Dalam mencari, berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
- Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
- Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
- Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
nota: hmm, nampak macam ada ciri-ciri khurafat, dan yang halal diharamkan. Biasalah orang Melayu, yang dulunya Hindu, kalau tidak banyak, sedikit itu terbawa jugak ajaran nenek moyang. Yang penting, yang baik itu dijadikan pengajaran. Dalam proses mencari juga, amalan-amalan semasa mengandung mengikut Islam, adat-adat Melayu ni bukan boleh pakai.
~leLabu~
p/s : jangan marah kalau dalam ke-excited-an aku mendapat berita gembira, blog ini dipenuhi dengan post-post berkaitan kehamilan, bayi, bapa dan yang sewaktu dengannya. Weh, Awie pun boleh nangis masa sidang akhbar, Awie pun mat bunga, inikan pulak aku...hehe.
Semua pantang larang tersebut kalu dikira banyak yang tak masuk akal, apapun sebagai peringatan dan panduan kita sebagai orang islam, insyallah kita berusaha untuk menjadi insan yang tidak zalim pada diri dan makluk Allah yang lain dan bertawakal kepadaAllah sahaja. Insyallah akan selamat.. bukan semasa mengandung sahaja tetapi sepanjang hidup kita di dunia ini.
BalasPadamsaya ingin tahu pantang larang untuk ibu mengandung
BalasPadamsaya ingin tahu pantang larang orang melayu semasa dan sebelum perkahwinan.
BalasPadamtah la, sume yg aku bukak website, blog yg org melayu buat... sume same je. stgh jam aku dok surf. x jumpe langsung. korang tau copy je kan.
BalasPadamaku nak tau kalu wanita mengandung:
1. susu jenis ape yg bagus utuk diminum.
2. makanan jenis ape yg bagus
3. cara tido yg mcm mane selamat utk baby yg dlm perut tu
4. cara duduk yg mcm mane nak soh baby tu selamat dlm perut.
simple mcm tu je ko x leh nak cite!!
bini aku pregnant ni!! aku nak tau sume tu!!
please laaaa.
sory, tapi aku suke blog ko.
bro, try search dlm bahasa inggeris la bro. rasanya ada banyak...
BalasPadamartikel ni copy paste aja kan? hehe
BalasPadamsoalan yg bodo d tnya..apkh....!!!
BalasPadammasa mengandung simple je banyakkan minum susu kacang. bukan saja sedap di minum tetapi juga di percayai dapat buat kulit anak kita putih dan bersih. ramai yang telah mencuba. saya pun tengah mengandung. minum susu kacang juga. anmum or enfa mama baik untuk ibu dan bayi yang masih dalam kadungan sebab boleh menyihatkan anak kita bila lahir dan anak akan aktif.
BalasPadampasal makanan pula... alah.. simple, yang penting jangan makan makanan yang tidak sihat seperti keropok2, aiskrim atau minum sejuk juga tidak boleh di amalkan sebab akan menyebabkan anak kuning yang mungkin akan lebih teruk,
cara tidur?? hem... tidur mengiring atau telentang x jd masalah yang penting perut kita selesa dan tak menghimpit perut lah.
cara duduk biarlah yang sesuai. duduk biasa je yang penting tak menghentak-hentak.
assalamualaikum....
BalasPadamsaya sukakan blog awak walaupun ianya x terlalu perfect....
janji awak ada minat yg mendalam untuk mengetahui sesutu yg belum tentu orang lain ketahui walaupun awak copy paste.
x smue orang perfect....
apepun yang orang katakan tentang awak saya akan sokong awak kerana saya gemar membaca blog awak....
wassalam.....
bleh dibuat panduan...sy pun tgh mengandung...tp bab keropok nie ade satu keropok(mknan ringan) yg sy suka mkn...ade effect ke kat baby?...
BalasPadamtolong baca nota akhir penulis, kebanyakan pantang larang mmg ada ciri2 khurafat dan mengharamkan yg halal..bagi saya, penulis menulis bukan utk dijadikan amalan bagi para pembaca..tapi utk dijauhkan..jika penulis blog ini copy paste, maka penulis asal pasti ingin nota akhirnya menjadi panduan! bukan yg dilistkan..ianya menjadi ancaman kepada iktikad kita dan menganggu keutuhan tauhid kita..
BalasPadambetul ka semua ni....saya igin tahu pantang setelah bersalin
BalasPadamtuan/puan,
BalasPadamsila jgn ikut pantang larang ini kerana ia mempunyai unsur2 khurafat. nanti terpesong akidah. sekian, terima kasih.
Assalamualaikum..
BalasPadamSaya rasa tertarik bila membaca comment dari saudara...dan ini rasanya jawapan dari saya yang sedikit sebanyak dapat membantu saudara dalam menempuhi detik-detik tibanya hari yang paling bermakna dalam hidup. Tahniah kepada saudara dan harapan saya semoga isteri saudara selamat melahirkan baby nanti yer...
Cuba saudara pergi ke kedai buku..dan cuba dapatkan satu buku khas untuk mengetahui lebih terperinci maklumat mengenai waktu-waktu kehamilan... Dan apa yang menjadi bahan rujukan saya setakat ini...(saya bakal melahirkan anak ke-3 pada bulan Okt nanti...InsyaAllah!)...40 Hari Nan Indah...Karangkarf Edisi Khas...dan majalah Pa&Ma. Selain tu suami saya juga rajin bertanya pada orang-orang yang ada pengalaman dalam bab nie...tak kiralah orang tua atau muda...bidan kampung atau kerajaan.. sesiapa sahaja....Wallahu'alam...
pantang larang ni bukannya apa...supaya kita berhati2 dlm buat sesuatu benda...contohnya org tua2 marah kalau duduk atas bantal nanti naik bisul...yg sebenarnya untk takutkan bdk2...sbbnye mmg tak elok duduk atas bantal, kan ke bantal tu untuk kita tidur.
BalasPadamapa makanan yang tak boleh dimakan ketika mengandung?
BalasPadamSuami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
BalasPadamkalu dah keje suami asyik menyembelih je camne plak...hehehe
saye dh pregnant 5 minggu.. tapi sejak mengandung nie berat badan saya menurun.. makan pun x selera...
BalasPadamsy ni suka sgt makan pedas, tp sejak mgandung terpaksa lah pencen..
saya nak tanye ckit klu selalu makan makanan pedas blh effect kandungan ke??
errkk.. saya bukan doktor laa...
BalasPadamHihihihi.. cian Encik Lelabu...
BalasPadamsaya juga mengandung, anak ke 6. Biasalah berat turun masa awal kehamilan. Sebab muntah2 dan loya2 tu, berat badan boleh turun. Tapi lepas 3 bulan, insyaallah, loya itu beransur hilang. nasihat saya pada CIk Oscin, jgn amalkan asam walaupun tekak tengah loya. Asam buat tekak makin loya. Masa mkn mmg sedap, lepas makan, loya teruk. Kalau mampu, ambil supplement yg dijamin dan disyorkan baik... spt saya, ambil Spirulina sejak awal kehamilan. Walaupunberat sy turun sebab muntah2 teruk, sekurang2 saya yakin baby dlm perut dapat zat yg cukup dr supplement. Mknan pedas pada saya takde masalah. Sy pun suka cili padi. Janji tak cirit birit dah... bila ibu hamil cirit birit, boleh memudaratkan diri.
Komen yg lain- makanan yg takboleh dimakan semasa hamil - makanan haram dan dari sumber haramlah... makanlah apa saja yg awak suka, janji halal, berkhasiat, tak memudaratkan mcm cikedis2 tu, asam2 pun tak elok, byk asid... org kata organ dalaman mcm hati ayam tak berapa elok utk otak baby. Wallahualam. Saya tak pasti tapi hati baik untuk tambahan iron (zat besi).
Yang pastinya, semasa hamil, byk baca alquran. Surah Luqman utk anak pintar, surah Yusuf - anak baik akhlak & rupa, Surah Maryam utk mudah bersalin, Surah Al Fatihah terang hati, Surah Ah-Nahl - anak berdisiplin, Surah Alkhujarat - susu ibu byk, Surah Yaasin dan juga jgn lupa amal juga surah2 lain yg memang bagus untuk kita semua.
thankh Puan Lya... skrg ni kandungan sy dah masuk 3 bulan lebih.. skrg ni selera mkn sy kian btambah.. tp mkn memilih... ada je yang x kena dgn selera sy... loya dan mual 2 masih ada lagi dan kerap pening... Ni kandungan sy yang pertama so byk yang sy tak tahu... Sory...
BalasPadamtahniah mengandung, dulu ms saya mengandung pun, amat la teruknye muntah2. 4 bulan pertama muntah2 siap kuar darah lagi, lepas tu muntah2 sampai nak bersalin. doc kata lagi kita kuat muntah lagi bgs tuk baby coz nanti baby cerdik, arap2nye jadi la mcm tu bl dia besar nanti. tp ms saya sibuk2 rasa nak muntah saya tak makan benda2 asam, tapi alihkan kepada makan kismiss. dgr cite kissmiss n kurma elok tuk perkembangan otak baby. so saya cuba la. sekarang nie baby saya dah 8 bulan. dah mula bertatih dengan mulut dia yg membebel bahasa dia. saya cadangkan masa mengandung nie banyakkan makan buah2an n kalo mampu buat chek kat doc pakar tiap2 bulan. coz dia blh tau perkembangan otak anak kita ms dia scan, saya pun terkejut bila doc kata mcm tu. lps bersalin pun kalo bersalin kat hospital pakar doctr akan buat test tuk baby. then dia bg tau baby u sihat n maju ke depan 1 step. so semoga awak pun dapat anak yg comel n cerdik...
BalasPadamSalam smua, wa banyak info lah dapat frm u all. sy pon pregnant 1st baby dah masuk 4 bulan. so excited n kekadang rase takut pon ade. just nk mintak pendapat u all tentang jantina baby mengikut kalendar cina. boley dipercayai or 50-50? thanks ya!
BalasPadamsya baru preg 7mggu,1st baby,so byak sgat yg saye xtaw.acted sgt2.tapi saye mmg xda alahan n muntah2.cume slera mkn je berkurangan.saye nk tye,bape bulan perut kite bru nmpak besar?n saye suka mnum ice lemon tea..elok ke untuk bby?
BalasPadamsalam..wah dh cem ruangan ibu ngndung lak ni..kebetulan surfing terbaca pantang larang ni..sy pun baru 8minggu, 1st baby gak..hehe tahniah buat semua :)) alahan mmg tak sgt tp muntah2 pagi tu kerap la jugak..kerap rasa tak selesa..InsyaAllah kalo semua ibu leh hadapinya, kita pun bole laila, noryn :) sy kena displinkan diri ni asik bangun lewat kalo cuti hehehe...slmat ngndung kengkawan :)
BalasPadamtq en. lelabu.. maklumat yg berguna walaupun copy paste. tujuan kita utk berkongsi ilmu je kan.
BalasPadamok..pantang larang tu banyak menjurus kepada khurafat. namun ambillah hanya sebagai iktibar dan pengajaran. jgn percaya bulat-bulat. bak komen SYAMILLA.
dalm text 2 ckp ibu mengandung xboleh tido mase tgh hari...start pkul bpe??
BalasPadam12.00-3.00ptg ker???
@shartiyah,
BalasPadam40 minggu nan indah
salam semua..saye pon sekarang ni tgh mengandung anak pertama..dah nak masuk 3bulan dah..Alhamdulillahh setakat ni saye takder alahan pape..nak kata muntah, tak bleh bau pelik2 tu tak jugak..tp selera makan tu jer la yang kurang..selera nak makan buahh jer..tp yang tak tahannye..sejak tau mengandung saye kemain teruk dengan batuk..sampai satu tahap terkucil2..tu yang malas tuh..ape bleh buat..sekarang alhamdulillahh..dah baik..batuk pembawakan budak rupanya..
BalasPadamsalam..sy br dpt tau sy hamil 5mgu 1st baby..alhamdulillah..tp yg mjd curiousity nye ialah sy slalu rs senak bhgn perut sblh kiri..xleh baring menelentang,lg sng nk rs cmtu...mmg normal ker cani?
BalasPadamakum semua..ini hamil yg ke2 baru 2bln lebih..dulu hamil pertama tak ada masalah n bersalin pun senang sgt rasa mcm tak bersalin.bila org tnya sakit tak bersalin sy tak tahu nk ckp mcm mne...sbb sakit cuma rasa jahit je.yg lain tu cepat sgt berlaku waktu tu saya mmg sedar.tp kali ni saya alami alahan yg teruk sgt baru rasa org mgandung mcmne....alahan muntah berulang2 kali kdg2 tu hingga kuar darah,batuk siang dan mlm,hilang selera mkn,letih tak bermaya,susu anmum pun tak boleh minum jika minum sakit kepala yg amat sgt,cuma yg bleh minum susu hl kotak tu dan susu soya.tp yg hairan ye bila tahu je prenant terus mcmni.....mcm ne ada yg alami mcm sy ker....
BalasPadam@siti,
BalasPadambukan sja org mengandung , org tak mengandung pun x elok tido siang hari sebab nanti melemahkan badan dan membuat muka jadi sembab, tapi seelok-eloknya lelap untuk 10-30 minit bagi mendatangkan tenaga pada orang yang bekerja berat atau penat,
c lelabu.....meh akak tolong jawabkan......
BalasPadam@laila,
ada org yg baru mengandung 3 bln dah nampak macam 6 bulan sebab kulit perut dia tebal ( lemak ) dan ada pulak yang mengandung 6 bulan tapi org tak tahu pun dia mengandung sebab ruang dalaman dia agak besar dan cukup ruang untuk baby sehinggalah dia mengandung 7 bulan barulah nampak.
@aireenz,
BalasPadamkadang2 kedudukan rahim kite kat tepi tapi nanti bila janin membesar ketengahlah dia balik, yang senak tu selalunya angin kat dalam perut tu tak keluar, cuba elakkan makanan yang sejuk dan elakkan minum teh, nescaffe dan apa saja yang boleh menyebabkan angin ataupun yang paling mudah untuk menghilangkan kerisauan tu pilah jumpa ngan doktor....lebih baik pi awal untuk elakkan kemungkinan.
@shamiza,
BalasPadamselalunya masa mengandungkan setiap anak tu memang berbeza2 pengalamannya. tapi kalau dah alah teruk macam tu baik jumpa doktor, akak pernah alami seperti shamiza tapi anggap sebab mengandung akhirnya akak kehilangan baby sebab tak cukup zat dan tak sihat. masa tu akak muda lagi jadi tak tahu apa. bila dah berlaku barulah menyesal sebab tu akak mendalami perbidanan
assalammualaikum...
BalasPadamsy bkl ibu kpd ank ke 3.. ingn sy berkongsi disini...bru2 ini sy sering mmikirkan hal2 yg tdk2. contohnya... bgaimana rupa anak yg bkl sy lahirkan ini nnt..dan sy jg sring mmikrkan tntg adakah anak saya sihat..atau sebaliknya yg sering bermain difikiran..adakah prasangka perasaan buruk terhadap bayi yg bakal dilahirkan nnt akan menjadi kenyataan..bolehkah berkongsi pndapat dgn sy.. trima kasih..
salam...saye tertarik dgn ulasan dari saudara n saudari..saya pun mengandung tapi baru 6 minggu...saye dah mula rase loya tekak n tak sedap badan..dlm badan banyak angin..tp satu tabiat saye, suke minum kopi radix sejak setahun..ade pihak menyatakan kopi membuatkan budak mnjadi hyperactive tp ade jugak doktor yg beritahu saye, kopi x beri masalah..saye konpius?...
BalasPadamsusu unmum n ulphalipid bagus utk ibu ngandung.
BalasPadambuah-buahan n sayuran hijau
tido yg selamat ialah tido mengiring ke kanan o kiri tp klu ikut sunnah ke kanan, lebih selesa.
akak amalkan :
1-bgn pg minu air masak dlu, slps itu satu sudu minyak zaitun n satu sudu madu lebah
2- setengah jam kemudian minum susu n makan salad buah o sayuran.
3. tengahari makan nasi
n sebelah malam makan sup sayur bersama buahan n jus buah
sblm tidu amalkan buah kurma o kismis n susu .
begitulah seterusnya.
salam.. saya dah masuk ke 3 bulan usia kandungan. Alhamdulillah, tiada mangalami apa2 alahan cuma rasa letih dan penat skit maklumla sy berkerja shif. sy sering mengalami kembong perut kalau lewat makan. orang kata tak boleh sapu minyak panas, so sy pn letakla minyak TYT kat perut. Btul ke x boleh sapu kat belakang bdn? mintak pendapat..
BalasPadamsalam...saya nak bertanya...boleh kah si suami pergi memancing semasa isteri mengandung...byak cerita yang saya dgr....tak boleh memancing semasa si isteri tgh mengandung....harap dapat beri penjelasan....
BalasPadamSUAMI X DIGALAKKAN MEMANCING TKUT DAPAT ANAK SUMBING(CLEFT LIP@PALLET)
BalasPadambaru2 ni sy ade mnebang pokok kat dpn rumah..sy mengandung 7 bulan ...boleh ke kit tebang pokok..ade pantang larang ke?
BalasPadamhalo,saya di sini minta tanya sikit ya,saya sedang hamil dalam 5 bulan,boleh ke saya bermesra sama suami masa bulan hamil? kalau boleh,sampai bila kita tak boleh bermesra? tolong baritahu jawapan ya. Terima kasih.
BalasPadam@adie, Betul tu..semuanya terpulang kepd kita.Kena pandai menilai
BalasPadamhye... saya mahu tnya, kalau saya dah mengandung dlm 1 atau 2 bulan lah, lepas tu sya pergi makan nenas, tapi kan saya takut lah ada ap2 berlaku ngan kandungan saya.. itu x apa2 kh? tolong beritahu saya ya.. mcm2 dah saya makn, saya takut jak ada ap2 berlaku dgn kandungan saya...
BalasPadam@putery, org tua tua kata nenas ni berbisa bg yg mengandung, takut keguguran. itu kata org2 tua jer lah. tader bukti saintifik pun.
BalasPadamcheh, gua ni dh jd mcm pakar sakit pun plak!
saye suke orang yang mengandung
BalasPadam