Rabu, 23 Mei 2012

Empat Bulan Sudah Tidak Update Blog

Empat bulan bukan masa yang pendek. Dalam masa empat bulan ni kalau ada awek yang gua berkenan dan gua terasa nak tekel, agak-agak awek tu sekarang ni tengah tertunggu-tunggu bila gua nak call. Dah angau dah awek tu. Malam-malam asyik termimpi-mimpikan gua dah.

Kahkahkah!

Selasa, 17 Januari 2012

Bukti Guru Boleh Mengurus Dengan Baik

Post ini adalah susulan kepada laporan akhbar Berita Harian 17.01.2012 yang bertajuk "27 Kesatuan Guru Bantah PTD"


Bukti-bukti kecekapan guru menguruskan kementerian/jabatan pelajaran juga dikutip dari akhbar yang sama pada tarikh yang sama.



Berita Harian ni bagus jugak sebenarnya, laporan dia bersangkut-sangkut. Laporan dia saling lengkap melengkapi.

Kahkahkah! 

Jumaat, 6 Januari 2012

Saifool Merata-rata

Wah, ramainya Saifool!

BH - 6.1.2012

Macam ini Bang Nuar boleh stim sampai mati! Kahkahkah!

Sabtu, 31 Disember 2011

36 Dana Al-Arqam - JAKIM Kecut Telur?

Apa nak jadi dengan orang kita ni. Dah tahu ada ajaran sesat yang gunakan sekolah agama dan rumah anak yatim untuk kumpul dana dan ahli tapi tak nak bagitahu kepada orang ramai. Jenis kena penyakit kecut telur.

BH - 30.12.2011

Kalau tak mahu beritahu, baik tak payah keluar dekat surat khabar. Ini bagi keluar dekat surat khabar konon-konon nak bagitahu orang kata lu buat kerjalah ni. Tapi bila ditanya apa kerja yang lu dah buat, tak mahu cerita pulak!

Siarkan jerlah apa nama sekolah dan rumah anak yatim yang simpati pada Arqam tu. Barulah rakyat boleh berwaspada. Bongok! Sampai nak kena bagi tahu sambil bisik-bisik apa kes?

Nak kena pelangkung ker apa? Nak cakap, cakaplah habis-habis. Tak nak cakap tak payah cakap.

Ini nampak macam pentingkan diri. Kerja gua dah settle, gua dah kesan mana sekolah yang menyeleweng. Tapi gua tak nak cerita sekolah mana. Bongok! Lu ni nak jaga kemaslahatan ummah ke nak jaga periuk nasi sendiri?

Ini kes macam ni mesti risikan tak sahih ni? Takut kalau bagitahu nama sekolah pihak sekolah saman pulak kan? Nak kata lu buat kerja tapi sebenarnya lu buat kerja setengah jalan kan? Telur masih kecut kan? Telur baru setengah masak kan? Kan?

Jaga ummah bro, jangan jaga periuk nasi lu jer. Jangan ingat lu sorang jer tak mahu sesat. Orang lain pun takut tersesat jugak. Jangan ingat lu sorang jer nak masuk syurga. Orang lain pun nak masuk syurga jugak!

Apa nama 36 sekolah dan rumah anak yatim tu? Berani kerana benar bro, dedahkan saja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...