Rabu, 2 Mei 2007

Gaji Kakitangan Awam Wajar Dinaikkan

Salam pertemuan,

Sebelum ke tajuk utama, iaitu wajar ker tak gaji kakitangan awam dinaikkan, ini ada tajuk sampingan:

Beza Lelaki dan Perempuan Dalam Membeli Belah
  • lelaki - membeli belah hanya bila ada keperluan. Katakan baju. Lelaki hanya akan ke kedai untuk beli baju bila dia nak beli baju. Bila dia nak beli baju, tak kisahlah baju itu harganya ketika itu mahal atau murah, dia tetap akan beli baju itu. Itu lelaki, beli bila ada keperluan. Lepas beli, dia terus blah...
  • perempuan - membeli belah bila ada offer/sale. Katakan baju. Walaupun baju dah banyak perempuan tetap akan beli baju bila dia tengok kat kedai tu ada offer/sale. Memanglah harga ketika itu murah, tapi kalo dah setiap kali ada offer/sale nak beli, tak ker rabak jugak poket tu. Itu perempuan, beli bila ada offer/sale. Lepas beli, dia tak nak blah lagi...
Ok, kembali ke tajuk utama:

Bagi yang tidak tahu, gaji permulaan bagi kerani kerajaan gred 17 (kumpulan sokongan 2) hanyalah RM600 lebih. Dan bila dicampur elaun, boleh mencecah RM1,000 sahaja. Itu untuk gred 17, bagaimana pula dengan gred 1- 16 (kumpulan sokongan 1) ?

Tahukah anda semua, yang gred 1 ini, selepas kerja berpuluh tahun, gaji terakhir baru RM1,000? Dan sesudah bersara, pencen bulanan hanyalah RM500.

Apa kata kalo kita kaji perbelanjaan sebulan, orang biasa - naik motor, bini tak kerja, ada anak 3 semua sekolah rendah, dok rumah kos rendah:

Duit sewa/pinjaman rumah - RM200
Duit minyak - RM100
Duit makan (5 org x 3 kali makan x RM2 x 30 hari) - RM900
Bil air/elektrik/prepaid - RM50

Semua dah RM1,250.

Perbelanjaan dah lebih dari gaji. Rasanya ini basic jer yang saya kira. Tak campur duit court mammoth, duit pengasuh, yuran sekolah, yuran tuisyen lagi ni. Yang saya kira pun paling minimum. Eh, mana ada sekarang ni sekali makan tengahari RM2?

Wajar atau tidak gaji mereka ini dinaikkan?

Kalo tanya saya, gaji mereka ini wajar dinaikkan.

Tapi bagi saya juga, hanya gaji kakitangan sokongan sahaja yang perlu naik. Gaji yang JUSA itu padan-padanlah. Mereka tidak buat apa-apa pun. Kerja hanya setakat mengarah yang dibawah. Kemudian menggunakan segala kemudahan pejabat yang disediakan, termasuk untuk ahli keluarga. Untuk apa gaji mereka ini turut dipohon untuk dinaikkan?

Berapa gaji yang JUSA ini? Jawabnya, basic RM5,000 ke atas dan dicampur semua elaun, busuk-busuk pun dapat RM10,000. Kemudian mendapat segala kemudahan pejabat, kereta dan macam-macam lagi. Gunakan kereta kerajaan untuk pungut anak balik sekolah. Gunakan kereta kerajaan untuk bawak bini pergi salun. Pendek kata gaji RM10,000 tu semua boleh masuk bank, simpan! Berpadan-padanlah!

Sebelum saya mencarut, bye...

~leLabu~

p/s: Sorry teremosional sikit. Apsallah susah sangat nak naikkan gaji kakitangan yang memang memerlukan ni. Oh, satu lagi, gaji permulaan kakitangan gred 17 ke bawah ni, di bawah garis kemiskinan. So, kakitangan kerajaan sebenarnya orang miskin di Malaysia. Orang miskin di Malaysia ni, kebanyakannya kakitangan kerajaan!

=================
UPDATE 21 MEI 2007
=================

YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada perhimpunan hari pekerja sektor awam pada 21 Mei 2007. Kenaikan gaji adalah seperti berikut:

Gred 1-16 : Kenaikan 35%
Gred 17-40 : Kenaikan 25%
Gred 41-54 : Kenaikan 15%
JUSA : Kenaikan 7.5%

Elaun Kos Sara Hidup (COLA) dinaikkan 100%

Dan pesanan tegas YAB Perdana Menteri kepada peniaga-peniaga, jangan naikkan harga barang, kerana masih ramai pembeli yang tidak naik gaji. Kakitangan awam hanyalah sebahagian kecil pekerja di Malaysia. Jangan jadikan alasan untuk menaikkan harga barang.

32 ulasan:

  1. Bukan semua kakitangan kerajaan miskin, yang bukan jabatan seperti KWSP & LHDN mempunyai struktur gaji yang berbeza.

    Kau cerita pasal courts mamoth... ha.. ha.. aku masih ingat zaman kegelapan aku dulu2. seminggu sekali ke cm :)

    BalasPadam
  2. Betul..la tu labu!, amat dan memamg wajar gaji kakitangan sokongan i & II dinaikan

    Yang melalak nak naik gaji kakitangan bawah!
    yang tumpang lebihnya yang atas!
    Kalu tak bagi yang atas, jawabnya paper naik gaji tak buat!
    Minta kali ini PM tak bagi yang atas... Bawah sahaja!

    BalasPadam
  3. kalu nak gaji besar...kena lah belajo tingkat2...baru dapat gaji besar duk kat kakitangan kerajaan....iiisssshhhhhh...sambung belajo...ambil phd ke.....master..dah lulus spm je...mesti gaji 2 kecil je...kalu lulus phd mcm aku nie lain la....gaji cecah rm6000 lebih...heheh..kalu naik po best gak...wakakkakakkakaka

    BalasPadam
  4. Woit waras ko ni waras ker ada yg dah dtg dari keluarga susah bekorban utk adik beradik nak further studies jadik dapat ker kerajaan jadi kerani atau PAR jer ko tak hati perut ker
    aku pun ada kelulusan tapi boleh berfikir sama. dia org nak sambung belajar sumber kewangan terhad. kalau naik gaji ni mungkin peluang mereka aakan terbuka utk menyaingi org mcm ko naper ko takut ker????/

    BalasPadam
  5. ada sesetengah bos pulak, kedekut nek bagi markah untuk kakitangan bawahan bila staf tu di nilai untuk kenaikan gaji. puluh biluh..bila staf yang pandai membodek, baru la kembang bulunya. padahal, smua kerja orang buat. dia cuma tau mengarah dan cepat buat kerja. walau pun suda time pulang orang masi kena suruh buat kerja. tapi kedekutnya ya Allah..Tuhan je yang tau. mcm dia yang bayar gaji kita orang. kalau orang tak buat kerja takpe la dia mcm tu..Tuhan je yang boleh balas segala apa yang dia buat..

    BalasPadam
  6. sebenonya aku ni pun kakitangan awam gak. aku mmg sokong bebeno la gaji naik sbb gaji aku nak kata sikit dakle tp bila hidup di metropolitan, adusss... rasa cam nak balik kg je. Tp blk kg mmg susah ikut kategori keje aku ni. ada yang melalak gaji kakitangan awam kat kg pun nak sama gak. aku tak kisah tp jangan lak yg kat kampung tu dpt lebih aku yg kat KL ni dapat kurang. gilo kot org yg buat semakan camtu. org kampung walau harga brg naik, minyak naik, kurang terasa spt kita yang dok kat bandar ni. ye tak? apa pun aku doakan smga knaikan gaji yg bakal ditrima mendapat rahmat drNya. jgan sekadar nak pilihan raya br nak bg. pastu minta undi. brg dah naik gaji belum naik. boleh jd satu isu besar ni...

    BalasPadam
  7. [...] ini adalah kesinambungan daripada post sebelum ini yang membicarakan tuntutan kakitangan awam supaya gaji [...]

    BalasPadam
  8. Yak bt. Haji Jeman22 Mei 2007 pada 12:31 PG

    Tuan/Puan

    Saya ingin bertanya adakah kami yang telah bersara akan
    menerima kenaikan sepertimana kakitangan awam lain?

    BalasPadam
  9. Waras!!! Engko ni bernasib baik datang dari keluarga senang. Setengah tu bukan tak leh nak masuk 'U' tapi datang dr keluarga susah. Zaman2 aku masa tu susah. Budak ramai yang cerdik. Mak bapak potong getah. Harga rendah. La ni nak dapat pinjaman senang. Dah tu bila masuk U, dapat kerja, gaji tinggi melanggit, liat pulak nak bayar. U swasta pon banyak. Apa la engko ni.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah la gaji kakitangan awam naik... betui gak kata normiey tu... kat kg takyah tempuh tol berhinggit-hinggit satu hari.. rumah ngan opis pun... sejengkal jerk.. ada member aku ckp dia balik umah 3 minit jer.. beza tul ngan aku yang mengambil masa dekat 45min dan menempuh 2-3 bijik tol yang skang ni RM2.20+1.60.. itu siap naik komuter n LRT lagik tu kena plak tambang RM4... itu baru satu hari nyer belanja... beza betul... dah tu gaji lebih kurang jerk... nasib baik cola naik 100% leh gak tolong tampung sana sini. Nak buat camner rezeki kat sini... kalau duk kg mungkin aku dah duk banglo kot skang ni.. keta pun ada 2-3 biji... besar periuk besar lah plak keraknya... jgn takde bonus dah la tahun ni... Keje cam aku ni slalu balik lewat aku sampai umah pun kadang2 kul 9-10 mlm... bagi kakitangan yang keje kat jabatan cam aku ni apa kata kasi elaun kritikal tu lebih skit ker... tambah skit pendapatan.. ahakkss aku ni keje agensi k'jaan payah skit nak lompat naik pangkat tak yg mcm keje kementerian tu...

    BalasPadam
  11. Seharusnya Abdullah Ahmad Badawi mengkaji lebih mendalam sebelum menaikkan gaji kakitangan kerajaan. Kumpulan sokongan sememangnya layak menerima kenaikan tersebut tetapi kumpulan yang selebihnya adalah tak layak.

    Kononnya telah 15 tahun tiada kenaikan gaji hanyalah gimik belaka. Mereka ini lupa negara kita penah mengalami kemelesetan ekonomi. Golongan swasta sehingga kini masih menerima tempias kesan dari kemelesetan tersebut. Keadaan ini dapat dilihat dari kesukaran graduan2 yang baru menamatkan pelajaran mendapatkan pekerjaan dan gaji permulaan yang ditawarkan kepada mereka. Gaji permulaan mereka hanyalah RM1,500.00 sahaja berbanding dengan gaji permulaan kakitangan kerajaan iaitu lebih kurang RM1,800.00 (termasuk elaun dll)
    Persoalannya perlukah kenaikan gaji kakitangan kerajaan bagi peringkat pengurusan n professional dan ke atas?

    Seharusnya kerajaan menyediakan 'score card' dan KPI (Indeks Penunjuk Aras) bagi menilai keupayaan, kecekapan, prestasi, produktiviti setelah kenaikan gaji ini dilaksanakan.

    Kerajaan juga perlu menghapuskan minum pagi, minum petang dan juga perniagaan pasar tani setiap hari rabu@khamis di pejabat2 kerajaan. Ini menyukarkan pihak lain berurusan dengan pihak kerajaan memandangkan mereka hanya berkerja 5 hari seminggu dan lebih kurang hanya 5 jam sehari sahaja (setelah ditolak waktu minum pagi dan petang)

    Apa yang dapat dilihat adalah kenaikan ini juga ada kene mengena dengan Pilihanraya Umum yang dijangka pada NOv 2007. Maka kesimpulannya, Abdullah Ahmad Badawi berjaya menambat lebih kurang 1.2juta pengundi untuk mengundi Barisan Nasional.

    BalasPadam
  12. tuan/puan,
    ingin saya ajukan, apakah kami yang telah bersara pada bulan Jan hingga Jun tidak tidak mendapat kenaikan berpencen? Kesian kami-kami hanya mendengar saja berita seperti kanaikan pegawai yang masih didalam perkhidmatan awam.

    BalasPadam
  13. kpd pn yak: saya tidak dpt memberikan jawapan yang tepat, eloklah diajukan kepada jpa bhg pencen.

    blog ini adalah blog peribadi, dan tiada satu pun pandangan dalam blog ini mewakili pandangan kerajaan melainkan adalah pandangan saya sendiri.

    harap dpt difahami. berhubung gaji, kepastian pastinya boleh dirujuk ke JPA.

    BalasPadam
  14. assalamualaikum semua....
    Wahai saudara, saudari...b'syukurlah anda dgn apa yg u all dpt...cuba tgk nasib kami di private sector...hanya bergantung harap gaji basic semata...pastu kena potong epf dll...apa yg tgl...tanpa sebarang elaun tetap..bg yg gaji rm1500 ke bwh bole ler buat ot...tp yg lebih dr tu...hampeh...kesan kenaikan harga brg kami2 ni lah yg merasa kesan yg amat...u all masih b'nasib baik...walau mcmmana pun tu itu dah rezeki u all...kami pasrah dan tiada siapa yg sudi memandang n m'dgr nasib kami...mcm anak tiri lak rasa...

    BalasPadam
  15. arba kau ni pun satu cakap pasal KPI lah apa2 apa lagimemang betul tapi kerajaan ada mekanisma sendiri utk menetukan apa yang harus dilakukan contohnya penunjut prestasi dan penilaian tahap kecekapan.soal minum pagi dan petang tu aku rasa budi bicara wajar digunakan kalau hapuskan terus minum pagi dan petang kau rasa produktiviti pun akan naik kaaa???? aku rasa lagi turun ada laa.. bayangkan lebih 8 jam duduk dalam pejabat (tolak sejam mkn tengah hari)naik beku kepala ni jgn laa bagi telalu banyak tekanan. aku setuju kalau minum petang sahaja yang dihapuskan kalau minum pagi dah laa nak kena bekejar-kejar ke pejabat masuk pejabat dengan perut kosong sahaja.

    lagi satu kau kena fikirkan juga org yang berniaga makanan yang tak sebesar mana tu apa yang mereka dapat kalau hanay jualan dpt dilakukan waktu tengah hari sahaja.kau kena ingat ramai kakitangan awam yang duduk dibandar besar hanya mampu mkn sekali dlm waktu pejabat iaitu di sebelah pagi kalau tengah hari pulak kadang kadang jer sebab lauk sebelah pagi ni biasanya murah sikit.........

    lagi satu kenaikann gaji ini telah lama dituntut supaya dikaji dan disemak setiap lima tahunjadi ini akan lebih menjimatkan peruntukan kewangan kerajaan. kerana kenaikan akan lebih realistik dan munasabah.jgnlah semuanya kau kaitkan dengan politik

    kalau kau nak tahu gaji kaktanagan awam tidak naik byk hanya digembar gemburkan dalam media kerana kenaikan berdasarkan gaji pokok awal bukan gaji pokok semasa contohnya bago yang bergaji RM 656.00 hanaya mengalami kenaikan 25% iaitu kenaikan 160 sahaja menjadikan gaji basic 800 ++ kau inagt kerajaan bodoh kaa bagi kenaikan byk2
    sekian wassalam

    BalasPadam
  16. bagi hamba private lak tengaok laa kau dari company macam mana
    brapa saiz company kau dan jumlah pekerja??? bagi aku yang bekerja kerajaan ni yang dah lebih lima tahun terpaksa bergulung utk dptkan hak kami dikeji dikutuk tanpa siapapun cuba bertanya masalah (selalu TV3 lah yang punya kerja)contohnya ada yang dah ada dip atau degree masih ditakuk yang sama tanpa diberi perhatian sewajarnya membuatkan aku nak lari ke sektor swasta. aku lagi iri hai kawan kawan aku mendapat gaji lebih 3000 ++ tapi dalam keraan mcm ni lah jer baru naik sikit org dah bising

    BalasPadam
  17. saya tak kisah kalau gaji nak naik tapi melalui pengalaman sayalah, saya keje sebagai guru lepasan diploma,tapi bertugas kt sek menengah,beban keje yang banyak,ditambah pulak dengan sekolah di ibu kota,dgn gejala yang kurang sihat,dah 11 tahun bekerja,gaji saya skrg rm1280,tunggakan dah bertahun2 tak dibuat,sampai skrg COLA tak dapat,yang ada dalam payslip hanyalah gaji pokok dan ITKA. bila tanya kerani bila nak uruskan penyelarasan,katanya org jabatan tak lulus,bila tel jabatan,katanya kerani sekolah tak buat. bila tel acap kali,mulalah nada suara berubah, saya tak minta hak orang lain,saya minta hak saya

    BalasPadam
  18. to maverick_747 u tak tau camana kami di private sector...jgn ingat semua private bagi gaji yg tinggi...tgk kilang2...company kecik2.....dan mcm i kalu i sebut nama company i...mesti x caya punya.......and kalu u nak tau i dah keje lebih dr 10 thn...dan kenaikan kami dari peringkat bawahan hingga pengurusan kami tak pernah merasa lebih dari 10 peratus...yg biasa kami dpt hanyalah 4%, 5%...walaupun KEY RESULT AREA kami 1, 2 (3 sederhana, 4,5..teruk)...so bersyukur, bersyukur, bersyukurla anda di sektor awam...tq

    BalasPadam
  19. @asliza - situasi yg dihadapi puan inilah yang membuatkan kerajaan memutuskan utk menempatkan ptd di pejabat pendidikan. spt juga yang pernah saya bincangkan dlm post saya sebelum ini fasal guru dan ptd.

    @maverick & hamba private - sabarlah, ada kelebihan dan kekurangan. takder semuanya perfect. yg penting, tgk kelebihan kita masing-masing. kalo nak ikut apa yg kita tak puas hati, satu lautan air pun kita rasa tak cukup utk hilangkan dahaga.

    BalasPadam
  20. to lelabu - tq...i bukan x b'syukur....walaupun kenaikan we all just 5-6%, tu dah kira alhamdullillah....at least adala juga increment...apatah lagi kenaikan mcm u all dpt 15%, 25%,35%...plus ngan elaun tetap yg b'mcm2....tu dah dah dikata seribu rahmat...walaupun kami hanya menerima sebanyak itu namun itu x m'jatuhkan semangat kerja kami kat opis 8 jam sehari, tak der tea break, hi tea...cuma lunch hour je....satu task A-Z hanya sorang yg buat....x der tukang fotostat, tukang ambik paper...pendek kata semua sendirilah...tp itu pengalaman yg berharga...satu kepuasan sebenarnya...dah rezeki masing2..kena la redha dan BERSYUKUR....

    BalasPadam
  21. Hello Maverick...

    Tingkatkan kecekapan n prestasi dulu baru bole le bole demand.....

    Silakan masuk ke sektor swasta......kita tengok bole dapat gaji tinggi tak...jgn kau harap le. Kau ingat kami di sektor swasta ni gaji tinggi.
    Adik2 kami yang baru grad pun terkial2 cari keje, yang dapat berkelulusan ijazah pun gaji pokok hanyalah RM1200 - RM1500.

    Kerajaan mmg bukan bodo tp sudah hilang pertimbangan. Tak tahu beza kepentingan rakyat seluruhnya yang patut didulukan. Semasa harga minyak dinaikkan kerajaan kata tak dpt menanggung subsidi yang semakin meningkat. Sekarang kerajaan bole plak menanggung perbelanjaan RM8bil setahun. Apa ni.....

    BalasPadam
  22. to Arba, u private company gak ker...kalu yer.. u tau camana kan situasi kita...namun kita tetap b'syukur walaupun kenaikan hanyala sebanyak itu...sabar yer...

    BalasPadam
  23. Kenapa nak bertekak dengan rezeki Allah... Mungkin kita ni kurang bersyukur sebab tu kita dapat kurang ataupun kerja yg kita lakukan mmg setimpal dgn bayaran yg kita terima... Alhamdulillah ada keje... yg melambak takdak keje tu camner.. skang ni kalau nak carik keje bukan sekadar yg excell dlm study jer.. tapi mesti ada keyakinan nak kena pandai ckp omputih lagik... student kita mungkin kekurangan dr segi itu... kalau rasa keje gomen ni gaji besar knp tak apply keje gomen jer... kenaikan ni bukanlah besar sgt sbb based on gaji pokok... private mmglah takde elaun tapi gaji basic u all tu leh dikatakan sama byk ngan gaji pokok gomen campur elaun, kenaikan u all based on gaji basic tu kira tinggi ler.. kami kenaikan tak termasuk elaun.. bonus pun 1bln-11/2bln based on gaji pokok gak tak termasuk elaun.. u all plg kurang pun 3bln ada yg sampai 6bln bonus... dari segi kenaikan jusa tu.. kalau kat private level diorang tu gaji dah berpuluh ribu kat gomen campur kenaikan ni still kurang dari private.. padanlah ngan level diorang.. aku pun bukan jusa tp boleh gak pk... Bkn semua gomen ada tea break ni semua tau.. jabatan aku takdak semua tu... ngko keje 8 jam.. aku kat sini slalu blk umah kul 8 dr opis tau... aku pun buat gak keje2 photostat walaupun takdak dlm skop keje aku.. janji keje jln siap cepat... kalau ur company tak bg gaji setimpal that means you all nyer union la kena kuat.. jgn nak salahkan org lain yg dpt kenaikan sdgkan sekali-sekala jer org gomen ni merasa benda-benda camtu.. Ingat berapa ramai yg keje gomen kat mesia ni 8 billion tu bandingkan la dgn bilangan staff gomen... Mmg aku tak nafikan ada jabatan dan ada sesetgh pekerja gomen ni yang culas tapi ramai gak yg keje bebetul tp org hanya pandang yg tak elok jer.. krn nila setitik rosak susu sebelanga.. keje jabatan aku ni handle client dr pelbagai sector.. kena bambu pun tak ingat ingat juga.. apa ingat kitorang ni takdak KPI ka?.. keje private just deal ngan client company jer bukan nak kena layan org ramai cam pesakit luar kat spital gomen tu...

    BalasPadam
  24. Suka hati u la cian nak ckp apa...tp ayat u ' kalau rasa keje gomen ni gaji besar knp tak apply keje gomen jer'...buat pengetahuan u...i dah dkt 10 thn, kawan2, sedara mara dan ramaiiiiiiii lagi rakyat malaysia lain duk apply keje k'jaan tp x juga2 dpt....sedangkan kelayakan kami lebih2 dr mencukupi....camana tu?...ayat u tu boleh buat org marah tau..u kalu x tau pasal private sector cmana jgn bg contoh big private sector yg bg bonus b'bulan2...pasal keje 8 jam...itu contoh...tp acct. bila time balik tepat2, we all x der la duk nunggu dpn punch card nak balik...stay/b sampai kul 9...kul 10 tu adalah p'kara biaser...bersyukur la dgn apa yg u dah dpt dan kalu u rasa ' keje kat private sector ni gaji besar knp tak apply keje private jer...' bagi kitaorg ni plak keje kat gomen...amacam???...

    BalasPadam
  25. x mengapala Hamba Private, Arba, Rakyat Malaysia...x payah la kita nak berdebat n' bemosional ngan diorg ni... takkan menang punya...biarla diorg mcm tu, asalkan diaorg bahagia.... janji kita b'syukur dgn apa yg kita dpt kat private sector...tp kalu dapat offer keje kerajaan ibarat bulan jatuh ke riba..alhamdullillah....wasalam....

    BalasPadam
  26. erkk..dah jadi debat private sector and gov sector la pulak.. :razz:

    BalasPadam
  27. sokong kenaikan gaji kakitangan sokongan bagi sektor awam,syukur alhamdullah.penantian selama beberapa tahun ni.

    BalasPadam
  28. Sejak gaji kakitangan naik, pelbagai tekanan dan gesaan dituntut kepada kakitangan awam untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang. Salah satunya pekeliling yang meminta panggilan talipon dijawab hanya dalam 3 deringan sahaja. Tapi yang kesalnya semua rahan ini lebih tertumpu kepada jabatan2 teknikal yang ada deal ngan public. Jabatan lain goyang kaki

    BalasPadam
  29. mmg pn xcukup..... ni pn da rasa sesak napas tp nak buat cmana..... bonus lak xdapat taun ni.... sdih tul.....

    BalasPadam
  30. TAK PAYAHLA EMOSIONAL PASAL GAJI..KALAU NAK GAJI BESAR KENAPA TAK BELAJAR TINGGI2?KALAU GAJI KERANI NAK SAMA BANYAK DENGAN PEGAWAI BAIK AKU MOHON KERANI JEW.TAKYAH BELAJAR KAT UNIVERSITI.KALAU NAK NAIK KENA SEMUA SEKALI DAPAT MERASA TAK KIRA PANGKAT..

    BalasPadam
  31. @maverick_747, kalau semua anggota kerajaan tak kira gred ape dapat gaji same baik aku takyah belajar rajin2..org belajar tinggi2 sebab nak gaji besar..aku bhutg ptptn sebab nak dapatkn segulung ijazah n dapat gaji besar nk tolong ibu bapa..pikir2..

    BalasPadam
  32. Pegawai tanggungjawabnyer lebih besar..risiko die lbih tinggi...ingat keputusan yg dibuat tu senang2 jer ker...lepas waktu kije pon kepala duk fikir hal kije...kalu kerani buat je ape yg disuruh... berpadananla dgn tanggungjawab...kalu org berkelulusan tinggi x dpt gaji tinggi, tiada penghargaan terhadap ilmu, sepatutnye makin tinggi ilmu, ganjaran makin tinggi...barula org berlumba2 nak kejar ilmu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...