Isu murtad ini pula berkait dengan dakwaan kononnya Azhar Mansor murtad dan akan membaptiskan orang melayu yang akan murtad di Ipoh. Semua kecoh, kemudian Azhar menafikan, di satu sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO. Namun yang peliknya, bila diminta melafazkan syahadah, Azhar enggan. Soalan ; jika anda seorang Islam, adakah anda akan keberatan untuk bersyahadah? Di depan semua orang, malah seluruh dunia, aku akan berbangga melafazkan bahawa aku seorang Islam. Tapi tidak bagi Azhar... (semua perlu tanya diri sendiri, kalaupun Azhar masih Islam, boleh berbanggakah kita dengan orang Islam yang malu mengaku agamanya sendiri..)
Kemudian yang menjadi perhatian adalah Raja Sherina, yang menjadi pemula sebaran SMS mengatakan akan berlaku upacara pembaptisan orang melayu di Ipoh. Bagi aku, sepatutnya, yang dicari ke lubang cacing adalah benarkah apa yang dikhabaranginkan? Bukannya bertungkus lumus mencari siapa pemula sebaran SMS. Isu tidak selesai, yang ingin dipastikan benarnya adalah dakwaannya. Betulkah ramai melayu murtad?
Dengan tertawannya pemula sebaran, isu tidak dapat disenyapkan, kerana pokok pangkalnya belum diketahui. Seperti apa yang dikatakan Mufti Perak, di Berita Harian 25/11/2006:
GEORGETOWN: Kerajaan perlu menyiasat dakwaan ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti didakwa wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' dan bukan menumpu kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata siasatan lengkap termasuk mengenai berapa ramai umat Islam yang dibaptiskan perlu dilakukan segera bagi mengelak kebimbangan umat Islam.
Katanya, pada masa ini siasatan lebih tertumpu kepada siapa yang menghantar SMS mengenai dakwaan itu berbanding isu asalnya iaitu murtad yang membimbangkan ramai umat Islam di negara ini.
“Apa yang patut kita lakukan bila dengar khabar angin itu, kita siasat lah. Kita kaji betul ke tidak (dakwaan) murtad kerana ini bukan benda kecil, sebaliknya boleh menimbulkan kekacauan.
“Bila kita (umat Islam) terasa terancam, mereka bertindak," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Islam dan Cabaran Semasa' anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.
Harussani yang enggan mengulas lanjut, menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan menasihatkan orang ramai supaya jangan bertindak sesuka hati dalam menangani isu berkenaan.
Aku pasti, kawan-kawan pun, ingin tahu benarkah ramai melayu murtad lebih daripada siapa yang sebarkan berita.
Dunia akhir zaman, beginilah keadaannya.
~leLabu~
Ada satu artikel menarik tulisan Tok Guru di sini. Cuba kita fikir-fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan