Selasa, 31 Julai 2007

Artis, Anaknya & Anjingnya, Yang Mana Haram?

Salam bahagia semua pembaca budiman,



Yang kecoh dalam radio kelmarin adalah pasal anak-anak artis Melayu dan Islam yang sangat mesra dengan binatang peliharaan yang bernama anjing. Gambar-gambar tersebut sudah tentu tersebar diruang maya ini melalui email-email yang diforward dari satu manusia ke manusia yang lain.

Maka bertempiklah peminat-peminat dunia hiburan tempatan menuturkan perkataan, "Eh, mana boleh macam tu, HARAM tau!"

Terdengarnya saya akan hal yang demikian dikatakan oleh peminat dunia hiburan, yang kononnya mereka terlebih Islam dari yang lain, maka agak terkekek jugaklah saya.

Seorang lagi peminat berkata, nak dekat tu boleh tapi pastikan kering sama kering. Lalu disanggah pula oleh pemanggil stesen radio tersebut memberikan pandangan, eh, kering sama kering pun tak boleh, kan tu najis mughallazah.

Isk-isk-isk.

Ada pulak peminat yang memberikan pendapat, artis-artis perlulah tahu batasan dalam agama, bahawa anjing itu keadaannya adalah haram disentuh dalam Islam. Jadi, artis tadi perlulah mengajar anaknya supaya jangan bermesra sangat dengan anjing.

Ini pandangan saya...

Buat apa nak herankan isu halal ker haram pegang anjing? Kan dunia hiburan itu sememangnya dari awal lagi haram, tapi telah menjadi kebiasaan dan dihalalkan.

Wanita menyanyi, bukankah haram? Menyanyi sampai melalaikan, bukankah haram?  Tader pulak peminat-peminat yang sibuk-sibuk nak nasihatkan artis tu supaya berhenti menyanyi...

Artis tu mendedahkan aurat, tayang body sana sini, bukankah haram? Tader pulak peminat yang kononnya faham agama ini melalak mengatakan itu haram, tolong bagi tudung...

Artis tu nak buat persembahan, make-up berjam-jam, sah-sah tak semayang, bukankah haram? Tader pulak peminat yang bawak rotan, jom kita semayang dulu jom...

HARAM yang sudah diterima...

Sepertinya, bila ramai yang buat, walaupun haram, maka ianya dianggap biasa, dan tiada sapa-sapa pun yang akan bising-bising...

Nanti, kalo semua anak-anak artis, atau tiba masanya setiap rumah orang Islam membela anjing sebagai haiwan kesayangan, maka semua ini akan dianggap biasa sahaja. Haram yang sudah diterima...

Banyak kalangan kita, halal-haram ini sebagai ikut-ikutan saja. Kalo ramai yang buat, itu halal. Kalo tak ramai yang buat, itu haram. Tunggulah nanti ramai yang buat, maka yang haram tadi akan jadi biasa-biasa saja...

~leLabu~

nota: Dalam Islam, anjing boleh dibela sebagai anjing perburuan atau yang mengawal kediaman dari pencuri. Weh!  Sekarang ada alarm system yang canggih, tak perlu bela anjing lagi!

17 ulasan:

  1. alamak..
    apa la pnye artis..wat malu je..sebab aris sorg smua pun telibat.. :)
    bermacam-macam binatang dalam dunia ni, apehal la ANJING juga yg dipilih untuk dibela..
    kan elok kalau die bela kambing ke..untng2 blh wat akikah..
    bela anjing dapat ape..
    aku malas nak komen pasal halal-haram ni..dah mmg terang2 haramnya..
    lg pun aku ni bkn ade latar blkg agama sgt utk memberikomen ttg halal-haram ni...
    :)

    BalasPadam
  2. saya tak kisah pasal artis tu.. tp peminat yg dok bagi komen kat dalam radio tu.. nampak sangat amik agama sikit-sikit.. yg berkenan di hati senyap.. yg tak berkenan, kecohkan..

    kalo nak nasihat pasal halal haram kat artis tu biarlah adil. nasihatkan jgk pasal benda2 haram lain yg artis2 dok buat.. hehe

    BalasPadam
  3. Hmm, kalu la artis tu kerja sebagai skuad pengesan mayb la kne bermesra dgn anjing latihan diaorang.. tapi..Artis nk bela anjing wat per? Banyak lagi bintang yang boleh dibela dan bermesra, mcm hamster, arnab, kucing dan burung.. Ape2 lah..

    Yang HARAM tetap HARAM.. Berenti lah sape2 yang "makan cili tu.."

    BalasPadam
  4. Bila haram tu dah jadi biasa, maka ke neraka lah jawabnya..

    BalasPadam
  5. Artis perlu sedar diri dari mana dia berasal dan agama apa yang dianutinya. Agama bukan warisan budaya yang hanya terpakai pada nama dan identiti tetapi bersifat menyeluruh yang mesti dipertahankan kesuciannya. Anjing(najis mughaladzah)adalah terlalu sensitif bagi orang Melayu Islam. Jadi, pendampingan dengan binatang ini adalah sangat-sangat menjijikkan jika tidak atas sebab-sebab yang diharuskan. Cara gaya hidup artis Islam yang tersasul begitu jauh sepatutnya dihentikan dan kembali ke pangkal jalan. Jika ini disebabkan oleh kedangkalan ilmu agama boleh saja dipelajari dan didalami tentang hukum hakam agama. Tetapi sekiranya apa yang terjadi ini semata-mata atas nama kemegahan terhadap nilai-nilai barat dan caragaya hidup yang moden, maka berundurlah ke belakang dengan segera sambil beristighfar banyak-banyak sebelum mata hati tertutup akan cahaya kebenaran.

    BalasPadam
  6. Salam…

    Sy pun terkejut gak memula tgk gambar tu,.. tapi bukan kah anjing pun makhluk Allah jugak? Haram? Dari segi apa? Kenapa Allah haramkan? Adakan kita umat islam langsung tidak ble sentuh nya? Bukan kah Allah jugak telah ajarkan pada kita cara2 hendak menyucikan nya? Bukan kah setiap penyakit ada ubat nye kecuali mati….?

    Adakah kita tahu disebalik gambar tu… apa sebenarnya yg telah berlaku,.. mungkin dia pelihara anjing yg sakit ke,.. yg bermasalah ke…yea lah nak kena hantar klinik,.. memakan belanja jugak kan.. kemampuan dia ble menyelamatkan dan melindungi makhluk Allah ni… dia jugak telah mengajarkan anak nya menyayangi makhluk Allah…

    Kenapa kita cepat menilai sesuatu hanya daripada luaran saja.. pepatah inggeris ada mengatakan.. “don’t judge a book by its cover” dalam forum ni,.. senang2 jugak kita dpt habuan kutuk dia kan,.. mungkin ble jadi satu fitnah terhadap nya…. Sape tahu,.. Allah saja…



    Dalam soal hiburan,.. islam tidak mengharamkan hiburan,.. jgnlah kita memberi gambaran yg –ve terhadap agama kita… hiburan boleh dengan syarat dan panduan yg telah diberi dan diajarkan,… soal aurat sume tu,… terpulang pada individu menerima dan mengamalkan nya,.. sy pernah terbaca satu statement yg hingga ari ni sy pegang…’jgn tertipu dgn segala amaln kita kerana kita tidak tahu siapa yg lebih mulia dcc tuhan’ that means … jgn lah kita cepat menjatuhkan hukuman terhadap manusia lain,.. biarlah Allah saje yg menilainye… siap lah kita kan??

    Allah saje yg Maha Mengetahui

    BalasPadam
  7. mungkin satu hari nanti saya pun nak pelihara anjing untuk jaga keselamatan rumah,....

    BalasPadam
  8. bersangka baik tu boleh tapi biar kena tempatnya..

    apa syarat hiburan yg dibolehkan? cuba detailkan..
    kalo awak detailkan, saya 100% pasti yang artis tu tak ikut kan?

    aurat terpulang kepada individu? sapa ajar? kalo dalam al-quran dah ada suruhan supaya tutup aurat, itu bukan pilihan lagi.. itu suruhan Allah, mahu tak mahu kena ikut..

    kita bukan menjatuhkan hukuman, kita cuma mengikut suruhan Allah dalam hal amal makruf nahi munkar.. kalo nak kira sapa lebih mulia di sisi tuhan, kenapa awak tak cakap "firaun tu baik sebenarnya..sapalah kita nak menilainya.."

    kalo pun nak tegakkan benang yg basah, jgn gunakan alasan dan tulisan yg menampakkan kononnya awak tahu agama. daripada tulisan tu tak nampakkan awak tahu agama. awak minat artis tu ker? fan dia?

    nak katakan tulisan saya tu ngumpat? mahukah awak percaya hukum mengumpat ada 4?.. hehe :razz:

    BalasPadam
  9. awak ni ketinggalan zamanlah.. org dah tak pakai anjing utk jaga rumah hatta utk berburu..

    skrg nih dah ada alarm system yang canggih dan terus hantar signal ke balai polis.. nak berburu pulak..org pakai senapang.. :razz:

    nak bela artis pun biar faham apa isunya.. :razz:

    BalasPadam
  10. hang merepek apa ni? kapla ada taruk kat lutut ka?

    BalasPadam
  11. [...] Oct 23, 2007 in Fikir-fikir Saya rasa awak orang baru di sini, betul tak? Apa kata awak subscribe Full Feed RSS blog ni. Mesti best nyer! Oh, terima kasih kerana sudi singgah! :-) Satu Mat Indon telah memberikan [...]

    BalasPadam
  12. Salam kawan,

    kamu tengok MY TEAM 2 final ngak? Baru kamu tahu siapa hebat ya!

    BalasPadam
  13. kome ngata2 orang tue baik sangat ker?????????

    BalasPadam
  14. kau orang tunggulah bala yang seterusnya dari allah ,Bala H1N1 belum pun okey lagi kau orang ni memang udah tak takutkan bala allah hah tunggu ajelah kalu kau orang memang betul-betul tak caya pada tuhan terima ajelah....hari kiamat pun kau arang tak caya ka?Aku rasa kalu hari kiamat pun dia orang tak sedor kalu lagu ni punya jahil.Sebab tu tuhan akan matikan orang yang beriman terlebih dulu sebelum orang jahil sebab nak selamatkan orang yang beriman dari merasai betapa azabnya hari kiamat.Selamat menghadapi hari kiamat wahai orang yang tidak beriman....Kiamat Pasti datang.........Tunggulah.

    BalasPadam
  15. dunia hiburan. pegang2. peluk2. xsalah. sbb dalam skrip.
    "i cuma melakonkan watak i. kat luar i xmacam tu ok"kate si polan.

    ustazah aku penah cakap. baik pegang babi dari pegang bukan muhrim.
    sbb bila pegang babi. ley samak. tapi pegang muhrim? nak samak camne???

    so. pasal bermesra ngan anjing ni. baik bele harimau. lagi selamat rumah ko. ok?

    BalasPadam
  16. @S M D,aku rasa mat INDON nie jeles sebab negara dia masih mundur lagi a.k.a salah satu negara termiskin kat dunia. tak pun dia geram sebab ahli keluarga dia jadi kuli batak kat sini. sejak bila pulak kat malaysia nie ramai guru indon kpala lutut dia ar. budak2 kat indon pun tak cukup guru sampai nak import dari sana plak. lagi satu . wei rakyat ko berlambak yang buat onar kat sini angkut la dia balik kat indon sana negara ko kan besar sangat

    BalasPadam
  17. pada pendapat saya, saya setuju dgn kata2 tuan tanah tp 1 je saya xsetuju...saya xsetuju sbbnyer hukum haram nie xboleh dibawa main2...anjing mmg tidak boleh dipegang oleh org2 islam sbb najis berat iaitu najis muqhalazhah tp seandainyer kita letakkan hukum haram bila menyentuh anjing tue sepatutnyer xbleh la....anjing n khizir adalah haiwan yg mempunyai bakteria yg berbahaya terhadap manusia...sbb tue lah seandainyer kita tersentuh or sengaja sentuh anjing or khizir, kita kena mencuci najis itu dgn air tanah n air biasa sbb kita sudah maklum yg anjing n khizir adalah najis berat bukannyer diharam terus....kita tidak boleh menjatuhkan hukum dgn sesuka hat, kita perlu teliti n menilai seandainyer menjatuh kn hukum...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...