aku rasa macam dua tiga hari nih, akhbar-akhbar aliran perdana sekarang dok serang penang. bermula dgn kenyataan menteri nak buat sistem pembentungan kat penang, esoknya terus keluar cerita pasal kotornya penang. sisa kumbahan disalirkan terus ke laut tanpa di rawat. mengakibatkan banyak hidupan pesisir pantai penang dicemari bakteria. kerang, lokan dan semua yang kat tepi pantai. paling tak best, berita pasal kerang penang tercemar, keluar selepas aku melantak kerang bakar kat padang kota. paling tak best jugak, bila aku dah mula syok pulak makan char koay teow, yang antara bahan dalam tuh adalah kerang.
akhbar tadi pulak, surat org penang yang mengadu pasal tandas awam kat penang yang kotor giler. aku tak tahu. pasal aku tak penah masuk public toilet kat penang. yang aku tahu, masa aku nak pegi makan kat padang kota tuh, dalam tengah malam jugak laaa...ada mamat sorang tuh dok pancut kat tepi jalan dekat dengan dgn food court kat situ. hampeh betul laaa....tak tahan pun jgn lah pancut kat tepi jalan, pancut kat laut laa.....:-(...
dlm surat khabar hari nih jugak, cerita pasal pembangunan tanah wakaf dan penempatan melayu dalam bandar. dua benda nih memang core bisnes aku. diorang ingat senang ker? ingat senang2 ker nak bina rumah low cost dalam bandar...kalo tanahnya pun dah mahal giler? dah tuh, bukannya ada nak beli pun,...kalo ada yang beli pun, atas kuota bumiputera, last-last, sampai jugak kat aku, merayu nak pindah milik kepada bukan bumiputera, sbb tak tahan duduk dalam komuniti yg minoritinya saja bumiputera. sekarang pun dah berlambak kes yang aku kena handle, asyik nak jual rumah jer...
masalahnya bukan rumah tak cukup,..tapi melayu yang tak mampu nak beli, itu jer masalah kat penang. melayu tader duit...
kes tanah wakaf maipp. aku jugak yang jaga pembangunan tanah wakaf kat dua-dua lebuh acheh ngan lebuh chulia tuh. kitorang dah bagi duit suruh jkr buat, lepas siap nanti serah kat maipp. tapi construction ni, bukan boleh siap seminggu. dan ada gak masalah lain, tak suma yg kita rancang menjadi. yang diorang nih dok marah-marah pasai apa? umno tanjung lak tuh. kitorang banyak dok tolong depa,..depa tak ingat ka? dah tu ni nak salahkan orang,..nak menuding jari...akai ada ka? oopppss..teremosional lak...aku bukan apa, tak puas hati. masa kitorang bagi, dia amik, lepas tuh nak gigit tgn kita pulak.
hangpa kena sabaq sikit laa...nanti siap jugak laa...amik masa sikit jaaa....
*seleksi post lama di blog lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan