Bagi sesiapa yang merokok, saya nak cakap, hari ini, 31 Mei adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia! So, simpan tembakau anda di rumah dan jangan hisap rokok hari ini, satu hari ini sahaja. Kemudian, esok, kalo bleh jangan hisap rokok lagi. Kalo bleh berenti hisap hari ini, kenapa esok tak bleh?
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Ini antara jawabnya:
- Melindungi orang lain. Bila anda merokok, orang lain turut menyedut asap rokok anda. Anda perokok aktif dan orang di sekeliling anda menjadi perokok pasif. Mana yang mati dulu? Jawabnya, anak anda, isteri anda, ibu dan ayah anda. Semuanya sebab anda!
- Menjadi teladan yang baik. Kalo anda ada anak, tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda. Kalo anda pemimpin atau Ahli Parlimen, tunjukkan teladan yang baik kepada rakyat, kawasan Parlimen bukan tempat merokok.
- Meningkatkan deria rasa dan hidu. Keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi perokok. Sedarlah, anda seorang perokok adalah seorang yang cacat kerana deria rasa dan hidu anda tidak berfungsi dengan baik.
- Meningkatkan kecergasan. Anda takder stamina kalo anda perokok, sedarlah! Jangan jadi mat lembik..
- Kulit lebih sihat. Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan mulut.
- Nafas lebih segar. Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.
- Gigi lebih putih. Merokok mengotorkan gigi anda. Merokok menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
- Rambut dan pakaian tidak berbau busuk. Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.
- Menjimatkan wang.
- Melindungi alam sekitar. Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar.
- Kesuburan meningkat. Amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
- Jadi lebih power. Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.
Bagi anda yang Islam, merokok adalah perbuatan yang haram:-
- Majlis Fatwa Negeri Kedah - Merokok adalah HARAM.
- Majlis Fatwa Negeri Perlis - Menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
- Majlis Fatwa Negeri Selangor - Merokok adalah HARAM.
- Majlis Fatwa Negeri Sarawak - Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan.
Tak puas hati lagi, anda nak jugak buat dosa dengan merokok, anda boleh rujuk ke sini untuk ketahui bahaya merokok.
Bahaya Merokok
Bahaya Merokok & Efek Racun
Merokok Antara Fakta dan Falasi
Remaja Dan Rokok
Anda mahu berhenti merokok? Alhamdulillah...Sebagai panduan berhenti merokok, anda boleh melawat laman ini.
Kalo ada yang offer rokok, katakan : Tak Nak!!
~leLabu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan