Isnin, 13 November 2006

Berniaga Untuk Dapat Keredhaan Allah (Bhg 1)

Sebagai suatu langkah ke arah mendapat keredhaan Allah dalam perniagaan, tidak kiralah offline atau online, berikut ialah beberapa garis panduan mengenai perniagaan;-





  • Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad ijab dan qabul yang sah, kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh setengah ulama iaitu pada benda-benda yang kecil yang tidak bernilai tinggi.




  • Barang-barang yang diperniagakan itu halal, bukan yang diharamkan oleh syara' seperti arak, sekalipun yang akan membelinya bukan orang Islam, kerana laknat dalam perkara arak ini termasuk tukang perah, pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik (buah untuk dijadikan arak), penjual, yang menerima hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang terlibat dalam perkara arak ini.




  • Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahaya yang berat. Banyak ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis memberikan ancaman demikian.


nota: bersambung....

3 ulasan:

  1. Terima kasih syeikh post topik ni, kadang-kadang kita terlupa....tau take for granted...maklumlah, akhir zaman ni, bila kita cuba ikut Islam, kita akan dipandang pelik dan kolot...tapi ALLAH SWT yang cipta kita, maka DIAlah yang tau kelemahan dan kekuatan kita...malam bagi kita yang memandai-mandai tak nak ikut hukum DIA

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...