Salam sejahtera semua,
Saya ke Glenmarie, Shah Alam pada hari Khamis kerana urusan kerja. Bukannya saya bekerja di sana. Ada yang mungkin salah faham. Saya tidak bekerja di sana. Saya bekerja di Georgetown, Pulau Pinang dan saya menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tiga kali pulau : Untuk sampai ke rumah saya, perlu merentasi tiga pulau. Al-maklumlah, rumah saya di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Nak taip alamat saya, kena tulis tiga perkataan pulau... :razz:
Saya berkursus tiga hari di Holiday Inn Glenmarie. Kursus apa? Kursus ISO 9001:2000. Hehe, ini lah agensi kerajaan, ISO 9000 tak lama lagi akan muncul dengan version baru, barulah kalut nak upgrade ISO 9002:1994 ke ISO 9001:2000.
Sekali sekala rasa nak tergelak jugak bila saya tengok agensi tempat saya bertugas ni dapat ISO 9002:1994 pada November 2000. Sebab apa? Sebab ISO 9001:2000 keluar pada December 2000. Nampak macam sejarah nak berulang jer.. Entah-entah lepas dapat version 2000 ni, dok dua tiga bulan, ISO 9000 dah keluar version baru... :grin:
Oh, saya jadi participant dalam menyediakan dokumen ISO 9001:2000 tersebut. Tidaklah susah sangat sebenarnya. Saya ada engineering background, jadi proses mereverse-engineeringkan satu proses dan membuat satu proses yang lebih mantap bukanlah sesuatu yang asing. Lagipun, saya juga pernah terlibat dalam menyediakan dokumen ISO 9001:2000 untuk syarikat tempat saya bekerja dulu.
Kursus dan bengkel menyediakan dokumen tersebut diconsultantkan oleh Paisley Consultant.
Cukuplah setakat hari ini. Untuk semua, sedikit perkongsian ilmu quality: Variation is enemy of quality!
Maksudnya: sesuatu yang kita lakukan, perlu konsisten dan kurangkan variasi. Lagi banyak cara kita melakukan sesuatu, lagi kurang kualiti sesuatu itu. Jadi, lakukan dengan konsisten!
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
sememangnya,brother,variation in engineering is the enemy of quality.
BalasPadamnamun dalam lain industries ia diperlukan untuk berlakunya
a good quality of life for the people out there.
konsistency berlaku apabila kita tak jaga quality itu sendiri,namun variation adalah jangkaan yang begitu luas untuk dikaji dan diguna pakai selain dari industri engineering.
Walaubagaimanapun, reengineering process adalah process melibatkan pelbagai variation.
Jadi saya fikir awak memang tepat jikalau awak kata 'variation is the enemy of quality'dalam hal engineering,akan tetapi instilah ini tidak boleh serasi dengan hal2 yang lain seperti politik,sosial engineering,kaji hayat science ubatan,dan sabagainya.
Even money changing agents pun berlaku variation dengan
penilaian wang.itu memang rezeki masing2 jika hendak menukar wang asing,apa yang diperlukan cari 'the best rate'- ini pun adalah variation in exchange rate.Eventually,kita dapat good change,good quality of rate exchange.
ini sajalah yang saya dapat perkatakan sedikitsebanyak.
a good comment then. thanks bro.
BalasPadam