Gini bunyi emailnya:
Cantiknya ayat.. aku pun terasa nak tengok gak blog dia tu...
Dalam blog tu dia cerita panjang la.. tapi bila aku bagi korang tengok screenshot ni. Korang pasti tahu ini bukan bisnes multi level, ini lebih kepada sedekah... Malulah sikit, badan kuat tapi dok mintak sedekah dari serata rakyat Malaysia. Yang herannya pulak, sekarang ni aktiviti minta sedekah boleh diuruskan syarikat berdaftar plak.. pelik sungguh... mungkin lepas ni ada rakyat Malaysia yang bercita-cita nak jadi Pengurus Minta Sedekah!
Kenapa aku tulis post pasal ni?
Sebab aku nak bagi tahu ini bukan bisnes namanya, ini mintak sedekah. Ini bukan kutu namanya ini mintak sedekah:-
- Kalau bisnes, apa barang yang diniagakan? Tiada urusan jual beli pun? Tiada akad jual beli pun?
- Kalau kutu, duit yang banyak tu duit kita sendiri yang kumpul. Ini dapat duit banyak hasil sedekah orang. Ini bukan kutu, ini minta sedekah. Selagi kuat tubuh badan, kenapa mahu minta sedekah? Dan, kalo aku, aku takmahu bagi sedekah kat orang yang kuat tubuh badan tapi tak mahu kerja...
Yang peliknya lagi, ada wartawan mangkuk hayun yang percaya benda ni adalah bisnes multi level. Kalo wartawan tu wartawan surat khabar nyamuk, tak perlah jugak. Tapi ni wartawan surat khabar aliran perdana, buat berita pasal penganjur skim tahik ni.. Tak percaya, baca ni. (link ni pun aku dapat dari blog spammer ni.)
Bila la masyarakat kita nak sedar...
Yang aku marah sangat ni sebab, dia spam inbox aku, pastu claim skim tahik dia sebagai kutu, claim skim tahik dia sebagai bisnes multi level dan yang paling aku hangin, ada wartawan mangkuk yang buta bagi kredit kat dia ni... Tulis kononnya dia ni usahawan multi level berjaya.. aduiihhh
Bila orang kita nak sedar? Kalo korang baca tulisan wartawan tu, aku rasa korang akan tergelak - kononnya ada 51 cawangan seluruh negara.. pooodahhh!
buat rosak industri multilevel je .. byk program mcm ni org dah salah paham dengan multilevel .. bagus juga ko post tajuk ni ..
BalasPadam