getar cinta
Impikan cinta cenderawasih,
Dari taman kayangan.
Mimpikan bertemu patung kencana,
Dari daerah kumula berkelana.
Inginkan secebis kasih,
Dari seorang maula rupawan.
Dambakan cinta terbina,
Dari hati seorang jelita.
Ketika kusapa penggali kubur itu,
Tanyakan ke mana kekasih pergi,
Dia hanya menudingkan jari,
Ke sana sini,
Bahasakan bahawa dia tidak tahu.
Aku bisa robohkan sebuah makam suci,
Kalau engkau mahu aku mati.
Aku akan timbuskan lahad sempit,
Kalau engkau tidak mahu kafani.
Aku akan pecahkan long jati,
Kalau engkau tidak mahu,
Mengusungku ke liang yang digali.
Untuk sekian waktu ini,
Aku tidak mahu mungkiri,
Janji bahawa aku,
Tidak akan melepaskanmu.
23/3/2000-submited to anjungcafe.com by miza rh.
*seleksi post lama di blog lama.
Khamis, 26 Ogos 2004
Selasa, 17 Ogos 2004
Hidup Ini Mudah
Hidup ini mudah, jgn kau berat-beratkan.
Mudah ker hidup ni? Aku tak nampak macam mudah pun. Tetiap hari nak kena jaga hati setiap orang, setiap hari kena bangun pagi. Letih aku mengenangkan hidup nih. Hati orang nak kena jaga hati sendiri entah ke manaĆ¢€¦. nak kerje pun tak semangat kalo asyik dok teringat jer....apa nak jadi nih?

Langgan:
Catatan (Atom)