Saya tahu, minggu ini saya jarang mengupdate blog. Saya tiada idea dan tiada perkara yang menarik untuk dibincangkan.
Hari ini saya ke Taman Negara Pulau Pinang bersama rakan-rakan ofis. Oh, kasihan isteri saya kerana terpaksa berada di rumah. Keadaannya yang sedang membawa baby tidak membenarkan dia untuk aktif. Saya letakkan dulu gambar-gambar semasa lawatan tersebut. Saya akan updatekan description untuk setiap gambar selepas tamat konsert akhir Akademi Fantasia 5, dan juga selepas mengetahui keputusan perlawanan akhir Piala FA antara Manchester United dan Chelsea.
=========================
Keputusan Akademi Fantasia & Piala FA
=========================
Mila berjaya menjuarai Akademi Fantasia musim kelima sepertimana yang saya agak. Dan sepertimana yang saya agak jugak, Manchester United tidak berjaya menawan Piala FA dan tunduk kepada Chelsea hasil daripada gol lewat di masa tambahan oleh Drogba.
=========================
Ok, rasanya bolehlah saya sambung catatan lawatan saya ke Taman Negara Pulau Pinang.
Pagi tadi, kami seramai lebih kurang 50 orang telah berkumpul sejak jam 8 pagi di kawasan letak kereta pejabat perikanan. Semua perlu berkumpul dahulu untuk buat headcount sebelum bertolak memasuki kawasan taman negara. Seperti biasa, ada juga yang lewat sampai, dan yang disambut dengan kompang (lambat sampai) adalah tidak lain dan tidak bukan Encik Mohd Rizal. (mamat ni apa-apa jer mesti lambat... )
- telur penyu akan menetas selepas sekurang-kurangnya 40 hari dan jantina penyu akan bergantung kepada suhu pasir semasa eraman dalam lubang yang telah dibuat oleh ibu penyu.
- penyu betina akan mula bertelur setelah mencapai umur matang kira-kira 30 tahun.
- penyu akan kembali bertelur di pantai tempat ia dilahirkan, dan akan kembali lagi bertelur di situ selepas dua atau tiga tahun sekali.
- walaupun tidak mengawan, penyu betina tetap akan bertelur, tapi telur tersebut tidak akan menetas. Pendek cerita, kena jugak mengawan. Seekor penyu betina perlu mengawan dengan lebih seekor penyu jantan. Ia boleh bertelur, kemudian kembali ke laut, mengawan dan kemudiannya ke pantai untuk bertelur lagi pada hari yang sama.
- daripada 1000 ekor anak penyu yang dilepaskan ke laut, dijangka hanya seekor yang akan hidup membesar dan kembali bertelur.
- jangka hayat seekor penyu boleh mencecah 150 tahun.
Banyak jugak yang kami pelajari tentang penyu semasa lawatan ke pusat konservasi penyu di Pantai Kerachut ini. Tengok sajalah gaya penyelia pusat konservasi yang bercerita sambil menunjukkan aksi penyu merangkak! :lol:
Gambar anak penyu ini adalah penyu agar yang akan dilepaskan ke laut. Setelah menetas, anak penyu boleh bertahan selama 10 hari tanpa makan apa-apa. Tambahan lagi, kalau diberi makan pun, ia tidak akan makan. Oh, kalau anda berminat memelihara penyu, lupakan saja hasrat itu, penyu akan mati setelah berbelas tahun, (ia tidak sesuai dibela, perlu hidup dalam keadaan semula jadi) selepas anda belanjakan lebih kurang RM30,000 untuk makanannya sahaja setahun.
Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami menaiki bot ke Kuala Sungai Pinang yang terletak di selatan Pulau Pinang untuk melihat hutan paya bakau yang merupakan salah satu produk agro tourism di Pulau Pinang. Untuk sampai, bot akan melalui kawasan Pantai Acheh. Apa yang ada di hutan paya bakau? Kami dapat melihat burung-burung helang dan juga sarangnya, dan juga dapat melihat biawak batik yang besar-besar.
Kami sampai ke jeti di Teluk Bahang pada pukul 5.30 petang dan berjaya menamatkan lawatan kami dengan menimba sedikit ilmu pasal penyu, ilmu pasal hutan dan ilmu pasal paya bakau. Yang lebih menariknya, pakej seharian ini hanya dengan bayaran RM90, all included: tambang bot, makan dan lain-lain.
Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Taman Negara Pulau Pinang!
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
[...] cuti-cuti malaysia penang [...]
BalasPadamSeronok tengok gambar-gambar kat taman negara penang. Terasa nak pi, lama dah tak jalan kaki sampai pantai keracut..... lagipun sampai stesen usm dah mengah dak... nak sampai mukah head pun berbotoi air.
BalasPadamSayang lan ni dah tadak sungai Ndoi... dah jadi dam.
Tapi kalau sampai mesti syok punya
[...] lantik diri sendiri ni..) menjemput awak semua datang bercuti di Pulau Pinang. Awak boleh melawat Taman Negara Pulau Pinang, naik Bukit Bendera, lawat Muzium Perang, tokong ular, dan banyak lagi lah… Kalo tak nak naik [...]
BalasPadamohooo pinyuuuu punyuuuuuu... punyu bertelur.
BalasPadamhish... penyu namanya yang diberi...
[...] Oh ya, terima kasih kerana sudi singgah! :-) Kalo korang tanya aku, kenapa aku kerap sangat ke Taman Negara Pulau Pinang. Aku nak jawab, aku tak suka pun! Tapi aku kena pergi sebab tugas yang diamanahkan. Bos aku suruh [...]
BalasPadambes gle tgk pic2 bes kt tmn ngr png..
BalasPadamhuhu
besnye korang g penang
BalasPadamsalam nak tanya bleh.... kat kawasan pulau pinang or d taman negara pulau pinang tu ade tak kawasan terumbu karang???
BalasPadamgaga ulala...ho5
BalasPadamgaga ulala...ho5
BalasPadam