JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Iskandar percaya Johor akan menjadi lebih maju jika Tambak Johor yang sudah beroperasi 82 tahun lalu, digantikan dengan jambatan baru.
Yang sebenarnya bagi saya, Tambak Johor itu dibuka... baru Johor ini boleh maju!"
Titahnya ketika melancarkan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) yang kini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Teluk Danga, di sini, semalam. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. (nota ringkas: Aku tengok tv3 semalam. Dan nampak sangat Sultan Johor baca teks, tapi bila cakap yang ni, lancar jer, tak baca teks. Aku amat pasti, yang ni tak der dalam teks yang diberikan kepada Sultan Johor, ini macam memang dari luahan hati dia sendiri)
Baginda bangga dan yakin WPI sebagai pusat pertumbuhan ekonomi pada peringkat dunia akan membuka peluang kepada semua pihak dengan faedahnya dinikmati seluruh rakyat Johor.
Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri kerana memberi peruntukan besar untuk membangunkan ekonomi Johor.
Sultan Johor kemudian meletakkan kapsul masa di Pucuk Rebung di tapak perasmian yang akan disimpan sehingga 2025.
Sebelum itu, Sultan Iskandar ketika mengumumkan nama baru SJER kepada WPI mempersoalkan penggunaan namanya.
Mengapa nama saya di sini. Orang sebenar yang menentang kerajaan Inggeris adalah Datuk (Datuk Seri Amar Diraja) Abdul Rahman Andak. Jangan lupa itu," katanya.
Abdul Rahman adalah Menteri Besar Johor kedua dan antara yang pertama menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi dalam urusan surat menyurat kerajaan Johor.
Beliau juga adalah anggota delegasi diketuai Sultan Sir Abu Bakar yang melawat Ratu Elizabeth pada 1885 untuk menandatangani perjanjian damai dengan England yang menjadikan Johor kekal tidak dijajah kuasa asing.
nota: Pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor, yang dirancangkan oleh Tun Dr Mahathir telah dibatalkan kerajaan. Sebab itulah Tun Dr Mahathir mengkritik dasar-dasar kerajaan. Namun apabila Sultan Johor bangkitkan keperluan untuk menggantikan tambak Johor ini, adakah Sultan Johor sealiran dengan Tun Dr Mahathir. Â
~leLabu~
Sultan Johor berkata Tambak Johor perlu diroboh . Baginda tidak pula kata sebuah jambatan baru perlu di bina .
BalasPadamJadi timbul pandangan Sultan Johor sealiran dengan Tun Dr. Mahathir .
Malah pandangan Sultan Johor adalah lebih berwawasan dari segi strategi pembangunan . Dengan tiadanya tambak Johor , salah satu life-line yang kritikal bagi pulau Singapura akan terputus dan akan melumpuhkan kekuatan Singapura dari pelbagai segi pembangunan . Dengan pendekatan ini sudah tentu Johor akan terus membangun tanpa saingan yang kuat daripada Singapura .
Pihak kami sedia berbincang mengenal Wilayah Pembangunan Iskandar. Harap semua pihak mempunyai fikiran yang terbuka, kreatif dan kritis.
BalasPadamape beza DIBUKA & DIGANTI??? jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bezaaaaaaaaaaaaaaa dia kann..... jgn gunekan isu ini nak jatuhkan mahathir atau sesiapa pun... bile saye bace title post nih, saya btol2 MARAH! bende bodoh mcm nih pun bleh buat isu... cubelaa pikir dulu... maksud sultan johor jambatan itu dibuka, boleh jadi dirobohkan saja. taksemestinya di ganti... dan ini saje jalan utk kite menentang singapura. bile jambatan itu takde, kapal2 pedagang semestinya memilih pelabuhan johor... dan johor akan lebih maju dr singapura..
BalasPadamTak kira sapa sokong sapa. Yang pemting jaga kepentingan melayu. Kalo maju pun , tapi melayu nya layu wat pe kan.
BalasPadamPyan Hassan ker nih ??? Ermmm aku ada terbaca gak tu.. Sultan Johor sound Tun M sbb suka sangat kritik kepimpinan Pak Lah. Tak mungkin dia sokong Tun M..Aku berkenan benor jambatan tu di roboh..Org Singapore ni kerek..Orang dia datang malaysia senang². Orang kita plak macam² dia charge..Kena soal siasat macam Osama Laden plak tu, baru dapat masuk..
BalasPadamjohorian & semeon : aku cuma mengulas daripada apa yang diberitakan oleh Berita Harian. adakah sultan johor sealiran dengan mahathir? mungkin tidak sebab sebelum ini sultan johor ada kritik mahathir, pesan jgn kacau pentadbiran pak lah. cuma dalam isu tambak, sultan johor menampakkan bahawa tambak perlu diroboh supaya kapal boleh lalu. (tidak semestinya diganti, tapi kalau diganti, pastikan kapal boleh lalu - inilah konsep pembinaan jambatan indah dulu, dibengkokkan supaya dapat ditinggikan supaya kapal boleh lalu).
BalasPadamPusit : betul tuh, sapa yang selalu berulang alik, ada kerja di singapore akan tahu. satu keta nak masuk singapore dia caj 45 SD (ini dulu, masa aku selalu kena pegi singapore). berapa duit kita? tapi keta singapore masuk malaysia, kita kutip tol tak sampai RM5 pun.
buat apa susah2 nak pegi singapore... keja kat negara sendiri pun melambak nak tak nak je. tak keje ngan orang, keje sendiri. Biar je dorang yang berbelanja kat sini. Orang singapore ke Malaysia ke, manusia juga. Sama je, ada macam-macam sikap. Jambatan tu, ntahlah macam2 punya pendapat sendiri. Ikutkan sama juga buat apa orang buat promosi, modal mahal2. Kita buat jalan elok2, orang senang nak datang. Pastu naikkan tol ke bayaran apa ke masuk sini. Orang singapore nak pegi Batam pun boleh, tapi naik feri, jadi kan senang guna jambatan je. Itu pendapat, tak sumer orang punya pendapat yang sama.
BalasPadamkorg xpernah rasa btapa bestnyer duduk dalam jammed kt atas tambak tu..
BalasPadamengkau pun jangan la bodoh sangat nak bagi comment, kalau benda tu diroboh dan tak diganti abis macamana pulak nak menyeberang ke singapore?? takkan setakat roboh nak bagi kapal commercial lalu je, abis keta2, keretapi, manusia2 tak lalu?? engkau tu yang kena guna kepala hotak dulu sebelum nak hentam orang, aku orang johor bahru aku tau la. aku tak menyanjung sapa2, tapi apa yang BETUL aku ikut, apa yg SALAH aku bangkang. Aku mintak maaflah kalau aku mengutuk kau, tapi tiap kata2 kau tu biar betul sikit, ikot otak yg waras dan berfikiran baik
BalasPadam