Selamat pagi,
Saya baru sahaja lepas bersarapan pagi sebungkus nasi lemak dan dua biji telur setengah masak (atau bahasa kedai ni, power rangers), bersama teh O. Kalo ikut ceramah kesihatan, yang dileterkan oleh isteri saya, untuk hilangkan lemak-lemak berlebihan daripada nasi lemak sahaja, saya perlu berlari 10 kilometer...err, lain kali lah lari... :razz:
Yang saya nak ceritakan hari ini adalah kerjaya sebagai tukang isi borang, atau petisyen writer. Sebenarnya setiap kali bersarapan di warung ni, saya selalu perhatikan seorang apek ni yang kerjanya sebagai tukang isi borang. Kita namakan saja apek ni Aswad (bukan nama sebenar :smile: ).
Setiap pagi, Aswad akan park kereta Wiranya di tempat parking yang sekali masuk bayar RM2. Kemudian dengan tenang, tak yah gopoh-gopoh Aswad keluarkan sebuah meja lipat plastik dan beberapa kerusi dari boot keretanya. Kemudian sebuah payung dan beberapa kerusi, lagak macam penjual pasar malam, cuma Aswad berpakaian kemeja bergosok dan seluar slack. Yang terakhir dikeluarkan adalah sebuah mesin taip.
Setelah semuanya siap pasang, Aswad letak mesin taip atas meja dan Aswad duduk dikerusi, sambil membaca akhbar. Kurang lima minit, datang seorang pelanggan minta Aswad isikan borang untuk buat kad pengenalan. Siap isi, Aswad dapat RM5.
Kurang lima minit kemudian, datang lagi seorang minta Aswad isikan borang mohon bekalan elektrik. Siap isi Aswad dapat RM5. Dalam kurang 20 minit Aswad dah dapat RM10. Oh, lupa plak nak bagitahu, lokasi Aswad adalah di tempat letak kereta berhampiran Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, dan juga berhampiran Wisma TNB di Jalan Anson.
Sapa pelanggan Aswad? Pelanggan Aswad adalah sesiapa sahaja yang tak reti nak isi borang semasa berurusan dengan pejabat kerajaan dan juga TNB. Err, kalo di Pulau Pinang ni, Chinese memang susah sikit nak isi borang, so diorang lagi suka bagi kat Aswad RM5 daripada susah-susah nak pahamkan apa yang borang tu nak.
Apa yang saya perasan, tak sampai setengah jam dah dapat RM10. Kalo Aswad kerja sampai pukul 5? Dapat jugaklah dalam RM50 sehari kot, atau lebih lagi?
Kerja isi borang pun bleh dapat banyak gak...
Yang paling penting, Aswad ni pandai cari peluang.
Apa lagi alasan untuk tidak bekerja?
Alasan kawan saya bagi - nanti kalo orang tanya, aku nak cakap aku kerja apa? Tak glamer langsung....
Suka hati la labu,...
~leLabu~
Saya tak pernah tahu pun ada orang buat kerja isi borang camni. Market pun ada. Not bad la,sehari dalam 50 .
BalasPadam