Kerajaan mahu hapuskan kemiskinan semua rakyat. Bukan kemiskinan rakyat yang berparti Barisan Nasional sahaja. Kadar kemiskinan tegar negara tidak akan jadi 0% menjelang 2011 sekiranya masih ramai orang-orang berparti Pakatan Rakyat hidup merempat, miskin tegar.
Gua harap nanti mereka akan faham tugas seorang penjawat awam macam gua ni. Gua tidak boleh berpihak. Gua tidak boleh mengira parti. Gua bekerja untuk kerajaan. Gua berkhidmat untuk negara Malaysia. Gua berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Gua berkecuali. Gua tidak berpolitik. Gua tidak berparti.
Salah untuk gua katakan gua adalah penyokong Barisan Nasional. Kenapa?
Kalau tiba-tiba gua ditukarkan ke jabatan-jabatan negeri Pulau Pinang macam mana? Adakah gua perlu menyokong pembangkang di Pulau Pinang kerana Barisan Nasional adalah pembangkang di Pulau Pinang? Tidak. Gua perlu setia kepada kerajaan hari itu.
Kalau hari ini, gua ditugaskan untuk berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, maka kesetiaan gua adalah kepada kerajaan persekutuan, bukannya Barisan Nasional.
Kalau esok gua ditukarkan ke perkhidmatan negeri Pulau Pinang, maka kesetiaan gua esok adalah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, bukannya Pakatan Rakyat.
Gua berkecuali, sebagai penjawat awam, gua tidak menyokong mana-mana parti politik.
Gua harap rakyat Malaysia akan celikkan mata. Kerajaan dan parti adalah dua perkara berbeza. Anggota pentadbiran kerajaan (PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri, Senator) adalah anggota parti, tapi penjawat awam (KSN, KSU, SUK, dll) adalah manusia yang tidak berparti, berkecuali dan berkhidmat untuk negara!
Gua adalah penjawat awam, juga dipanggil kakitangan awam!
Jadi selepas ini jangan terasa hati kalau gua kata lu bodoh. Gua kata lu bodoh sebab lu tak faham tugas penjawat awam.