- Telefon : memang penting sangat. Telefon ni gunanya untuk pelanggan telefon tanya pasal servis syarikat, nak tanya harga barang, nak buat appointment, nak itu, nak ini. Dan supplier pulak, telefon nak kutip hutang! Bagi pekerja pulak, penting untuk komunikasi sesama sendiri. Macam aku dulu, syarikat bagi satu line handphone, pakai tanpa limit. Best ooo...kita call, syarikat yang bayar..atau namanya menghabiskan duit syarikat.
- Fax : ini memang penting. Untuk cepatkan apa-apa process, semua confirmation document buat melalui fax. Cepatla dapat. Apa-apa jer documents, kalau tak boleh melalui email, melalui fax.
- Email : ini satu alat perhubungan untuk dapatkan bisnes. Macam bos aku, kerja dia hari-hari dapatkan bisnes. Cara dia, contact by email jer, kena belajar dengan dia ni. Satu lagi sebab, semua business deal syarikat tu adalah dengan client antarabangsa, kenalah pakai email. Kita tidur, diorang jaga, susah jugak tu!
- Walkie talkie : ini komunikasi masa kat field jer. Dulu, masa kat syarikat tu, sebelum aku keluar, ada cadangkan ambil lesen, nanti satu dunia boleh contact pakai walkie talkie jer (sebab kerja masa tu, technician aku ni kena round satu dunia). Tapi tak tahulah, dah lama tak dengar cerita.
Rasanya, kat tempat lain pun, alat-alat komunikasi tu memang penting jugak. Cuma aku rasa, yang kurang digunanya yang walkie talkie tu. Yerlah, takkan jual buku nak pakai walkie talkie kot...
Lama jugak tak dengar cerita kawan-kawan lama. Tapi memang seronok kerja dulu. Banyak cabaran dan boleh kenal ramai orang, dari serata pelosok dunia!
nota: Kerja bahagian admin ni rasa macam bosan jer...macam tak mencabar jer.. :grin:
~leLabu~
Dalam banyak² medium komunikasi di atas..aku lebih prefer e-mail. Banyak sejarah hidup aku dicorakkan oleh e-mail. Teknologi ni walaupun agak statik,still releven sampai skang..
BalasPadamErrr..Li, mu takder gossip² terkini pasal Razak Baginda dok ?? Aku rasa dia tak bersalah la..
BalasPadamno comment..
BalasPadam