Isnin, 28 Februari 2011

Muka Kesian

Isu terkini, saman. Sampai hari ini saja polis bagi diskaun untuk jelaskan saman tertunggak. Dan lu kena sedar, walaupun telah diberi diskaun, usaha untuk menjelaskan saman amatlah banyak halangannya.

Antara halangannya, lu bukan orang kaya. Kalau lu orang kaya lu tak naik kereta Saga. Lu naik kereta mahal. Kalau kena saman pun dah lama lu langsai. Satu hal pulak lu nak kena pecahkan tabung ayam adik lu.

Kaunter saman jugak bukan milik orang kaya. Kalau kaunter tempat nak bayar saman tu kaya, akan ada 18 saluran untuk lu bayar saman. Takderlah lu kena beratur sampai melimpah-limpah keluar balai tu. Takderlah lu tengok komputer buruk yang engineer firaun pakai masa bina piramid masih digunakan di kaunter saman tu.

MyEg pun bukan boleh harap kalau ramai sangat berebut-rebut nak bayar saman. Nak log in pun tak boleh. Amoi kopitiam pun tak layan time time ni. Aboi pun boleh jadi kurus.

Lagi satu, lu pun bukannya larat sangat nak mengadap skrin komputer lama-lama kalau dah darah panas baran tu lu warisi dari bapak lu. Lu beratur berjam-jam nak bagi duit kat orang apatah lagi. Silap-silap cermin kaunter tu pecah jugak lu karate.

Menyedari halangan-halangan yang beginilah, maka gua buangkan ego dan panas baran bila kena tahan dengan polis trafik pagi tadi. Lambat punch in pun gua tolak tepi. Satunya sebab gua pikir malas nak beratur bayar saman dan memang salah gua pun tak ikut peraturan.

Maka kemahiran menyesuaikan diri dengan situasi amat-amat kritikal saat itu. Apabila ditahan polis trafik bila melakukan kesalahan, selain pikir berapa duit ada dalam wallet, kalau-kalau polis trafik nak ajak minum kopi, sila buat muka paling cute yang lu boleh buat.

Lupakan muka lu memang hodoh dengan parut jerawat bersepah, parut bekas kena parang atas kening kiri dan bibir rabik sangkut mata kail masa ekspedisi memancing zaman sekolah dulu.

Secrook mana pun muka lu, untuk jimatkan duit lu dari hangus RM300, terpaksa beratur panjang di kaunter saman atau memalukan diri sendiri tak boleh nak log in MyEg, sila buat muka kesian. Seafdhal-afdhalnya begini:



Jangan tak percaya, dengan muka kesin cute macam ini dan mata bersinar-sinar macam ni lah gua boleh lepas tadi.

Hari ini juga gua sedar, mengikut peraturan lebih murah dari bayar saman!

 

Rabu, 23 Februari 2011

(PostGatal) Rozita, Izinkan Kuhilangkan Kesunyianmu! Kihkihkih!

Membaca muka depan Harian Metro 23 Feb 2011 sungguh mendebarkan jiwa.

Rozita Che Wan kata dia "sunyi".



Cilakak, dengan gambar daring macam tu, habis jantan satu Malaya nak hulurkan khidmat hilangkan kesunyian dia!



Gua pun nak tumpang sekaki! Kih kih kih!

Adooiii! Apa main cubit-cubit ni?

 

Selasa, 8 Februari 2011

Zaman Sudah Berubah

Zaman sudah berubah.

Masa gua muda-muda dalam usia 20-an dulu, gua boleh drive dari Penang ke Kota Bharu dalam masa 5 jam saja.

Cilakak! Gua baru masuk umur 30-an bulan lepas, tapi gua dah ambil masa 10 jam untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Penang!

Gua tak boleh bayangkan kalau gua dah 40-an nanti gua akan ambik masa satu hari untuk balik Kelantan.

Kah kah kah!

Rabu, 2 Februari 2011

Pakai Kancil Saja Lah!

Suatu ketika dulu gua ada sembang-sembang dengan seorang pegawai tinggi gomen. Dalam sembang-sembang ada satu orang telah keluarkan cerita yang MB Kelantan boleh tahan zuhudnya. Biasa-biasa saja tak adalah bermewah-mewah seperti mana MB-MB yang lain. Pendek cerita, MB Kelantan dilihat biasa, tiada mengumpul harta peribadi.

Pegawai kanan gomen tadi pun membantah, katanya, kalau betul zuhud, kenapa tak tukar saja kereta rasmi dia,  exco dan pegawai tinggi kerajaan kepada kereta kancil saja? Buat apa pakai Mercedes, pakai Perdana. Lagi jimat minyak, maintainance pun jimat. (kebetulan ketika itu isu penyelenggaraan kereta kerajaan sedang hangat diperkatakan)

Jadi gua ingin "echo"kan cadangan ini kepada semua. Betul jugak kan?

Apa kata kalau semua kenderaan rasmi gomen ditukar kepada Kancil. Jimat minyak, jimat maintenance. Gua jamin gomen boleh kurangkan bil minyak dan penyelenggaraan paling busuk pun 70%...

Kalau pemilik IKEA yang multibillionare boleh naik kapal terbang kelas ekonomi saja, apakata kalau semua pegawai gomen, tidak kira kecik besar naik kelas ekonomi saja.

Gua rasa banyak jimatnya kalau cadangan pegawai tinggi gomen tu digunapakai.

Tapi macam biasalah, cadangan dia untuk gomen negeri Kelantan saja.

Kalau seluruh Malaysia, gomen tempat dia bertugas dia sendiri pun tak sanggup!Kehkehkeh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...