Jumaat, 6 Julai 2007

Kepak Jer Kepala Dia!

Assalamualaikum,



Hari ni saya nak kongsikan dua cerita:

Cerita pertama, dulu-dulu, sewaktu saya di Johor..

Tempat kerja saya terletak sebelah pusat penyembelihan ayam. Dalam dok sibuk buat kerja kat bengkel tu, ada sekor ayam melintas dan ditangkap oleh bebudak technician saya.

Keypoint, ayam itu bukan ayam bebudak technician tu. Jadi, bukan hak merekalah kan? Kalo dah bukan hak mereka, maksudnya haramlah kan? Tak bleh nak makanlah kan? Senang ceritanya, ayam curi = haram!

Datang sorang technician tu jumpa saya, sambil pegang ayam, katanya,
Che Li, tolong sembelih ayam ni boleh tak?

Jawab saya, "Kalo sembelih pun ayam ni takkan jadi halal! Kepak jerlah kepala dia.."

Kemudian saya blah, naik ke ofis. Tak tahulah apa jadi lepas tu..

Cerita kedua, baru-baru ini, di Pulau Pinang..

Ada saudara saya jumpa satu sampul merah, atau senang ceritanya angpau Cina. Dalam tu adalah duit RM50. Kemudian duit tu digunakan pulak untuk beli durian, belanja kaum kerabat sanak saudara...

Jadi saya cakap kat isteri saya,
Tak payahlah makan durian tu. Jangan dok bagi anak dalam perut tu rasa duit haram..

Jangan main-main isu halal haram ni. Semuanya akan jadi darah daging.

Dah kalo jumpa duit tengah jalan, itu bukan hak kita, kena bagi kat tuan dia. Usahakan cari tuan dia, tanya-tanya orang ker, hantar balai polis ker... Kalo tak jumpa tuan dia jugak, masukkan jer dalam tabung wakaf masjid, niatkan pahala tu kat tuan dia.. Manalah tau Cina tu nanti masuk Islam, dah dapat pahala kat dia..

Ingat hadis Nabi saw, yang lebih kurang maksudnya - setiap daging yang tumbuh daripada yang haram maka tempat selayaknya adalah di neraka...

~leLabu~

4 ulasan:

  1. ha.ha. Azli tu sekampung ngan aku ngan Kasyah.

    BalasPadam
  2. ler..org kg awak rupanya..

    erk..apsal komen pasal azli ada kat sini? :smile:

    BalasPadam
  3. ha.ha.. aku pun tak tahu kenapa. aku membaca jom heboh, tapi masa nak comment tersalah klik pada post yang sepatutnya ..wakaaakakaka...

    BalasPadam
  4. :razz:
    kelabu mata tgk farah fauzana kot.. :razz:

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...