Isnin, 23 Mac 2009

Aku (Hampir) Kembali Lagi

1. Menswastakan blog

Sudah banyak blog rakan-rakan yang diswastakan dan tidak dimilik umum kini. Untuk membaca blog-blog tersebut, perlu dijemput oleh Pengerusi lembaga pengarahnya. Kemanisan berblog kini semakin terhakis. Aku benci situasi begini. Kembalikan kemanisan itu...

Oh, aku tidak boleh menswastakan blog ini kerana kos hosting dan domain name bergantung kepada duit yang dijana oleh blog ini melalui pengiklanan. Kalau bukan kerana itu, pasti kemanisan blog ini juga sudah lama diragut.

Oh ya, kepada yang benci melihat theme yang sudah lama aku gunakan ini. Harap bersabar kerana aku sedang mencari masa untuk mendapatkan theme yang lebih baru.

2. Kursus

Maaf kerana membuatkan kamu semua tertunggu-tunggu dengan entri terbaru. Pada minggu pertama Mac aku ke istiadat konvokesyen di Putrajaya. Minggu kedua berkursus di Felda Trolak, Perak. Dan Minggu ketiga pula berkursus di Kota Bharu, Kelantan.

Ini adalah hari kedua aku di pejabat dalam bulan Mac. Harap jangan marah.

3. Emel

Kepada sesiapa yang ingin menjemput aku menziarahi blog swasta mereka, emel aku adalah

4. Maaf

Maaf. Aku sibuk. Banyak kerja. Sudah lama ia menunggu aku.

1 ulasan:

  1. aku rindu dengan kepedasan blog kau. hahahahahaha.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...