KUALA LUMPUR 26 Dis. - Lebih 11,000 orang terkorban termasuk 43 di Malaysia dilanda ombak besar akibat gempa bumi di utara Sumatera hari ini yang paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. Dua negeri paling teruk terjejas ialah Pulau Pinang dan Kedah. Sebanyak 32 daripada 43 mangsa terkorban di negara ini adalah di Pulau Pinang, sembilan di Kedah dan dua lagi di Perak. Malapetaka ombak besar yang dikenali sebagai 'tsunami' yang terbentuk daripada gempa berukuran 8.9 pada skala Richter tersebut turut mengakibatkan beribu-ribu lagi hilang dan dikhuatiri terbunuh di kawasan pantai barat Asia serta kemusnahan teruk di bandar serta pulau peranginan di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Myanmar serta di Sumatera sendiri. Ombak besar setinggi hingga 6 meter menerjah pesisiran pantai negara-negara terlibat juga, yang mendatangkan malapetaka, merupakan yang kelima terbesar sejak tahun 1900.
Di Malaysia, keadaan turut menjadi panik kira-kira pukul 9 pagi ini apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa negeri serta di ibu negara turut bergegar, kesan daripada gempa tersebut, menyebabkan orang ramai bergegas menyelamatkan diri sebagai langkah berjaga-jaga. Para pesakit terpaksa dipindahkan keluar bangunan hospital di beberapa negeri sebagai langkah berjaga-jaga. Kebanyakan mangsa di Pulau Pinang sedang berkelah dan memancing di tepi pantai di Batu Ferringhi dan di Balik Pulau, ketika ombak itu melanda kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini berada di luar negara telah mengarahkan supaya langkah segera diambil untuk mempermudahkan apa juga bantuan yang perlu dikeluarkan untuk membantu mangsa tragedi itu. Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengarahkan penduduk di kawasan pantai yang berisiko di Pulau Pinang dan Kedah segera dipindahkan kerana dikhuatiri `tsunami' berulang lagi.
Enam orang termasuk budak perempuan berusia 15 tahun masih hilang di Kedah manakala empat mangsa dilaporkan masih hilang dan 141 cedera di Pulau Pinang. Di Kedah, lapan terbunuh di daerah Kuala Muda dan satu lagi mangsa di Langkawi. Antara yang terbunuh di Kuala Muda ialah bayi lelaki berusia tujuh bulan, selepas ombak besar melanda sembilan kampung dan memusnahkan 1,000 rumah di kawasan itu. Pulau peranginan Langkawi turut terjejas dengan seorang wanita yang lumpuh berusia 80 tahun lemas dihanyut air manakala tiga pelancong Australia cedera.
Di Perak, dua lelaki terkorban manakala seorang lagi hilang apabila sampan dan bot yang mereka naiki karam dipukul ombak besar dalam kejadian berasingan petang ini. Di Perlis, lebih 70 buah bot nelayan rosak dan kebanyakannya tenggelam dalam kejadian itu terutama di Kuala Sungai Baru.Kawasan lain yang terlibat ialah Kuala Sanglang, Sungai Padang dan Kurong Tengar. Beberapa bangunan di pinggir muara sungai turut roboh.
Sementara itu di Klang, seorang lelaki yang sedang memancing ikan bersama tiga rakannya di Pantai Sungai Burung hilang selepas terpelanting ke laut akibat pukulan ombak besar itu. Di India dan Sri Lanka iaitu dua negara yang paling teruk, sekurang-kurangnya 6,500 kematian dilaporkan dan memaksa kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan darurat di negara itu. Bencana alam tersebut meragut sekurang-kurangnya 4,500 nyawa apabila kawasan pantai timur dan selatan Sri Lanka dilanda ombak besar dan banjir kilat.
Sementara itu di India, sekurang-kurangnya 2,000 mangsa terkorban selepas kawasan pantai di selatan negara itu turut dilanda ombak besar, kata Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil. ``Kira-kira 200 mangsa terbunuh di negeri Andhra Pradesh sementara di Tamil Nadu, sekitar 800 kematian dilaporkan,'' kata Patil. Bencana itu turut melanda negeri Kerala selain kawasan di kepulauan Andaman dan Nicobar, di Teluk Benggala. ``Kita telah mengarahkan penghantaran segera pesawat-pesawat yang membawa bantuan kecemasan seperti ubat-ubatan, makanan serta selimut untuk mangsa-mangsa di kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut,'' kata beliau.
Di Thailand, sekurang-kurangnya 310 mangsa terkorban dan lebih 2,000 cedera apabila enam buah wilayah di selatan negara itu dilanda ombak besar sehingga lima meter tinggi. Ombak besar dan banjir kilat yang melanda kawasan Phuket, Koh Pi Pi, Songkhla, Krabi, Phang Nga dan Surat Thani dilaporkan memusnahkan rumah-rumah serta premis lain di kawasan pantai. Sepasang suami isteri warga Malaysia dilaporkan terbunuh ketika menyelam di Gua Emerald, yang merupakan tumpuan pelancong asing di selatan Thailand.
Di Indonesia sendiri, lebih 4,185 mangsa terkorban. Ketua Pusat Persediaan Darurat Indonesia, Doti Indrasanto berkata, jumlah kematian di wilayah Acheh meningkat kepada 1,400 orang terutama di daerah Deli Serdang dan Nias di selatan Acheh. Ia turut memusnahkan beribu-ribu rumah di sepanjang kawasan pantai selain beribu-ribu lagi mangsa dilaporkan masih hilang.
Di Myanmar, yang turut dilanda ombak besar menyaksikan sekurang-kurangnya 10 penduduk terkorban sementara sejumlah bot nelayan karam.
** tepat jam 9 pg hari ahad, masa aku tgh buat overtime, tetiba bangunan nih goyang...terus cabut turun bawah. tak sangka lak dalam pukul 1 tuh ada ombak besar pulak...yg aku kesalkan, gegaran tu pukul 9 pg, ombak pukul 1 lebih....tapi tader warning dari jabatan berkaitan....
*seleksi post lama di blog lama.
Rabu, 29 Disember 2004
Jumaat, 24 Disember 2004
Penang Diserang
aku rasa macam dua tiga hari nih, akhbar-akhbar aliran perdana sekarang dok serang penang. bermula dgn kenyataan menteri nak buat sistem pembentungan kat penang, esoknya terus keluar cerita pasal kotornya penang. sisa kumbahan disalirkan terus ke laut tanpa di rawat. mengakibatkan banyak hidupan pesisir pantai penang dicemari bakteria. kerang, lokan dan semua yang kat tepi pantai. paling tak best, berita pasal kerang penang tercemar, keluar selepas aku melantak kerang bakar kat padang kota. paling tak best jugak, bila aku dah mula syok pulak makan char koay teow, yang antara bahan dalam tuh adalah kerang.
akhbar tadi pulak, surat org penang yang mengadu pasal tandas awam kat penang yang kotor giler. aku tak tahu. pasal aku tak penah masuk public toilet kat penang. yang aku tahu, masa aku nak pegi makan kat padang kota tuh, dalam tengah malam jugak laaa...ada mamat sorang tuh dok pancut kat tepi jalan dekat dengan dgn food court kat situ. hampeh betul laaa....tak tahan pun jgn lah pancut kat tepi jalan, pancut kat laut laa.....:-(...
dlm surat khabar hari nih jugak, cerita pasal pembangunan tanah wakaf dan penempatan melayu dalam bandar. dua benda nih memang core bisnes aku. diorang ingat senang ker? ingat senang2 ker nak bina rumah low cost dalam bandar...kalo tanahnya pun dah mahal giler? dah tuh, bukannya ada nak beli pun,...kalo ada yang beli pun, atas kuota bumiputera, last-last, sampai jugak kat aku, merayu nak pindah milik kepada bukan bumiputera, sbb tak tahan duduk dalam komuniti yg minoritinya saja bumiputera. sekarang pun dah berlambak kes yang aku kena handle, asyik nak jual rumah jer...
masalahnya bukan rumah tak cukup,..tapi melayu yang tak mampu nak beli, itu jer masalah kat penang. melayu tader duit...
kes tanah wakaf maipp. aku jugak yang jaga pembangunan tanah wakaf kat dua-dua lebuh acheh ngan lebuh chulia tuh. kitorang dah bagi duit suruh jkr buat, lepas siap nanti serah kat maipp. tapi construction ni, bukan boleh siap seminggu. dan ada gak masalah lain, tak suma yg kita rancang menjadi. yang diorang nih dok marah-marah pasai apa? umno tanjung lak tuh. kitorang banyak dok tolong depa,..depa tak ingat ka? dah tu ni nak salahkan orang,..nak menuding jari...akai ada ka? oopppss..teremosional lak...aku bukan apa, tak puas hati. masa kitorang bagi, dia amik, lepas tuh nak gigit tgn kita pulak.
hangpa kena sabaq sikit laa...nanti siap jugak laa...amik masa sikit jaaa....

Khamis, 26 Ogos 2004
Sajak Lama
getar cinta
Impikan cinta cenderawasih,
Dari taman kayangan.
Mimpikan bertemu patung kencana,
Dari daerah kumula berkelana.
Inginkan secebis kasih,
Dari seorang maula rupawan.
Dambakan cinta terbina,
Dari hati seorang jelita.
Ketika kusapa penggali kubur itu,
Tanyakan ke mana kekasih pergi,
Dia hanya menudingkan jari,
Ke sana sini,
Bahasakan bahawa dia tidak tahu.
Aku bisa robohkan sebuah makam suci,
Kalau engkau mahu aku mati.
Aku akan timbuskan lahad sempit,
Kalau engkau tidak mahu kafani.
Aku akan pecahkan long jati,
Kalau engkau tidak mahu,
Mengusungku ke liang yang digali.
Untuk sekian waktu ini,
Aku tidak mahu mungkiri,
Janji bahawa aku,
Tidak akan melepaskanmu.
23/3/2000-submited to anjungcafe.com by miza rh.

Selasa, 17 Ogos 2004
Hidup Ini Mudah
Hidup ini mudah, jgn kau berat-beratkan.
Mudah ker hidup ni? Aku tak nampak macam mudah pun. Tetiap hari nak kena jaga hati setiap orang, setiap hari kena bangun pagi. Letih aku mengenangkan hidup nih. Hati orang nak kena jaga hati sendiri entah ke mana…. nak kerje pun tak semangat kalo asyik dok teringat jer....apa nak jadi nih?

Khamis, 20 Mei 2004
Syair Klasik
Syair Pesanan Ayahanda
Dengarkan tuan ayahnada berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
]Orang jahat anakanda jauhkan.
Setengah orang fikir keliru,
Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.
Tingkah dan laku tidak kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.
Itulah orang akalnya kurang,
Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,
Dengan manusia selalu berperang.
*seleksi post lama di blog lama.Â
Dengarkan tuan ayahnada berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
]Orang jahat anakanda jauhkan.
Setengah orang fikir keliru,
Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.
Tingkah dan laku tidak kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.
Itulah orang akalnya kurang,
Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,
Dengan manusia selalu berperang.
*seleksi post lama di blog lama.Â
Rabu, 12 Mei 2004
Hari Hari First
ha'ah....
hari-hari first berada di tempat yg amat asing bagi aku. HTML, agak asing bagi aku...manalah aku tahu bahasa bebudak nih...aku kenal komputer pun masa aku masuk sekolah menengah....kenal internet pun masa masuk universiti...kalo nak bagi alasan...mmg tader maser aku nak belajar html....tapi hakikatnya, malas aku nak belajar...nampak macam mudah jer...tapi sebenarnya aku buta jugak.
apa-apa pun,tempat nih sekadar jadi diary aku, dan bukan nak suruh sesapa baca pun,...sekadar utk diri sendiri...dan mungkin jugak kenkawan yang dah tader kerja lain selain surf internet.

Langgan:
Catatan (Atom)