- Jangan bersumpah bohong, bahkan hendaklah dielakkan supaya tidak bersumpah sekalipun dalam perkara yang benar. Nabi (saw) menamakan sumpah bohong itu sebagai sumpah palsu (al-Ghamus) maksudnya orang yang bersumpah itu akan tenggelam dengan dosa di dunia dan di dalam api neraka di akhirat dan Allah tidak akan melihat orang itu pada hari akhirat. Bersumpah dengan nama Allah ketika berjual beli tidak akan mendatangkan berkat.
- Jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan yang berlebihan apalagi jika harga itu telahpun ditetapkan oleh kerajaan. Menaikkan harga barang dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah adalah suatu jenayah terhadap pengguna, kerana ini akan menyebabkan kesempitan hidup kepada pengguna-pengguna, khasnya mereka yang berpendapatan rendah.
Ma'qil bin Yasar pernah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah (saw) semasa dia sakit yang membawa kematiannya. Dia berkata kepada orang yang di sekelilingnya: "Tolong kamu dudukkan saya supaya saya menyampaikan hadis Rasulullah (saw) kepada kamu." Setelah mereka mendudukkannya, dia pun berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah (saw) bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yang memasukkan sesuatu harga (barangan belian) orang-orang Islam dengan tujuan untuk menaikkan (harga penjualan) kepada mereka, maka adalah menjadi hak Allah untuk menempatkannya bersama tulang-tulang daripada api pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad, Thabarani dan al-Hakim)
Kemudian ada orang bertanya kepada Ma'qil: "Adakah hadis itu tuan dengar langsung daripada Nabi (saw)?" Ma'qil menjawab: "(Aku mendengarnya) bukan sekali saja bukan pula hanya dua kali ". Ertinya Nabi (saw) mengulanginya berkali-kali kerana besarnya bahaya perkara menaikkan harga jualan.
nota: Jangan boring ekk,..kita kena rileks dulu, sambung nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan