Isnin, 14 November 2011

Lawatan TABIKA Kemas Pulau Betong

Pada 29 Oktober 2011 yang lalu gua dengan bangganya bersama-sama budak-budak TABIKA Kemas mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara, Muzium Padi dan Petrosains. Walaupun persekongkolan gua adalah secara paksaan, tapi apa salahnya. Gua sendiri masa kecik-kecik dulu tak pernah berpeluang masuk tadika. Apatah lagi mengikuti rombongan lawatan tadika.

Destinasi kami yang pertama adalah Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.
Kanak-kanak yang riang ria ditemani ibu bapa dan kawan-kawan sedang berbaris menanti giliran untuk masuk ke dewan pameran. Walaupun cajnya sangat minimum, tapi urusan pembelian tiket masih lagi slow and steady. Biasalah bila diuruskan oleh pakcik dan makcik gomen.

Sesi bergambar bersama saudara mara sepupu sepapat dan kawan-kawan yang kita suka.

Mak budak pun tak lepaskan peluang bergambar bersama seekor kucing yang diternak khas oleh tukang kebun Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. Apa ada hal? Kucing pun nak masuk  gambar.

Ini adalah seekor kura-kura. Budak-budak tadika satu haram pun tak paham dengan semua yang ada dalam dewan pameran Pusat Sains. Diorang paham bila ada gelongsor, panjat-panjat tangga dan patung-patung comel cenggini saja. Gua pun segan jugak nak tanya budak-budak ni. Sah-sah tak dapat nak jawab, cikgu pun nanti terkebil-kebil jugak nak reka cerita nak jawab soalan gua nanti.

Masuk dewan pameran dinasor baru semua budak-budak tumpukan perhatian.

Akak ni tengah terangkan tentang dinasor. Adik-adik ngan mak bapak adik-adik buat-buat tak tahu. Mak bapak adik-adik tadika dah boring dengar cerita dinosor ni. Kata dah pupus tak masih bersepah lagi kat bilik pameran. Kat tv dari channel history sampai ke cahnnel babytv dok tayang pasal dinosor. Mak bapak adik-adik memang dah muak nak muntah dah.

Arrghh. Makang budok!

Penat tengok dinosor la nih. Gaya merenung panjang macam abah dia ni. Gaya di memang diperturunkan.  Nak cari guru nak menuntut ilmu ni memang berenang 7 lautan, mendatarkan 7 gunung pun takkan jumpa guru.

Karnival kat Muzium Padi pulak menjanjikan hadiah lembu dan kambing.  Karnival kat kawasan kampung takkan nak bagi hadiah ipad pulak. Makcik pakcik kampung tak reti apa dia ipad tu. bagi hadiah lembu kambing ni makcik pakcik memang suka lah. untung-untung boleh perebah untuk korban.

Pemandangan.

Pemandangan lagi.

Dalam Petrosains kat AEON Bandar Perda.

Pertandingan Mewarna.

Babai!

Jumaat, 11 November 2011

Iklan Hari Ini

Sebab gua tader apa nak tulis walaupun tarikh hari ni cun habis, gua siarkan iklan lama ni.


Kat Malaysia memang tak luluslah iklan macam ni kan?

Rabu, 2 November 2011

Fakta Angka

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran anak sulung gua yang ke-4.

Happy Birthday Kakak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...