Salam sejahtera pembaca semua,
Saya baru balik dari Kota Bharu tadi. Saya balik kampung dari hari Khamis sehinggalah ke hari ini. Walaupun agak pendek masa di kampung, rasanya ia sudah memadai memandangkan sudah hampir lima bulan saya tidak balik kampung.
===============
Satu perubahan yang berlaku di Kelantan adalah saya melihat bas Cityliner. Kalo sebelum ini, perkhidmatan bas henti-henti hanya dikendalikan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan atau lebih dikenali sebagai SKMK (silap konar mapuh kerah :razz: ). Tapi bila balik kali ini saya terlihat pula bas henti-henti dengan brand Cityliner. Tidaklah pula saya ketahui adakah ia menjadi anak syarikat SKMK atau JV dengan SKMK ataupun salah satu brand bawah SKMK. Harap sesiapa yang tahu dapat memberitahu saya. Dari kecik sampai besar, seingat saya, SKMK memonopoli perkhidmatan bas henti-henti di Kelantan.
Ini juga kali pertama saya menggunakan laluan Kupang-Gerik yang baru siap. Kali ini untuk sampai ke Gerik saya tidak perlu lagi menggunakan laluan Baling-Pengkalan Hulu-Gerik. Saya boleh terus sampai ke Gerik selepas Lebuhraya Butterworth Kulim. Ia menjimatkan 30 minit masa perjalanan saya. Seingat saya laluan ini mula di bina sejak saya kenal Pulau Pinang dalam tahun 2004, dan baru beberapa bulan ini ia dibuka. Pemandangan daripada laluan ini juga amat cantik: dengan jelas dapat dilihat gunung-gunung dan bukit-bukit. (Maaf, saya tidak sempat mengambil gambar kerana memandu, dan tidak mahu berhenti. Saya kalo memandu jarang berhenti, takut hilang lajak, :smile: )
===============
Dalam post kali ini juga saya ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang tersinggung dengan post saya sebelum ini berkaitan mas kahwin dan amalan kenduri kahwin di Kelantan. Saya tidak bermaksud untuk memuji dan mengeji, saya hanya membandingkan.
Saya juga ingin berterima kasih kepada yang memberikan komen yang tak putus-putus dalam post saya mengenai kenaikan gaji kakitangan awam. Dan kepada yang bertanya saya pasal gaji, harap dapat divertkan soalan tersebut ke JPA (jabatan pelbagai alasan :razz: )
Sehingga bertemu lagi, jangan jemu bertandang,
~leLabu~
Selamat kembali. Mesti best balik kampung. Tq ye sebab add link saya..
BalasPadambalik kg la tu.. :grin:
BalasPadam