Berbagai-bagai cara Allah, jika Dia mahu memberikan kita hidayah.
Tak semestinya kena pergi buat umrah - bertenggek depan Kaabah ambil gambar pakai Blackberry baru dapat hidayah.
Kadang-kadang dengan cara yang tak disangka.
Kadang-kadang duduk tepi tembok suit-suit pompuan pun dapat jugak hidayah. Tapi itu Hidayah dengan huruf besar la. Hidayah ni ada bapak. Tapi bapak dia kadang-kadang tak dapat hidayah jugak walaupun ada anak nama Hidayah. Sebab tak dapat hidayah ni la bapak dia kuat gebang dan kencing-mengencing duit orang.
Hidayah hidayah ni kerja Allah. Bukan kerja manusia.
Lu bersyarahlah pung pang pung pang pagi petang siang malam, kalau Allah tak bagi hidayah dekat orang yang lu syarahkan tu, dia tak dapat hidayah juga. Bukan setakat lu saja, Nabi pun pung pang pung pang, keting keting keting keting berlawan, tak dapat jugak nak berikan hidayah pada kafir-kafir Quraisy tu.
Hidayah hidayah ni kerja Allah. Bukan kerja manusia.
Hidayah ni datang dalam berbagai-bagai rupa. Tapi jarang-jarang dia datang dalam rupa nak tercirit. Tapi tetap ia hidayah.
Hidayah ni kerja Allah.