Selasa, 27 April 2010

PTK1 Yang Pertama dan Terakhir? (Insya-Allah)

Satu perkara yang perlu gua dan lu faham, setiap apa pun akan ada yang pertama. Ah, takkan malam saja lu nak ada malam pertama? Takkan peperiksaan PTK lu tak nak ada yang pertama? Kalau tak ada yang pertama macam mana lu nak re-sit PTK , ya tak?

Sekian, terima kasih.



p/s: Jangan hangin dengan gua tak tentu pasal. Gua tengah sibuk study ni.. Nanti kalau gua terajang lu, P.Kamalanthan pun tak sempat nak pindah duduk sebelah umah lu dan janji macam-macam dengan lu! Oh, ya! Tahniah YB!

(Baguihh sungguh budak YB Kamal ni noo, jumpa orang-orang tua salam cium tangan lagi! Hangpa jangan dok buat rramai, ni budak baik ni..)

Rabu, 14 April 2010

Taman Hati Gua Kembali Berbunga

Okay, okay! Gua tahu gua bersalah sebab dah lama tak update blog ni.

Gua jugak tahu ada lebih kurang 10,000 hati yang terguris tiap-tiap bulan bila singgah di blog ni.

Tapi bukan dalam hati lu jer ada taman. Dalam hati gua pun ada taman jugak.


  1. Taman hati gua berdarah bila tengok Berba main macam haram. Rasa macam gua nak letakkan riding boot gua dengan kederasan 100km/h kat kepala dia. Kasi lipat pari sekali dua baru hilang biol dia. Tapi taman hati gua berbunga-bunga kembali bila gua dapat tahu Pakcik Alex nak acu cuba try beli Benzema.

  2. Taman hati gua berdarah bila tak dapat tengok Rozita Che Wan bergaya di Arena of  Stars. Biasanya Rozita selalu hadir dengan tahap cun yang maksimum. Menang tu memang jauh sekali la, tapi kehadiran dia tu pasti akan memukau semua orang. Sampaikan asyik-asyik muka dia jer keluar jadi frontpage B*POP Berita Hairan seminggu dua sebelum anugerah. Tapi taman hati gua berbunga-bunga kembali bila tengok dalam tv sekarang ni kerap juga iklan ST DFolia tu keluar. Cutting memang mantap tahap gaban beb! Oaky-okay! Sila kendurkan kembali apa-apa yang telah tegang sebentar tadi....

  3. Taman hati gua berdarah bila buka email pagi tadi ada surat untuk PTK. Hidung pun rasa macam panas-panas sebab satu hapa pun gua tak sedia lagi. Periksa pulak start 26hb ni. Macam nak menggelupur pun ada. Dulu gatal sangat mintak. Tapi taman hati gua berbunga-bunga kembali bila kawan-kawan sudi kongsikan nota. Terima kasih. Supaya kawan-kawan yang nak ambik PTK lepas ni tak menggelupur macam gua, sila download nota ini.


Sekian saja untuk kali ni.

Gua ada banyak taman nak kena siram. Nak kena angkut baja tahi ayam lagi. Nak sedut air kolam. Bukan lu tak tahu macam mana susahnya nak hidupkan enjin air tu! Makoto Nagano pun kadang-kadang buat-buat tak dengar bila gua suruh hidupkan enjin air dengan tarik hos siram taman-taman tu.

Khamis, 1 April 2010

Dah Ada Berukband Hasil Inisiatif Jalur Lebar Negara

Bila mana orang besar-besar bercakap tentang inisiatif jalur lebar negara, gua tak boleh akses blog sebab satu program hampeh yang dicipta yang dinamakan Juniper Network. Kalau setakat block website porno atau website mengarut, gua boleh tahan lagi. Tapi kalau website gua pun diblock jugak ini dah kira melampau.

Dalam orang besar-besar bercerita pasal broadband berkelajuan tinggi dan akses tanpa had. Gua pulak baru sambar satu berukband dengan kelajuan yang biasa-biasa saja dengan akses yang sangat limited.

Sebenarnya, gua nak tanya, ikhlas ke lu nak bagi rakyat Malaysia ni akses broadband yang laju. Ikhlas ke lu nak perkenalkan inisiatif jalu lebar tu?

Gua pelik dengan cakap dan tindakan yang tidak selari. Macam ular dua kepala!

Rakyat marhaen macam gua jugak yang pening...

Selasa, 16 Mac 2010

Transisi: Dari Bilik Ke Bilik

meja.jpg

(2004-2007)

Ini bukanlah bilik pertama gua. Tapi kira bilik kedua gua masa kerja dengan gomen di Georgetown. Bilik ni tak ada tingkap. Kiri kanan dinding. Cuma yang lebihnya bilik ni berbanding bilik gua yang lain-lain, bilik ni ada sofa. Gua senang terlena atas sofa. Syok sekali!

Bilik Sementara

(2008-2009)

Ini pula adalah bilik gua di Alor Setar. Perabot semua baru. Komputer pun baru. Semua baru la...

DSC00445

(2009-2010)

Bilik gua di Sungai Petani. Di bangunan tertinggi di Sungai Petani. Dari bilik gua, gua boleh nampak satu bandar Sungai Petani. Berdiri tepi dinding kaca, tengok ke bawah dan bayangkan gua sedang jatuh bebas, sangat menggentarkan jiwa.

20012010043

(2010)

Ini pulak bilik gua di Kulim. Bilik paling luas pernah gua huni. Tapi hanya untuk satu bulan.

15032010119.jpg

(2010 - sekarang)

Ini bilik tempat gua buat kerja yang terbaru. Serba sederhana. Lokasi, rahsia!

Rabu, 10 Mac 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...