Isnin, 13 April 2009
Khamis, 9 April 2009
Poster Paling Best Di Bukit Selambau
Jentera BN memasang poster yang lawa ini:

Hahahaha!
Tapi PKR tidak berdiam diri, lalu membalasnya dengan:

Tapi nak sedapkan hati, yang menang tak menang semua. Yang kalah tak kalah semua.
Dah kalah tu dah laa...

Selasa, 7 April 2009
Hidupku Sebagai Mat Rempit
Bukan senang untuk menjadi mat rempit macam aku ni. Hidup terumbang-ambing, bertukar-tukar pasangan. Inilah dia kekasih-kekasih yang pernah aku 'tunggang'.

Masa aku mula-mula berjinak-jinak dengan alam perempitan, inilah motor yang membawa aku ke hulu ke hilir. Motor ni dah kira okay kalau nak dibandingkan dengan motor arwah ayah aku yang lagi antik.

Honda EX5 ni pulak adalah motor masa remaja aku. Merempit dari JB ke Kuantan tu dah kira biasa. Nyanyi lagu sumbang dari Kuantan ke JB juga biasa. Habis orang asli kat Pekan tu kutuk aku masa aku nyanyi lagu Isabella lalu depan kampung diorang. Haha.

Ini pulak motor masa sudah berkeluarga. Bukan yang besar tu. Itu motor Moshuchi punya. Motor aku yang sayup kat belakang tu. Tiap-tiap pagi merempit atas batas sawah pergi kerja. Satu pengalaman indah...

Khamis, 2 April 2009
Nasi Kukus D'Naim Pantai Dalam
Aku rasa, sepanjang perkenalan aku dengan nasi kukus, inilah nasi kukus yang dapat memikat jiwa aku. Ketika deepeeyay dulu, boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku mencekik nasi kukus di kedai ini.
Aku tidak kira. Ada kawan. Atau tidak. Nasi kukus agenda utama hujung minggu.

Nasi kukus ini diperkenalkan kepada aku oleh Amjad. Amjad pula diperkenalkan kepada kedai ini oleh si Pengejar Masa. Oh, kedai ini berdekatan dengan rumah si Pengejar Masa itu, kalau dia belum berpindah ke rumah lain atau membuka cawangan lain.

Itu dia. Pengarah INTAN dan seorang bouncer Rusia sedang menunggu aku untuk merasmikan acara makan nasi kukus. Orang lain masih lagi sibuk-sibuk bergambar di PICC dengan No. 1 Dress, kami sudah sampai di depan pintu D'Naim Nasi Kukus.
Kedai ini terletak di area Pantai Dalam. Cari sendiri. Aku tak reti nak bagitahu jalan.

Antara lauk pauk yang ada. Sayur kacang panjang goreng. Keli sambal dan lain-lain. Tapi lauk yang menjadi pilihan semua orang adalah ayam goreng berempah.

Inilah dia rupa nasi kukusnya. Di kedai ini tiada pinggan. Kalau nak makan di situ pun, nasi kukus akan dibungkus dalam daun pisang. Makan nasi yang dibungkus di kedai. Pelik jugak. Selalu kalau dah bungkus makan di rumah sajalah.
Ok. Itu saja. Kalau nak rasa keenakannya. Sila minta Si Pengejar Masa belanja.

Rabu, 1 April 2009
Lubang Kerja Untuk Pakar IT, Bertindak Cepat
update: lobang kerja ini telah ditutup pada 3 april 2009.
Assalamualaikum.
Bagi pengunjung setia blog ini yang ada saudara mara yang terer IT tahap gaban dan sedang mencari kerja. Aku ada menjumpai satu lubang kerja untuk saudara mara kalian atau untuk diri kalian sendiri.
Harap dapat bertindak cepat. Juga, jangan bocorkan kepada pencari pekerja tersebut yang aku membocorkan lubang ini.
Lubang Kerja (sila klik sini)
Lubang Kerja Lagi (klik sini juga)
Harap Maklum.
p/s: ini betul-betul. bukan eprelful.

Langgan:
Catatan (Atom)