Salam pertemuan,
Ada satu kejadian yang membuatkan saya ingin menulis pasal kaler hitam dan putih. Ya, hitam dan putih. Kaler yang semua orang kenal. Kaler yang tv lama pun boleh keluarkan, tak perlu tv plasma 42 inci.
Katakan, ada dua helai kain: hitam dan putih. Kalo hitam di belakang, dan putih di depan, pasti warna hitam itu masih dapat dilihat bukan? Walaupun samar-samar.
Tapi kalo putih di belakang dan hitam di depan, pasti yang nampak cuma hitam bukan? Tak nampak langsung kain putih di belakang.
Begitu jugak dengan apa yang kita lakukan hari-hari. Walaupun orang nampak kebaikan (putih) yang kita lakukan hari ini (depan), tapi kebaikan kita masih dibayangi dengan kesilapan (hitam) masa lalu kita (belakang).
Dan, orang takkan nampak kebaikan (putih) yang kita lakukan dahulu (belakang), apabila sekarang kita melakukan kesilapan (hitam) hari ini (depan). Sebanyak mana pun kebaikan yang pernah kita buat, takkan nampak, dihapuskan dengan sekali kesilapan/kejahatan yang kita lakukan hari ini.
Ok, cukuplah dulu sesi muhasabah diri untuk hari ini...
Apa yang membuatkan saya ingin menulis pasal hitam dan putih?
Oh, ya! Apabila anda memakai baju kebaya yang melekat ke badan yang berwarna putih, pastikan anda tidak memakai bra yang berwarna hitam! Kerana bra itu yang lebih terserlah. Atau itu memang cara memakai baju kebaya? :razz:
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan