Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, yang masih setia...
Ok, terus terang cakap: Saya sebenarnya terpengaruh dengan entry terbaru daripada kumprinx pasal cerita dalam seluar. Sememangnya saya baca sampai habis entry tersebut, sambil ketawa berdekah. Isteri saya pun terkekek-kekek jugak membaca entry yang mencuit hati itu..
Jadi, senang ceritanya, entry tersebut membuatkan saya terasa ingin juga membuat entry pasal cerita dalam seluar. Tapi, setelah mengira-ngira barang yang ada dalam seluar, rupanya tidaklah sebanyak mana. Terpaksalah saya gabungkan dengan cerita dalam baju..
Telefon
Motorola L6. Walaupun telefon ini jarang-jarang berada dalam poket seluar saya (kebanyakan masanya ia berada di meja kerja di pejabat dan di meja solek semasa di rumah..), tapi memandangkan ia masih tetap berada dalam seluar semasa saya memandu, maka ia pun disertakan jugak..
Buku nota
Cap ayam. Disebabkan kerja yang memerlukan catatan dibuat di mana-mana, maka ia berada dalam kocek baju saya. Namun ia bukanlah bermakna daya ingatan saya sudah mencapai tahap kronik... Saya masih berupaya mengingati sesuatu perkara selama 30 minit.. Selepas itu, saya memerlukan 30 minit untuk mengingat kembali sesuatu perkara... :razz:
Wallet
John Master. Dalam wallet inilah tersimpan dokumen yang mengesahkan saya seorang warganegara Malaysia, juga dokumen yang melayakkan saya memandu apa-apa jenis kereta dan juga motosikal 150cc ke bawah..
Duit tu adalah jugak.. tapi tak perlulah disebutkan di sini.. :smile:
Sikat
Cap ayam. Sikat ini berada dalam poket belakang seluar semasa saya mempunyai rambut yang melebihi 1 cm. Bila rambut saya botak ala-ala Mawi (uwekk.. alergik sebut nama ni..) maka sikat ini akan sengaja ditinggalkan di rumah...
Pen
Pilot Ball Liner Medium. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya. Pen ini amat sesuai digunakan untuk menandatangani apa-apa dokumen. Apabila pen ini tertinggal di rumah, saya akan minta lagi sebatang daripada stor. Sebab saya ini agak pelupa orangnya,.. maka di rumah saya ada tidak kurang 10 batang pen seperti ini..
Nametag
Cap ayam. Ini adalah pas masuk ke KOMTAR. Walaupun ia akan berada dalam kocek saya semasa saya perlu ke KOMTAR sahaja, tapi saya nak jugak tunjukkan kat sini..
Kunci
Proton. Ini adalah kunci kereta wira cabuk saya.. Kalo kunci ini tertinggal, kereta saya tak bleh start. Bila kereta saya tak bleh start, saya tak bleh balik rumah atau ke pejabat...
Itu sajalah barang-barang yang ada dalam poket saya.. Kebanyakannya adalah barang-barang untuk bekerja sebab saya pakai seluar masa pegi kerja jer.. Kat rumah saya lebih banyak berkain pelekat.. senang sikit angin masuk.. :razz:
~leLabu~
p/s: Boring -kan hidup saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan