Isnin, 23 Ogos 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara

Gua ingin mewar-warkan bahawa ada satu jabatan kerajaan akan menganjur satu Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara pada 29-31 Oktober di Penang International Sports Arena (PISA).

Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara ini akan menyediakan sebanyak 280 buah gerai pameran berukuran 3meter x 3meter. Hanya produk Malaysia saja dibenarkan menyertai ekspo ini.

Sapa-sapa yang berminat untuk menyertai, atau kenal sapa-sapa yang mungkin berminat untuk menyertai bolehlah mendownload borang penyertaan seperti dibawah:

Borang Penyertaan - Untuk Internet Cergas!

Borang Penyertaan - Untuk Internet Lembap!

Iklan berkaitan Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara ini telah mula dikeluarkan di Berita Minggu pada 22 Ogos 2010.

Atau lu orang boleh minta softcopy dari gua dengan menghantar email ke dengan tajuk "Bro, lu memang best tahap Chicharito!". Gua akan balas dalam masa 12 minit.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Ogos 2010.

Tapi lu orang kalau kurang cergas nak kejar tarikh tutup boleh kowtim dengan gua! Jangan lembap sangat sudah!

Terima kasih!

p/s : Ekspo peringkat nasional telah diadakan pada 16-20 Jun 2010 di PWTC.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Melempar Wang Logam Ke Payudara Seorang Gadis Boleh Membatalkan Puasa?

Setiap kali tiba bulan Ramadan, post gua tentang perkara yang membatalkan puasa akan menerima kunjungan yang tidak henti-henti. Rupanya ramai lagi yang jahil dan tidak tahu apakah ia perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita.

Maka apabila selesai membaca post tersebut, akan adalah yang marah-marah dengan gua. dah la jahil tak tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, eh sempat lagi nak maki hamun orang...

Bagi tidak menghampakan insan-insan jahil, tentunya yang sudah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Lalu mahu berpuasa dengan tertib dan mendapat pahala, sila kunjungi blog Ustaz Zaharuddin yang menerangkan secara terperinci perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Lepas ini insaflah dan jangan tak puasa!

Isnin, 2 Ogos 2010

Visual, Auditory, Kinesthetic: Mana Satu Lu?



Gua nak share satu benda.

Secara umumnya, manusia boleh dikategorikan kepada 3 kecerdasan seperti berikut:-

  1. Visual

  2. Auditory

  3. Kinesthetic


Visual. Manusia yang tergolong dalam jenis ini menggunakan mata untuk memahami dan bertindak. Gua tergolong jenis ni. Nak belajar kena tengok gambarajah, lukisan, diagram, nota, peta minda dan lain-lain. Nak beli kereta gua tengok specs. Nak travel gua tengok map. Nak masak gua tengok resipi. Jenis nak refer tulisan, dokumen, manual, buku saja.

Auditory. Manusia jenis ni menggunakan telinga dan mulut dalam memahami dan bertindak. Ulasan mulut dia panjang berjela. Asyik nak bercakap saja. Lu mungkin tergolong dalam jenis ni. Nak belajar lu mesti kena tanya cikgu, berbincang dengan cikgu. Kalau baca nota lu jadi bengap tahap gaban. Nak beli kereta lu akan sembang dengan kawan-kawan lu pasal kereta tu. Lu akan tanya salesman tu sampai telinga salesman tu bernanah. Nak travel lu akan tanpa segan silu berhenti tepi jalan tanya semua orang arah lu nak pergi. Nak masak lu akan telefon mak lu, adik beradik lu sampai berjam-jam. Lu ni jenis kalau ada arahan bertulis pun lu akan tetap nak dengar dari mulut orang jugak. Contoh paling klasik golongan lu ni, nak beli baju, walaupun dah ada tanda harga, lu tetap akan panggil promoter tu untuk tanya berapa harga baju tu. Lu memang tak pernah percaya dengan mata lu. Lu cukup percaya dengan mulut dan telinga lu saja.

Kinesthetic. Manusia jenis ni tak percaya kat mata, mulut dan telinga. Diorang percaya dekat tangan dan kaki. Tapi takde la berfikir guna kepala lutut. Diorang ni sangat memerlukan aksi dalam menentukan sesuatu perkara. Diorang ni kalau belajar mesti buat eksperimen. Diorang ni jenis nak bukti depan mata. Mesti nak try. Nak beli kereta tak cukup tengok specs dan dengar sembang kencang salesman. Mesti nak kena test drive. Nak travel diorang main redah jer. Nak masak main redah jugak. Ikut sedap tangan jer. Kurang masin diorang tambah garam, jenis reka resepi sendiri. Jenis ni memang tak reti nak duduk diam. Tangan dan kaki asyik nak bergerak jer.

Lu nak tahu lebih, lu boleh google Dr. Howard Gardner.

Yang penting, tak ada orang bodoh dalam dunia ni. Cuma kecerdasan mereka dalam aspek yang berlainan. Tapi dalam dunia ni banyak orang tolol jugak.

Pehh! Gua rasa macam tulis buku psikologi pulak. Terima kasih Mrs Frances Penefort!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...