- Jangan menipu, mengkhianati pembeli atau memutar belit dan mengelirukan orang.
Sabda Nabi (saw), maksudnya: "Sesiapa yang menipu kita, maka dia bukan dari golongan kita." (Hadis riwayat Muslim dan lainnya)
Pernah Nabi (saw) menemui seorang sedang berjual makanan lalu disentuh makanan itu dengan jarinya didapati sebelah dalamnya basah. Maka Baginda pun bersabda kepada penjual makanan itu: "Wahai penjual apa ini?" Jawab penjual : "Itu kena hujan tadi." Sabda Baginda lagi : "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya pembeli nampak. Barangsiapa yang menipu kita, bukan dari golongan kaum muslimin."
- Jangan memonopoli barang-barang dagangan (menahan atau mengumpul barang-barang dagangan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal). Memonopoli itu adalah haram.
Sabda Rasulullah (saw): maksudnya: "Barangsiapa memonopoli, maka dia adalah bersalah." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Maksud menyimpan, atau mengumpul barang-barang adalah membeli bahan makanan (contohnya) masa harganya meningkat. Sebab orang ramai nak sangat makanan ketika itu, kemudian disembunyikan dan disimpan dengan tujuan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal. (Macam kes gula lah, sebab nak naikkan harga punya pasal, sorok gula. Tokei-tokei gula tu sedarlah, haram!)
Jika dia membeli pada waktu harga murah untuk dijual apabila harganya naik, ataupun didapati suatu masa makanan sedang banyak dan berlebih-lebihan, kemudian disimpan atau disorok bahagian yang lebih itu untuk dijual bila harganya naik, maka itu perbuatan itu dihukum terlarang (makruh) kerana akan membebankan kebanyakkan kaum muslimin.
nota: bersambung lagi...
Apa-apa kita nak buat, mesti buat kerana ALLAH dan mendapat keredhaan ALLAH
BalasPadam