Ahad, 1 Julai 2007
Laksa Janggus - Ikon Pulau Mutiara?
Salam bahagia semua,
Hari ini saya ingin perkenalkan satu kedai makanan yang memangnya terkenal di Pulau Pinang. Tak lain tak bukan, Laksa Timah atau nama glamernya Laksa Janggus, sebab kedainya terletak bawah pokok janggus. Tak tahu pokok janggus tu apa, ala.. kalo orang Kelantan dia panggil ketereh, kalo orang lain plak dia panggil gajus.. :razz: Tapi orang kampung sini panggil laksa Timah jer,.. sebab tokei dia nama Timah.
Kalo sebut pasal laksa, ini memang kira laksa terbest yang pernah saya rasa seumur hidup saya di Pulau Pinang.. (yang kedua, laksa makcik saya kat Kelantan, yang ketiga, laksa sebelah Gama, Georgetown - tapi laksa ni Cina yang buat..)
Kedai Laksa Janggus ni terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang. Hari Rabu jangan datang, sebab kedai ni tutup hari Rabu. Nak datang pulak jangan datang pagi, tokei dia tak bangun tido lagi. Datang petang dari pukul 3 petang sampai 7 malam.
Tu dia.. ramainya orang..
Satu-satu masa, pelanggan kedai ni tak kurang dari 50 orang, tapi hujung minggu jer la.. Kalo hari bekerja yang lain, tak der lah seramai ni.. tapi tetap ramai juga.. Ini pun belum waktu kemuncak dia. (Saya datang awal sebab dah tahu dah.. kalo datang masa tengah ramai, lamalah kena beratur..)
Kat sini, nak makan, self service. Atau Bahasa Malaysianya, layan diri sendiri. Order, tunggu, dapat, bayar, makan!
Macam kat restoran makanan segera la pulak.. Siap bagi dulang ala-ala KFC gitu.. :razz:
Kalo tak nak makan laksa, awak boleh cuba goreng pisang dan kuih muih yang ada dijual di sini. Tak lupa jugak, awak boleh try kuay teow t'ng dan ABC.. Mesti berpeluh punya lah..
Oh, ya! Kedai ni jugak mendapat pengiktirafan daripada program Jalan-jalan Cari Makan. Ala.. rancangan yang menjelajah seluruh pelosok negara mencari kedai makan paling best tu.. Ala.. yang pengacara dia yang berisi tu.. (Sebab banyak makan ler tu.. :razz: )
Ok, yang ditunggu-tunggu.. Inilah dia rupa laksa Pulau Pinang di kedai Laksa Janggus/Laksa Timah.
Sebelum..
Selepas..
Burrp.. Alhamdulillah... :smile:
Bye..
~leLabu~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
fuyoooooooo hahhaaa... liciiiiiiiiinn...
BalasPadammintak semangkok daaaa... mai sini etek laaa...
nak rasa.. sila datang sini.. :razz:
BalasPadamhush...sedap nyer..terliur pula nak rasa...hehe.
BalasPadammemang sedap ni.. semangkuk baru RM1.80.. murah!!
BalasPadamwah biar btl nie!murah nye law harga RM 1.80
BalasPadamnk pergi try la laksa janggus..
nak tanya area mana ey kedai ni??
BalasPadamJauh juga nak pergi ke tempat ni. Kalau tak ada GPS, saya rasa tak jumpa saya tempat ni. Maaf komen. Pada saya tak Lah berapa hebat laksa nya. Ada lagi tempat lain yang lebih lazat rasa laksa nya.
BalasPadam