Rabu, 4 Julai 2007

Yang Kecoh Minggu Ini - CTOS

Salam bahagia,

Dalam sibuk-sibuk hari ini, ada dua perkara yang menarik perhatian saya. Dua perkara yang melibatkan kerajaan untuk buat keputusan. Satu perkara baru ditimbulkan, dan satu lagi perkara lama yang tak sudah-sudah.


  • CTOS - perkhidmatan CTOS mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, mempersoalkan maklumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu dalam sistem syarikat itu yang didakwanya tidak dikemas kini.
  • Guru dan PTD - cikgu-cikgu masih tidak dapat menerima kehadiran PTD bagi menguruskan pentadbiran dan kewangan pejabat pelajaran.
CTOS

Saya pelik bila tengok Buletin Utama semalam, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong yang mengatakan bahawa maklumat dalam database CTOS adalah dikutip daripada warta kerajaan dan juga surat khabar. Dan, mereka hanya bagi maklumat latar saja, bukannya senaraihitamkan sesiapa. Jadi, baginya, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan!

Woi bengap! Kalo ko kutip maklumat lepas tu ko tak update dengan status terkini, maklumat ko tu outdated! Kalo dah maklumat ko outdated, maksudnya ia tak tepat. Kalo dah maklumat tak tepat, bila ko jual kat orang yang nak buat rujukan, jadinya ko dah tipu orang tu. Dan lagi, ko menyusahkan tuan punya maklumat yang ko tak update tu!

Dan kepada pelanggan maklumat dari CTOS - woi sangap! Sekarang ko dah tahu maklumat CTOS outdated, buat apa nak refer CTOS lagi.. dan ko dah tahu maklumat yang updated ada di CCRIS, ko refer CCRIS dah la...

Guru dan PTD

Surat pembaca Berita Harian hari ini menyiarkan pandangan seorang yang bergelar Yang Memahami Guru tapi bengap sebab tak faham kenapa kerajaan nak tempatkan PTD di pejabat pelajaran.

Katanya,
...Kalau semua jawatan dalam jabatan diisi oleh PTD, bagaimana peluang guru untuk naik pangkat dan mengisi jawatan dalam jabatan?

...Implikasi kedua adalah peranan guru sebagai pembuat dasar pendidikan negara akan terhapus. 
Jawab saya - tidak semua jawatan dalam jabatan diisi oleh PTD. Hanya jawatan yang baru diwujudkan akan diisi oleh PTD. Jadi ia tidak akan menjejaskan kenaikan pangkat guru-guru. Senang cerita, kalo sebelum PTD masuk peluang guru naik pangkat adalah 10, maka selepas PTD masuk pun, peluang guru naik pangkat adalah sepuluh! Tak faham? Kalo tak faham tak payah jadi cikgu.. :smile:

PTD ini pula hanya bertugas untuk urusan pentadbiran dan kewangan sahaja.

Dan, peranan guru dalam menggubal dasar pendidikan tidak pernah tercabar. PTD hanya uruskan pentadbiran dan kewangan, yang lain-lain masih lagi guru-guru yang uruskan!

Katanya lagi,
Gurulah yang selama ini mendidik anak bangsa. Mereka yang selama ini setiap hari mendidik anak bangsa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Mereka juga bukan setakat mengajar, malah mengurus disiplin pelajar, mengurus bilik darjah, mengurus aktiviti kokurikulum, di samping terbabit dalam pengurusan dan kewangan sekolah.
Nah, banyaknya peranan guru, tapi yang akan diambil alih PTD hanyalah dua yang terakhir tersebut, iaitu pengurusan dan kewangan. Jadi kenapa kecoh-kecoh? Sedangkan Yang Memahami Guru sendiri meletakkan ia perkara terakhir dalam peranan guru yang sangat suci murni itu! (malah dengan perkataan "disamping" lagi.., maksudnya bukan tugas utama la kot.. :razz: )

Bagi saya, sebelum mengeluarkan pendapat yang dangkal, selidik dulu apa isunya, bukan beremosi!

~leLabu~

p/s: Sorry post hari ini agak serius.. :razz: Cikgu-cikgu yang faham (atau yang selalu lambat dapat respons bila berurusan dengan pejabat pelajaran, yang sussahh sangat nak claim tnt, yang buku rekod perkhidmatan tak sampai-sampai walaupun dah pindah sekolah 3 tahun dan sebagainya..) kenapa kerajaan nak tempatkan PTD di pejabat pelajaran, jangan kecik hati dengan post saya ni..

5 ulasan:

  1. Saya x berapa faham la maksud CTOS tu. Boleh terangkan? :-)

    BalasPadam
  2. ctos: credit tip off services sdn bhd adalah sebuah syarikat yg kumpul maklumat org awam.

    apa yg dikumpul? - maklumat pasal keberhutangan seseorang, cthnya kalo bankrupt, notis saman mahkamah, lelong harta dsb yg disiarkan di akhbar dan warta kerajaan.

    maklumat ini akan dibekalkan oleh ctos kpd bank/institusi yg nak tahu pasal keberhutangan seseorang. tp, maklumat ini biasanya tak updated sbb, cthnya, notis bankrupt dikeluarkan disurat kabar, tp bila seseorang bebas dari bankrupt, tidak pula disiarkan di surat kabar.

    makanya, maklumat yg ada di ctos tidak kemaskini.

    BalasPadam
  3. bukan sahaja yang menipu pihak bank juga main pernanan yang sama. Inilah terjadi kepada saya. Saya pemegang MBF Kad Kredit tahun 1985. Memang saya akui saya menghadapi masalah untuk membayar caj seperti yang dikenakan. Last last sekali,untuk mengatasi hutang berkenaan saya telah di arah oleh majikan saya untuk memotong gaji saya sebanyak Rm250.00 setiapa kerna hutang saya taklah sebanyak mana sampai habis hutan tersebut. Selama 2 tahun gaji saya dipotong. Selepas 3 tahun lepas datang surat dari MBF menageh hutang lagi dan saya kata saya dah habis bayar melalui potong gaji. Dan merekapun kata oklah jika sudah potong gaji. Namun saya hampa sekali lagi bila saya hendak membuat pinjman kereta dan pihak tidak meluluskan kerana CTOS. Saya fikir ada masalah di pihak MBF kerana tidak melapurkan pihak CTOS iaitu saya telah buat langsai hutang saya melalui gaji. Satu lagi mungkin pihak CTOS tidak update sampai sekarang. Yang lebih masalahnya surat yang mengesahkan tidak ada dalam simpanan saya kerana musnah akibat banjir dan saya tidak dapat membuktikan tentang pembayaran. Namun begitu pihak MBF pastilah ada rekod rekod tersebut namun mereka tidak rekod tersebut. CTOS memusnahkan kehidupan saya semenjak 1990 sehingga ke hari. Apa pinjaman pun saya tidak dapat buat. Malah saya kini pun masih membar Rm150.00 sebulan kerna di beri amaran jika tidak membayar saya akan disaman bankrup.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...