Selasa, 13 November 2007

Update Kencang #04

Nur Izz Zayani

Budak comel ni dah semakin sihat. Semalam pegi check kuning dia kat hospital dan dah turun ke 107. Aku pun tak tahu apa yang diorang ukur, tapi ada kaitan ngan sel darah lah. Budak-budak sekarang memang biasa kena kuning. Anak azwanhadzree, si Sofea pun kena jugak dan sampai masuk wad. Alhamdulillah anak aku tak sampai masuk wad, ditutup mata dan dipancarkan cahaya lampu minyak tanah UV.

Aku pun pelik. Mengikut kata orang-orang tua. Dulu-dulu, nak cari budak yang kena kuning ni memang susah. Macam nak cari uban kat kepala, lepas selak-selak baru jumpa satu uban. Tapi sekarang ni, budak-budak memang biasa kena kuning, nak cari yang tak kena kuning, macam nak cari rambut hitam atas kepala yang dah di-blonde-kan.

Oh! Baru teringat anak aku masih belum dibotakkan kepalanya.. nanti dua tiga hari lagi botaklah gamaknya...

Baby Blog

Baby blog untuk budak comel akan dibuat tak lama lagi di subdomain izz.lelabu.com dan akan mula boleh dibaca selewat-lewatnya hujung minggu ni.

Asalnya aku dah buat satu blog kat subdomain junior.lelabu.com tapi disebabkan ramalan doktor tu tidak benar belaka, terpaksalah aku buat satu lagi blog yang comel untuk budak comel. Nama 'junior' macam tak best jer untuk baby girl yang comel tu. So, semua post yang ada akan dipindahkan ke blog izz.lelabu.com. Tapi korang bleh agaklah, mesti banyak ngan gambar... :smile:

Abah Budak Comel

Abah budak comel dah mula kerja hari ni. Fail dah mula menimbun kat atas meja aku bila masuk ofis pagi tadi. Petang tadi plak ada meeting, nak kena siapkan minit mesyuarat plak. Target: sebelum balik fail yang ada atas meja perlu dikurangkan kepada tidak lebih daripada dua fail sahaja.

Abah budak comel juga akan singgah ke supermarket untuk cari wet wipes dan pampers untuk budak comel petang ni... :razz:

Rabu, 7 November 2007

Tiga Budak Hitam Versi Lelabu dot Com

Tiga budak hitam. Masuk hutan. Jumpa dewa tersangkut dahan pokok. Dewa mahu tunai permintaan, kalau tiga budak hitam turunkan dia.

Budak hitam 1: Aku mahu arak, banyak arak!
Budak hitam 2: Aku mahu perempuan, banyak perempuan!
Budak hitam 3: Aku mahu rokok, banyak rokok!

Tiga budak hitam, masuk dalam gua. Dalam gua, budak hitam dapat apa yang diminta. Satu dapat banyak arak, semata-mata arak. Dua dapat perempuan, banyaknyer... perempuan. Tiga dapat rokok, banyaaak rokok.

Pintu gua tutup, dewa blah. Dewa janji nak datang lepas tiga hari.

Lepas tiga hari. Dewa datang buka pintu gua. Gua satu, muka happy. Gua dua, muka happy. Gua tiga, muka macam nak berapi, merah padam nak marah kat dewa.

.
.
.
.
.

"Celaka kau dewa! Rokok ajer? Lighter mana?"

moral of the story: jangan percaya kat dewa! percayakan Tuhan!

Selasa, 6 November 2007

Bini n baby gua dah slamat bal...

Bini n baby gua dah slamat balik rumah. Cuma baby ada kuning..kena check kat hospital setiap 2 hari.. Nama baby gua Nur Izz Zayani

Nur Izz Zayani - Kekasih Baru...

Bagi yang belum melihat anak aku, ini lah gambar-gambarnya...

Beberapa minit selepas dilahirkan dan selepas dimandikan, nurse bawak keluar tunjuk kat aku. Dan aku pun apa lagi, suruh mak angkat letak kat tangan aku,.. hehe, aku tak reti nak angkat sendiri. Lepas tu aku qamatkan kat telinga dia.. anak pompuan kena qamat lah kan?

BeberapaMinitDilahirkan

Aku pun terkejut sebab dapat baby girl. Masa scan hari tu, tanpa ditanya doktor cakap baby boy. Lepas tu pegi scan sekali lagi, pun doktor cakap baby boy. Sampaikan semua barang-barang baby aku cari kaler-kaler yang maskulin gitu... hehe. Sekali dapat baby girl.. kesian dia kena pakai baju yang kaler-kaler tak menawan..

Beberapa jam kemudian, baby girl yang comel ni dah dibenarkan masuk ke wad bersama ibunya..

BeberapaJamDilahirkan

Nak bagi nama pun kena balik rumah dulu... dah janji, kalo pompuan ibu dia yang akan bagi nama...

BeberapaJamDilahirkan-2

Hari kedua dia dah macam besar dan bertambah tembam. Sekali tengok, pipi dia macam Sinchan pun ada.. tapi tak per.. Sinchan comel apa.. Hari ni baby girl ni dah boleh bawak balik rumah..

HariKedua

Baby girl ni dah dapat nama..

HariKedua-2

Hari ketiga, baby girl ni dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang comel.. Tapi tanda-tanda kuning dah ada..

HariKetiga

Hari keempat, tanda kuning tu sudah jelas kelihatan..

HariKeempat

Ini gambar Nur Izz Zayani dengan abah dia yang hensem.. mana lagi tumpahnya kuah kan.. ni dia ikut abah dia la ni..hehhe..

HariKeempat-2

Baru tadi bawak dia pegi check kuning kat hospital. Tinggi jugak kuning dia, dalam 208 gitu. Nanti hari deepavali kena bawak gi hospital lagi...


 

Sabtu, 3 November 2007

Bini n baby gua masih dlm wad....

Bini n baby gua masih dlm wad. Smalam silap lapor. Gua dpt baby girl. Maknanya dua kali scan nmpak boy tu salah. Gua dah siap ada nama u ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...