Isnin, 21 November 2011
Isnin, 14 November 2011
Lawatan TABIKA Kemas Pulau Betong
Pada 29 Oktober 2011 yang lalu gua dengan bangganya bersama-sama budak-budak TABIKA Kemas mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara, Muzium Padi dan Petrosains. Walaupun persekongkolan gua adalah secara paksaan, tapi apa salahnya. Gua sendiri masa kecik-kecik dulu tak pernah berpeluang masuk tadika. Apatah lagi mengikuti rombongan lawatan tadika.
Destinasi kami yang pertama adalah Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. |
Sesi bergambar bersama saudara mara sepupu sepapat dan kawan-kawan yang kita suka. |
Mak budak pun tak lepaskan peluang bergambar bersama seekor kucing yang diternak khas oleh tukang kebun Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. Apa ada hal? Kucing pun nak masuk gambar. |
Masuk dewan pameran dinasor baru semua budak-budak tumpukan perhatian. |
Arrghh. Makang budok! |
Pemandangan. |
Pemandangan lagi. |
Dalam Petrosains kat AEON Bandar Perda. |
Pertandingan Mewarna. |
Babai! |
Jumaat, 11 November 2011
Iklan Hari Ini
Sebab gua tader apa nak tulis walaupun tarikh hari ni cun habis, gua siarkan iklan lama ni.
Kat Malaysia memang tak luluslah iklan macam ni kan?

Rabu, 2 November 2011
Selasa, 6 September 2011
Hero Atau Pengkhianat?
Dua tiga hari ini ramai tikus-tikus sibuk dan menyibukkan diri berbahas adakah Mat Indera itu hero atau pengkhianat.
Gua tak mahu fikir susah-susah. Nanti senak kepala hotak. Bagi gua, mana-mana orang yang berjuang mengusir penjajah, maka dia hero. Penjajah ini tidak kiralah British, Jepun atau sesiapa pun. Ini ikut masa.
Yang berjuang menentang penjajah dan konco-konconya sebelum merdeka adalah hero. Yang berjuang dalam hutan bertahun-tahun selepas merdeka menentang Malaya/Malaysia, maka dia ini pengkhianat bagi gua.
Mungkin dia hero di mata sendiri (mungkin sebab pada pandangan dia Malaya/Malaysia masih diperintah oleh penjajah) itu gua tak mahu campur. Nanti senak lagi kepala hotak.
Jadi, sesapa saja yang berjuang untuk kemerdekaan sebelum 1957, di mata gua adalah hero. Tak kira mereka nasionalis atau apa saja, berjuang dengan pena, rundingan atau senjata, asal saja mereka menentang penjajah dan konco-konconya, maka mereka adalah hero.
Selepas 1957, yang tak reti-reti nak keluar hutan, yang dok berperang dengan askar Malaya/Malaysia, maka mereka ini yang sebelum ini hero, telah jadi pengkhianat di mata gua.
Mat Indera ni, dia menentang penjajah dan konco-konconya kah? Atau dia menentang askar dan negara Malaya/Malaysia? Agak-agak kalau dia masih hidup selepas merdeka adakah dia akan terus mengangkat senjata atau akan keluar hutan sambung balik jadi ustaz?
Bukan kita yang menentukan mereka hero atau pengkhianat. Masa/waktu/tahun/zaman mereka itu hidup yang membentangkan jalan buat mereka, menjadi hero atau pengkhianat! Waktu itu, sesiapa yang bergerak menentang British dan konco-konconya adalah hero.
Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Tok Gajah, semuanya menentang British dan konco-konconya, mereka hero. Mat Indera ini menentang siapa? Herokah dia?
Senak dah, kepala hotak gua senak dah...

Langgan:
Catatan (Atom)