Jumaat, 13 Julai 2007

Cikgu Dulu Dan Sekarang




Assalamualaikum,

Semalam menonton tv, seorang pelajar ditumbuk oleh guru. Saya tengok yang ringkas sahaja, yang berita panjangnya saya tak tengok...

Belajar dulu dan sekarang..

Dulu, kalo awak semua masih ingat, sebelum masuk sekolah, mak bapak kita akan jumpa cikgu besar, dan cikgu-cikgu lain, dan cakap lebih kurang gini,
Cikgu, saya serah anak saya ni untuk cikgu ajar. Kalo dalam proses belajar tu kena pukul, cikgu pukullah dia. Asalkan dia jadi pandai..
Sekarang ni, mak bapak (kita la tu..), siap bagi warning kat cikgu-cikgu,
You touch my son/daughter, I'll see you in court!
So, salah sapa kalo sekarang ni budak-budak tak segan silu nak jadi nakal?

Ada yang berani nak komen? Silakan...

24 ulasan:

  1. ingat lagi, kalo mak bapak aku, balik bagitau yang kena pukul ngan cikgu, dia tambah tibai aku lagi, sebab cakap, kalo cikgu pukul aku, mesti aku ada wat kesilapan. Sampai takut nak bagitau dah kalo kena pukul ngan cikgu...

    Bebudak sekarang nie, kena marah sikit jer, dah panggil mak bapak turun sekolah...

    BalasPadam
  2. hehe.. nasib baik saya tak pernah kena pukul ngan cikgu.. ops.. masa sekolah rendah..

    masa sekolah menengah saya pernah dirotan sekali dengan pk hem..

    sakit giler..

    BalasPadam
  3. itulah saya cakap.. mak bapak dah tak ikhlas nak suruh cikgu tu ajar anak dia.. dia ingat diorang bayar cikgu mengajar...

    dan cikgu plak, diorang dah kurang ikhlas mengajar.. sebab ingat kalo tak ngajar pun gaji masuk jugak.. lagi satu skrg ni byk cikgu yg kpli.. maksudnya cikgu yg cita-cita nak jadi lain..tp terpaksa jadi cikgu..

    lainlah kalo cikgu yg dari kecik mmg cita-cita nak mendidik anak bangsa... diorang mmg komited giler.. ala, mcm cikgu kita dulu-dulu..

    BalasPadam
  4. Nie cikgu KPLI nak cakap; Tak semua cikgu KPLI macam tue. Dan tak semua cikgu bukan kpli rajin.

    Masalah skrg ni cikgu dibebani dengan kerja-kerja yang bukan cikgu. Nak mengajar pun tak sempat apatah lagi nak bentuk sikap murid. Ni semua bila orang yang bertanggungjawab dalam dunia pendidikan masih berpegang pada mitos yang cikgu kerja sekerat hari.

    Jadi cikgu sekarang bukan macam cikgu dahulu lagi yang hanya mengajar.

    BalasPadam
  5. errkk.. ada gak cikgu yg bikin serangan balas..

    hehe, sorry cikgu..

    err.. kan best kalo cikgu skrg jadi macam cikgu dulu yg hanya mengajar..

    cikgu skrg yg byk tugas tu rasa mcm kena je ngn pepatah, yg kejar tak dpt yg dikendong berciciran..

    maksudnya : kejar naik pangkat, lambat naik pangkat. kejar nak bentuk modal isan kelas dunia, anak murid plak bengong-bengong...

    apa2 pun, kpd cikgu yg komited.. terima kasih daun keladi, jasamu tetap kukenang hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  6. Masalah lelabu, bukan cikgu nak kejar tapi dipaksa kejar. Apa sangat ler naik pangkat kat sektor awam nie. Gaji berdasarkan DG.

    Terus terang kalau saya, saya memang tak nak keluar langsung, kalau boleh lah.

    Kalau keluar, budak ketinggalan. Duit habis, kalau boleh claim ntah tahun bila ler baru dapat.

    BalasPadam
  7. semangat macam ni lah yang kita nak!

    dapat didik anak murid sampai berjaya lebih terasa manisnya daripada naik panggat yg gaji hanya beza dua tiga ratus.. betul tak?

    BalasPadam
  8. Ye ke macam tu??? Rasanya tak semua macam tu... masih ada yang berfikiran konservatif macam my father and mother

    Bergantung jugalah tahap pendidikan ibu bapa tu sendiri, kalau yg lebih educated sikit mungkin mengada2lah, yg tak seberapa ni.... OK je ;-)

    BalasPadam
  9. Aku tak percaya cikgu tu tumbuk.Sebab cikgu mana ada nak denda dan tumbuk budak kalau budak tu tak provokasi..budak cina tu mesti carutkan cikgu tu.Yang dikesali tu media dan menteri tu bela budak tu apapasal.Ini semua kerana politik.

    Tengok sekarang bukan sahaja displin di sekolah teruk.Di universiti pun sama.Sehingga budak yang bijak seperti di MRSM pun kaki gaduh,buli,vandalisme dll.

    Aku rasa sistem pendiidkan sekarang yang tidak menekankan akhlak dan ingin mencari salah guru menyebabkan kacau bilau sekarang ni.Cikgu taku nak ambil tindakan.Last jadi budaya lantak.

    Kanak2 itu dilahirkan bersih,yang mencoraknya samada menjadi yahudi,nasrani dan majusi ialah ibu bapa.

    Ibubapa sekarang sayangkan anak tak bertempat, cikgu denda dan rotan...pergi lapor polis, ambil tindakan mahkhamah...last inilah kesannya...lahir generasi rosak akhlak,tak hormati orang tua,mat rempit,bohsia dll.

    Sedangkan di Barat mereka dah sedar. pendidikan pembangunan modal insan adalah penting.Kita ini orang Islam dah terbalik pulak.

    BalasPadam
  10. Aku memang geram betul la bila bab2 mcm ni timbul. nape mak bapak buta sgt? dia pk anak dia bagus? kalau bagus, xpayah la hantar p sekolah..

    Fikir la sikit, mak bapak2 yang kaya2 sekarang ni, hasil dari ilmu guru jugak.. Jangan nk berlagak.. Kalu cikgu tak ajar dr darjah 1, sampai lulus SPM, xdanya korang nak masuk U! Fikir la..

    BalasPadam
  11. Sebab tue ler aku jadi partime blogger. Nak cari duit lebih nak simpan. Kot-kot kena banyar saman :) tak pun kena gantung kerja. Setiap detik profesion perguruan tercabar

    BalasPadam
  12. rileks laa.. jgn emo sangat.. hehe.. bukan diorang tak pk..diorang terlupa kot..

    BalasPadam
  13. Hmm, bagi guru2, yang xda semangat nak mengajar kat luar sana tu, fikir2 kan lah amanah yang perlu kita tanggung.. Kalau nak jadi cikgu setakat sebab dah tak da kerja lain, lupa kan lah.. Ramai lagi yang nk mohon kerja jadi cikgu.. Ramai lagi yang nak jadi cikgu, tapi xdapat.. Sume sbb BPG cuma ambik guru yang ada akademik, bukan kemahiran..

    Bagi cikgu yang pandai mengajar, berkemahiran, dan berilmu, tu adalah bonus bagi anda.. Lakukan sebaiknya.. Mengajar dgn ikhlas dan anda akan puas..

    Bukan sume guru KPLI yang bermasalah, tapi berdasarkan sembang2 dgn guru besar, segelintir guru KPLI menyumbangkan masalah yang lebih bnyk dari guru2 KDPM.. Bukan sy nk salahkan guru KPLI, tapi ni mmg hakikat.. Ape pun, ni sekadar segelintir guru KPLI sahaja, bukan sume.. OK?

    Hmm, sekarang ni BPG sedang menjalankan kursus PISMP di IPG2 seluruh Malaysia,kami (termasuk saya) akan dilatih selama 5 tahun setengah.. Namun, apa yg sy lihat, rakan2 sy ni bukan 100% nak jadi cikgu.. Mereka nak jadi cikgu sbb dipaksa ibubapa, sbb takut nanti keluar U xda kerja.. Bagi adik2 lepasan SPM yang nk apply utk PISMP, fikir2kan lah dulu.. Kerja cikgu ni bukan sbb takut xda kerja lain nanti.. Kerja cikgu sbb nak didik anak bangsa..

    Sebenarnya, cikgu sekarang ni bukan nya apa, mereka dibebankan dengan aktiviti "bukan mengajar".. Contohnya, urus perlawanan bola sepak la, buat persiapan majlis itu ini la, audit itu ni dan ada yang jagi mcm juru teknik pun ada.. Kene wat kolam ikan, baiki lampu2 dan barang sekolah yang rosak, fotostat kertas peperiksaan.. Ape sume ni? Nape xda orang yang KHAS nk wat sume keje ni? patutnya cikgu ni datang sekolah, ajar kurikulum dan ko-kurikulum..

    Bagi mereka yang fikir kerja guru ni senang, sila la tahu bahawa guru2 kita ni bukan pergi kerja 7.30 dan balik 1.30.. tapi mereka balik pukul 4-5.. dan ini adalah diluar waktu kerja mereka.. Lihatlah, betapa kasihnya seorang guru sanggup korban kan masa secara "free2" utk anak bangsa.. Sabtu pun ada yg pergi kerja, sedangkan kakitangan awam lain, cuti.. Nak urus kelas tambahan dan mcm2 lagi..

    Kat IPG sekarang ni pun, saya (bakal guru) belajar mcm nak ambik master dalam satu2 bidang.. Kami belajar elektrik, math, BM, BI, mekanikal, awam, robotik, tukang, PJ, menjahit, memasak, berkebun (agro), akuarium, dan mcm2 lagi.. Fikirkan lah bagi sape2 yang ingat cikgu ni kursus paling senang berbanding U.. Kami lagi bnyk belajar.. Bagi mak bapak yang poyo, fikirlah, yang kami lg berilmu dari anda.. Kalu tidak, xkan la korang2 boleh jadi dato' dan tan sri2...

    Mungkin anda semua fikir yang sy tidak layak nak komen pasal guru2 di Malaysia sbb sy ni setakat bakal guru,ape pun, sy harap, sy dapat mengubah persepsi masyarakat kta ni nanti bahawa cikgu2 sekarang cikgu yang berwawasan.. Fikirkan lah semua, cikgu ni xdpt ape2 kepentingan pun, gaji tak bnyk mana.. Sume kami lakukan ini, ikhlas.. Sekian..

    BalasPadam
  14. [...] tidak. Dah buat salah, bila cikgu denda nak salahkan cikgu pulak.. mak bapak pun satu, dok dengar sangat cakap anak-anak. Manjakan sangat anak-anak tu… Sedarlah, cikgu-cikgu mendenda, menghukum untuk mendidik, [...]

    BalasPadam
  15. ada setengah cikgu memang suka balas dedam anak murid mereka ,bukan semua cikgu iklas ajar murid,macam cikgu anak i,waktu nama dia dapat masuk koko lawan,cikgu terus batal nama dia,kenapa,sebab dia lemak dalam pelajaran.ni lah cikgu berpakai tudung,sama kita orang islam pun taktau berbaik sama anak murid sendiri,membazir kerajaan bayar dia gaji,tapi bukan semua cikgu berpakai tudung jahat,ada juga yang baik macam ustaza hani.

    BalasPadam
  16. terima kasih bagi yg memahami keadaan kerja cikgu sekarang.
    nak kongsi pengalaman.dah hampir 14 tahun saya mengajar. Alhamdullillah, belum lagi aniaya pelajar walau pernah (selalu) marah pelajar.Saya marah macam saya marah anak saya sendiri.Dan pernah 2 kali budak tinggi suara kat saya(melawan cakap).Selebihnya, cukup menghargai saya.Bukanlah saya bagus sangat mengajar tapi saya ikhlas.Saya mengajar dengan niat nak bagi ilmu pada pelajar.
    Memanglah budak sekarang tak macam time saya jadi student dulu (yg takut kat cikgu).Tapi mendidik anak-anak sekarang kena ada pendekatan tersendiri.Semua itu dapat dari pengalaman.
    Nak kongsi lagi, dalam jangka masa 14 tahun ini,hanya dua kali tu lah budak melawan cakap saya.Puncanya sebab saya marah depa. Tapi saya tak salahkan depa gak.Bukan apa,bila saya muhasabah diri, cara saya marah tu yg buat pelajar melawan balik.Pelajar lelaki.Agaknya tercabar egonya.Dimarahi depan rakan-rakan kelas.Itu pengalaman saya.Dan saya belajar dari kesilapan dan kelemahan.Nak marah pelajar boleh.Tapi kena ada caranya.Budak-budak yang nakal dan brutal ni, bukannya boleh dinasihati dengan kekerasan.tapi tak leh pulak lembut sangat (nanti dipijak kepala).Tak smestinya tinggi suara atau tengking jugak.Jangan sesekali pula memaki hamun.Saya tak setuju betul kalau ada cikgu yang maki budak bodoh, dungu, monyet dll.Ada sebab budak memberontak.
    Memang jadi cikgu mencabar tapi saya suka mengajar dan insyaalllah saya tak akan berputus asa dalam menghadapi pelajar-pelajar saya.Itu sebabnya saya rasa sampai sekarang saya tetap belajar bagaimana menghadapi pelajar supaya budak dapat belajar dna menimba ilmu dan kita dapat mengajar dan menyampaikan ilmu sebaik mungkin.

    BalasPadam
  17. kalau semua cikgu macam cikgu aniza,untung lah anak kita,bukan saya nak buruk kan setengah cikgu,ada setengah cikgu,kita ibubapa nak baik sama dia,dia salah faham,dia ingat kita pujuk cikgu sebab takut dia,sebenar kita tengoh cikgu megajah penat2 dalam class,waktu dekat hari guru kita ingat nak lembut kan hati dia,tapi mereka ingat kita ada lain niat,kecewa dan sedih cikgu pun boleh salah sangka niat baik kita,salah kah hari guru kita bagi hadiah mahal untuk pujuk mereka,itulah saya tak faham.

    BalasPadam
  18. komen saya terhadap puan nini, janganlah kecewa dan sedih.cikgu tu manusia jugak.tak sempurna.Kalau ibu bapa dah begitu baik dan menghargai cikgu tapi disalah sangka,yang kesiannya cikgu tu lah.Tak pandai menghargai pemberian orang.
    Kalau saya, budak bagi barang harga dua ringgit pun saya berterima kasih.Sekurang-kurangnya dia belajar menghargai gurunya. Pada saya, jangan dilihat kepada nilai hadiah tetapi ketulusan hati pemberinya.

    Untuk pengetahuan puan nini, guru anak saya pernah memarahi anak saya dan memanggilnya dengan perkataan bodoh berulang kali kerana anak saya tidak faham apa yang dikatakannya.(Waktu itu anak saya demam mungkin tak boleh berfikir dengan baik tapi lantaran semangat nak belajar dia ke sekolah juga)Nak dijadikan cerita, petang tu lagi teruk demamnya sampai masuk wad kecemasan.

    tapi, tu lah saya katakan tadi.cikgu pun manusia jugak. Saya cakap kepada anak saya, kesian cikgu tu.Maafkanlah dia. Kemungkinan dia tidak dikurniakan Allah dengan sifat kelembutan dan kasih sayang serta budi bahasa yang sewajarnya ada pada seorang guru.Kalau cikgu sendiri menunjukkan teladan yang kurang baik, bagaimana pula penerimaan pelajar? tapi saya ajar anak saya supaya anak saya tidak berdendam.

    BalasPadam
  19. assalamwalaikum cikgu aniza,ada kali saya fikir macom ni,anak laki saya lembab dalam beberapa mata pelajaran,cikgu mukin penat nak megajar anak sayajadi

    BalasPadam
  20. ada kali saya ingat cikgu tak suka anak saya,mukin Allah nak bagi dia dukaan,tapi saya pun usaha juga,saya rasa hari guru saya pujuk cikgu,biarlah dia kat hari guru dapat happy;happy.dan lupa lah benci anak saya,tapi saya ni dah salak kah?pujuk pun kena cikgu marah ,apa niat puan,saya kata yaallah,saya ni tak kerja,pakai duit sendiri beli hadiah yang paling cantik untuk cikgu,ialah hati yang ikhlas,tak ada niat apa,janggan cikgu salah sangka pulak.kita ibubapa kena berbaik sama cikgu,kalau cikgu ajar anak saya jadi pandai,cikgu seumur hidup dapat pahala besar,tapi cikgu tak terima,hai,tak apa lah,itu semua ialah kuasa TUHAN.terima kasih cikgu aniza nak baca email saya.

    BalasPadam
  21. macam mana cikgu boleh keluar perkataan macm ni, makbapa buta sangat,ni lah terlampau,cakap lembut kan baik,di dalam dunia ni ada lah cikgu ikhlas megajar,pun ada lah cikgu tak ikhlas,kita pun faham cikgu ni penat ajar kat sekolah,kalau cikgu boleh keluar perkataan hina mak bapa ,ni ialah apa jenis cikgu,allah kata kita didik anak orang jadi pandai ,seumur hidup dapat pahala.terima kasih.

    BalasPadam
  22. Salam..

    guru sekarang tak seperti guru dulu.. dan sy adalah salah seorg daripadanya.. sy baru 2 tahun mendidik pelajar-pelajar kolej anjuran mara.. 100% pelajar melayu.. mengikut pengalaman sy, kebanyakan pelajar melayu ni hanya tahu nak enjoy jek.. mereka tak berapa peduli sangat tentang pelajaran mereka.. dan mereka ini tersangatlah manjanye.. seperti kata sy tadi, guru sekarang dan guru dahulu berbeza.. sebagai contoh, sy bukan sahaja seorg guru, sy juga seorg warden yang perlu berkhidmat kepada para pelajar 24jam.. kalo ada pelajar yang sakit pada jam 3 pagi, kami lah yang perlu menghantar mereka ke hospital dan tunggu sehingga urusan selesai.. wlaupun pada keesokan harinya kami ada kelas pada jam 8 pagi..

    disamping itu, kami juga diwajibkan memegang jawatan didalam jawatankuasa2 yang ada.. dan tugasnya pula tidaklah mudah.. pendek kate seorg guru disini perlu memegang sekurang-kurangnya 4 jawatan..

    tentang pelajar pula, mereka amatlah manja..
    diberikan assignment, byk lah alasannya.. susah.. tak reti nak buat.. wlaupun tunjuk ajar telah diberi.. bila disuruh hantar, mereka minta lewatkan pula tarikh submission nye.. bukan sekali-sekali ini berlaku, kerap kali..

    masalah disiplin lagilah haru.. warden menjalankan tugas menangkap pelajar yang melanggar peraturan.. ibu bapa pula, dengan bermodalkan "Kami datang dari jauh.." dengan senang mempersoalkan tindakan warden memarahi serta menangkap anak mereka.. sedangkan warden itu hanya menjalankan tugasnya tanpa melanggar sebarang tatacara kerja.. yang bersalah anak mereka, tapi yang dibicarakan warden.. guru juga yang kena..

    tapi tak dinafikan terdapatnye segilintir pelajar yang bijak serta menghormati guru.. mereka inilah yang menjadi pengubat dikala hati guru kecewa dengan masalah disiplin pelajar..

    Kesimpulannya, lebih banyak duka dari suka menjadi seorg guru.. namun itulah tanggungjawab yang dipikul.. dan adakah ibubapa hargainya..?

    BalasPadam
  23. panca delima (bakal guru)21 Julai 2009 pada 1:24 PG

    pendapat saya,betol apa yang kita cuba bincangkan tentang disiplin pelajar yang semakin merosot.Tapi,lau kita sayik salahkan mak bapak 100% tak boleh gak.Kadang2 guru pun bermasalah juga.Ade yang sekadar makan gaji,ckup masa blah,ckup bulan tgu gaji.Tambah ade yang perangai lebih truk drpd org yg xd pendidikan.Nak ckap mak bapak tuh satu hal lah.Skrang,dah xde siasat2.main redah ajer.Main serodok jer.Diorang yang betol.Si anak pun lebih kurang jer.Dia luka kne tokak dek anjing gile,ktanya cikgu gak yang mendera.Memg kurang ajor lah.Masyarakat lak satu trend nyer,anak aku anak aku,anak engkau anak engkau.Janji anak aku baik.kalau baik.lau belakang cam setan pun.mane tahu kan.Jadi,lau kita nak salah kan satu pihak,memang tak patut la.Banyak bezanya ibu bapa dulu nagn sekarang,masayarakat dulu ngan sekarang,guru dulu dan guru sekarang,pasatu bebudak dulu ngan sekarang.semua dah berubah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...