Selasa, 7 November 2006

Peluang Perniagaan Haram

Dalam perbincangan dengan seorang exco kerajaan negeri Pulau Pinang semalam, tersentuh isu curi motosikal yang menjadi-jadi sekarang ni. Faktanya:

  • dalam sebulan, lebih kurang 40 kejadian curi motosikal di daerah barat daya sahaja

  • motosikal yang menjadi sasaran pencuri adalah daripada jenis Honda

  • motosikal dicuri untuk ambil alat ganti (spare parts)

  • bangkai motosikal (lepas spare parts diambil) akan dihumban ke dalam sungai

  • kebanyakan motosikal yang dicuri adalah daripada jenis yang dibeli cash (menjadi satu persoalan, adakah sindiket ada kaitan dengan penjual)


Rupa-rupanya kegiatan curi motosikal ini seperti mempunyai sindiket yang terancang. Curi motosikal bukan setakat kegiatan jenayah, tetapi jenayah terancang yang membawa kepada peluang perniagaan yang menguntungkan (dan semestinya haram).

Spare parts yang diambil daripada motosikal curi ini akan dikumpulkan dan akan dieksport kembali ke negara-negara Asean lain terutamanya Vietnam (nota ringkas: ini pandangan exco terbabit, bukan pendapat peribadi aku).

Puncanya, di negara-negara Asean memang motosikal Honda (cup) menjadi kenderaan yang paling laris. Disebabkan penduduk negara-negara ini mempunyai kuasa beli yang rendah, maka permintaan kepada alat ganti (spare parts) yang murah amat-amat tinggi.

nota: Kena beringat-ingat kepada sesapa yang ada motosikal, kegiatan curi motosikal sekarang adalah bisnes yang memberikan pendapatan lumayan. Motosikal yang menjadi sasaran utama adalah Honda (cup - EX5 dll), Yamaha RXZ dan juga 125Z.

~leLabu~

6 ulasan:

  1. kawan-kawan, tolong test komen ni, kalo korang bleh komen, maknanya ok la. test komen 2 kali sorang..hehe

    BalasPadam
  2. ok dah. sekarang suma dah bleh komen. terima kasih kepada yang memberitahu akan kelemahan script komen ini. terima kasih daun keladi.

    BalasPadam
  3. yalah...motor i baru kena curi seminggu lepas...jaga jaga semua ,nak parking..park kat tempat sesuai,jgn main letak je..
    make sure lock!

    BalasPadam
  4. Enjin Motosikal Honda ex5 class1 110cc telah dicuri..body (badan) masih baik...

    Masalah saya..boleh tak saya ingin mendapatkan/memberi enjin /komponen enjin yang baru?

    Saya harap ada respon daripada pihak tuan..sila emailkan respon tuan
    ke zahar_ahmad@yahoo.com atau call saya 0139945281 Sakri...

    Terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...