Isnin, 3 November 2008
Sambutan Hari Lahir Izz Yang Ke Satu Tahun
Semalam kek dengan penampilan panda ini menjadi perhatian budak-budak. Ada yang awal-awal lagi dah cop telinga panda ni. Haha. Sebenarnya kami terlambat singgah di kedai kek EDEN untuk tempah kek birthday Izz. Jadi terpaksalah ambik apa saja kek yang ada. Walaupun last minutes, tapi kek ni sedap jugak sebenarnya.
Ini adalah antara budak-budak yang ada. Ramai lagi yang datang lambat jadi tak sempat masuk gambar. Aku lupa nak ambik gambar buah tangan yang diberi kepada budak-budak yang datang. Kira macam goodie bag la. Aku letak wafer cloud 9, layer cake, gula-gula lot100, biskut be-be, dan tidak dilupakan sumi jelly manis..yey. Sila nyanyi bersama: sumi jeli manis, sumi jeli manis. sungguh sedap agar-agar buah.. yey! Dah lama aku tak dengar lagu nih..huhu.
Bihun goreng. Menjadi syarat utama, sapa tak habiskan bihun, tak boleh makan kek. Sapa yang tak habiskan kek, tak boleh dapat goodie bag. Hahaha. Budak-budak kena paksa makan.
Nak sedapkan bihun, aku tambah bebola ketam, nuget ayam, cocktail lembu dan jugak fish fingers. Baru aku tahu ikan pun ada jari sebenarnya.
Ini pulak hidangan oldies untuk bapak-bapak dan mak-mak budak yang datang, nasi himpit dan kuah kacang. Best ooo... Bapak dan mak budak jugak dialu-alukan untuk mencuba bihun goreng dan yang lain-lain.
Ini gambar kenang-kenangan Izz dan kawan-kawan yang sama-sama hadir memeriahkan majlis hari lahir Izz.
p/s: Kalo korang nank tahu, Izz ni adalah keturunan...
Super saiya!... hahhaha.
Chow.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
seli, check email ko
BalasPadamdah. aku dah check. aku dah reply suma email. tq.
BalasPadamselamat hari lahir to ur child~
BalasPadam