Khamis, 3 Mei 2007

Puaskan Hati Pelanggan

Salam sejahtera,

Oh, kepuasan hati pelanggan bukan sahaja dengan memberikan produk atau perkhidmatan harga murah!

Cerita saya di sebuah kedai cuci kereta:

Niat saya sangat suci dan murni, untuk memberikan keuntungan kepada sebuah kedai cuci kereta di Balik Pulau. Apatah lagi kedai tersebut sebuah kedai bumiputera.

Semasa saya sampai, terdapat 2 buah kereta sedang dicuci dan 2 buah lagi yang menunggu giliran untuk dicuci. Berbekalkan pengalaman mencuci kereta di kedai-kedai milik tokei-tokei Cina di seluruh pelosok Pulau Pinang, agak-agak saya, kereta saya boleh siap selepas setengah jam.

Saya dan isteri dengan gembira melangkah ke gerai makan di sebelah, sekadar minum sementara menunggu kereta dicuci.

Setengah jam berlalu, baru siap sebuah. Satu jam, siap lagi dua buah!

Nak tahu? Saya dan isteri terpaksa menunggu selama dua jam untuk kereta itu siap dicuci!

Biasanya saya menunggu setengah jam untuk cuci kereta. Kali ini saya menunggu sehingga dua jam. Kenapa?

  • Si pekerja-pekerja hanya ada 3 orang untuk dua lorong cucian. Kalo di kedai-kedai lain, ada lebih 5 orang. Setiap kereta akan dikerumuni oleh 5 orang pencuci kereta sekaligus. Maka dalam 10 minit sahaja siap cuci, luar dalam.

  • Si pekerja-pekerja tadi mencuci sambil berbual-bual, hisap rokok. Tader konsentarasi untuk menyental kereta! Sebab itulah lembab!

  • Alat-alat yang digunakan begitu terhad. Kalo di kedai-kedai lain, alat-alatannya pasti one to one. Satu lorong cucian satu set alatan.


So, apakah selepas ini saya masih perlu berkompromi, membazirkan masa saya selama satu jam setengah untuk menolong sebuah kedai milik bumiputera yang memberikan perkhidmatan yang hampeh?

Kalo kedai ini berterusan memberikan perkhidmatan begini, adakah ia akan terus dikerumuni atau pelanggan akan lari?

Oh ya! Warga India yang masuk ke negara ini menjadi pencuci kereta, dengan hanya berbekalkan baldi dan sabun mendapat RM6,000 sebulan! Bagaimana servis mereka?

Fikir-fikirlah,

~leLabu~

p/s: Saya menulis ini semalam. Ketika ini saya dalam perjalanan ke Glenmarie, Shah Alam. Jadi, post ini adalah automatic post... 

4 ulasan:

  1. Kampung penang, kerja KL ?

    Moral dari cerita kau tu ... basuh kereta sendiri :)

    BalasPadam
  2. kekadang orang yang keja tu tak rasa tu bisnes diaorang sebab dah biasa keja utk orang :p hehe

    BalasPadam
  3. kerja nak carik duit aje biasalah... serupa juga dengan tokei cina tapi pekerjanya melayu. macam mana layanannya?

    kisah ini kisah pekedai runcit nak pi kedai borong... tokei kedai nih nak pi borong keprluan jualannya dikedai, nak tahu apa jadi?

    bukannya layan dengan baik tapi meletakkan harga yang tak sepatutnya dan dah tentu dengan layanan yang kurang sopan.

    maknanya tokei kedai borong tu telah kehilangan seorang costumer tetap dia hari itu... tokei kedai borong tu tertanya2 kenapa?

    namun pekedai yang nak beli dari kedai borong tadi menjadinya tak jadi beli, TAWAR HATI dan katanya dia TAKNAK lagi datang ke kedai borong tersebut...

    hilanglah seorang costumer, bermakna bagai hilang sumber pendapatan beribu2 ringgit.

    tapi silapnya orang lain, orang lain yang rugi.

    ada satu lagi kisah... hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...