk menyertai peraduan ini.
- Awak isi borang dengan menyatakan berapakah bilangan kacang yang ada dalam balang tu.
- Awak masukkan borang peraduan dalam peti yang disediakan.
Soalan saya: Adakah peraduan ini dikira berjudi?
Kerana,
Kalo saya masuk kedai TOTO, saya bayar duit, saya bagi nombor. Dan sekiranya nombor yang saya bagi tu sama dengan nombor cabutan, saya dapat hadiah. Bagi saya, konsep peraduan teka kacang dan tikam nombor ini adalah sama, sebab awak kena bayar untuk masuk peraduan, maknanya macam bertaruh jugak lah kan?
Bagaimana pulak dengan peraduan lain? Contohnya teka silang kata, car craze petronas, dan lain-lain?
Bagi saya, peraduan seperti itu bukan judi sebab kita tak perlu bayar apa-apa pertaruhan. Kita hanya beli surat khabar, atau beli petrol dan isi borang peraduan. Kita bayar untuk harga petrol dan harga surat khabar, bukan bayar untuk peraduan.
Tapi, dalam pertandingan teka kacang ini, kita bayar semata-mata untuk masuk peraduan tu. Soalan saya sekali lagi, adakah ini dikira berjudi?
Di sini saya nak minta pandangan awak semua, adakah pertandingan teka kacang ini dikategorikan sebagai judi atau tidak. Kalo ada yang ustaz-ustaz tolong jawab lagi bagus.. Sebab kalo ia dikategorikan sebagai judi, makanya kawan saya yang jaga peraduan teka kacang ni boleh dikira tokei judi lah ya? :smile:
Mohon pencerahan, daripada sesiapa yang ada suluhan...
~leLabu~
hmm..pada pendapat saya la..apa yang dikatakan berjudi ni kita dapat keuntungan yang tak setimpal dengan apa yang kita wat..kalau macam kes teka kacang ni kita masih menggunakan akal fikiran kita dan berusaha untuk meneka untuk memperolehi hadiah..kalau pasal bayaran seringgit tu, kita cuba kaitkan dengan yuran penyertaan pertandingan futsal..2 contoh je la..kita bayar..kalau kita tak menang kita tak dapat apa2 juga kan :)
BalasPadamhmm..
BalasPadamitu yuran penyertaan rasanya lain. sbb kita bermain futsal. yuran untuk bayar segala macam untuk main futsal.
ini mcm teka nombor jer nih.. mmg sebijik mcm tikam ekor la senang citer..hehe. lg byk teka lg byk peluang menang. kira kita pertaruhkan bayaran seringgit tu utk dpt hadiah..
saya tak tahu.. kalo ada sapa-sapa boleh takrifkan judi tu mcm mana...
Lelabu's right.
BalasPadamKalau main futsal/bola duit yg bayar tu utk caj padang/air/service/facilities lain. Slalunya hadiah datang dari pihak sponsor.
Tapi kalau main teka kacang yg lelabu cakap ni,mcm main blackjack je.Main guna duit,lawan sapa lg pndai dan lucky,sapa menang dapat lg duit.
Aku pnah main gak benda ni dulu masa kat mrsm[beli burger dapat tiket].Pastu guna konsep math Isipadu botol/isipadu purata sebiji kacang.Last2 jawapan sebenar jauh beza[ralat kot].Yang menang tu main bntai je 444.
Tp xkisah la sbab perut kenyang gak ngan burger. :p
ada satu guideline yg mudah kalo nak bezakan antara judi atau yuran penyertaan/administrative charge
BalasPadam* kalo duit yg dibayar menjadi sebahagian daripada hadiah atau kalau hadiah bukan duit tapi duit penyertaan tu la yg digunakan untuk beli hadiah contohnya = judi (lagi banyak org masuk lagi bagus sebab pemenang boleh menang lagi bnyk)
* kalo hadiah daripada sumber lain, dan takde kene mengena dengan kutipan duit tu seperti ada sponsor ke, etc = bukan judi dan duit tu boleh dianggap admin. charges, contohnya utk bayar gaji tukang jaga kacang tu atau masuk tabung persatuan
moral: xyah lah buat pertandingan kalo hadiah belum prepare lagi..takde sape2 paksa pun
jawapan ni mmg ble diterima. tp sebab ia melibatkan hal agama, hukum hakam, bleh tak bg reference utk saya...
BalasPadamterima kasih in advance..
emm..berdasarkan ilmu daif saya macam tu la..iaitu berdasarkan definisi judi = "apa jua aktiviti yang melibatkan pertaruhan, di mana pihak yang akan menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya" (pihak yang menang mendapat untung atas kerugian pihak yang kalah). So kalau hadiah memang dah ada,keuntungan pemenang tiada kaitan dengan kerugian orang yg kalah..wallahu a'lam
BalasPadamBoleh juga rujuk fatwa pengharaman kuiz sms berikut,ada rujukan berkenaan ciri2 pertaruhan/pertandingan yang haram:
http://mufti.perak.gov.my/fatwa/keputusan_sms.pdf
terima kasih.
BalasPadamdaripada penerangan apa itu judi, maka saya boleh simpulkan peraduan teka kacang ini menghampiri judi.
saya tidak simpulkan sebagai judi sebab hadiah tidak diambil daripada wang penyertaan. tp ciri-ciri judi yang lain tetap ada, kerana nak masuk kena bayar duit, dan bergantung kepada nasib untuk menang.
oleh itu, bg saya, marilah kita menjauhi perkara yang subahah ini...
terima kasih kepada semua yg memberikan pandangan dan rujukan.
Salam,
BalasPadamSaya sangat setuju perkara-perkara subahah itu perlu dihindarkan. Saya nak bawa isu baru disamping cerita teka kacang iaitu kepada golfer yang suka betting di kalangan kawan-kawan golfer juga.
Betting adalah perjudian. Tetapi mengikut mereka, ada betting besar dan betting kecil-kecilan. Bagi betting besar maksudnya memang berniat untuk berjudi kadang kala melibatkan RM 1,000/ selubang. Kalau kalah, mereka perlu membayar, jika kalah 18 lubang ( satu game ) mereka perlu bayar RM 18,000.00.
Bagi betting kecil, contohnya siapa kalah perlu belanja makan dan minum selepas habis permainan. Mereka mengatakan ia sebagai insentif bermain.
Bermain golf ini perlukan tenaga, kemahiran dan bukan bergantung kepada nasib. Macam mana kawan-kawan, sila beri komen, adakah pertandingan golf yang memerlukan yuran penyertaan dianggap judi atau permainan biasa yang dipanggil insentif itu juga judi.
kalau kira macam tu, semua benda la judi..contoh fulsal bukan judi sebab kita dapat faedah . faedahnya berpeluh dan anggap sebagai satu sukan. Kalau teka kacang dalam botol mana ada uji akal. Tu nama dia bertaruh. Kalau menang dapat hadiah ..kalau kalah ? sapa nak jawab ?
BalasPadamsaya nk tnye..
BalasPadamjike kite maen game poker kt dlm internet tanpa mengenakan bayaran di dunia nyata (tetapi kt dlm game 2 ade duit yg digunakan yg kite dpt hasil menjual rumah utk berjudi)pun dikira berjudi?
harap korang dpt jawab soalan aq lak!
Hukum Peraduan Teka Kacang
BalasPadamPeraduan Teka Kacang, dimana untuk setiap tekaan akan dikenakan bayaran RM 5 dan hadiah utamanya ialah sebuah kereta Kancil. Apa yang di teka tidak dapat dipastikan, cuma pada kebiasaannya ialah meneka berapa banyak jumlah kacang dalam satu balang.
Saya bertanyakan kepada beberapa orang ustaz mengenai hukum peraduan teka kacang yang sedemikian. Semua mereka menjawab ianya ada unsur judi melainkan kalau diubah syaratnya iaitu sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan tersebut tanpa bayaran, atau mereka yang membeli barangan yang melebihi jumlah tertentu layak menyertai peraduan tersebut.
Terakhir saya bertanya kepada Us Syafie di Jabatan Mufti N.Sembilan, dimana beliau memberi pendapat yang sama. Justeru itu saya berharap agar mereka yang lebih arif dalam bidang hukum hakam ini agar dapat menasihati kepada penganjur agar mengubah sedikit syarat peraduan teka kacang tersebut untuk mengelakkan kita semua bersubahat dalam unsur perjudian ini, melainkan ada pendapat lain yang mengatakan ianya dibenarkan.
pada pendapat saye ini bkan lah judi,judi adalah permainan yang akan menyebabkan kerugian pihak lain ...
BalasPadamJika peraduan utk kepentingan sekolah cthnya. Ia bukanlah spt judi. Disebabkan peserta yg menyertai dah maklum utk tujuan apa duit tu. Dah maklum dan redha bahawa duit penyertaan jika tekaannya tak tepat akan dimasukkan ke tabung sekolah cthnya.
BalasPadam