Isnin, 29 Jun 2009

CuepacsCare : Masa Menunggu 9 Bulan?

Kepada sesiapa yang ingin masuk CuepacsCare. Ini masa menunggu sebelum diri anda dan keluarga anda dicover sepenuhnya.
  1. Tiga bulan menunggu (selepas tandatangan borang) sebelum gaji anda dipotong oleh Angkasa untuk CuepacsCare.
  2. Selepas tiga bulan gaji dipotong, barulah Cuepacs akan menyumbang kepada syarikat takaful (barulah secara efektifnya anda mencarum untuk CuepacsCare). Aku confuse, potongan dua bulan lagi tu Cuepacs letak mana? Masuk poket siapa?
  3. Selepas tiga bulan barulah diri anda dan keluarga anda dilindungi sepenuhnya dan menikmati kemudahan-kemudahan itu.
Jumlah masa menunggu: Sembilan (9) bulan! WTF?!

Nampaknya ramai kawan-kawan sepejabat aku tertipu dengan ejen itu! Manis mulut bila berbicara!

Satu saja pesan kepada Cuepacs: Performance Now!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-3371 4248 (Medicare Assistance Sdn Bhd-CuepacsCare) atau emel ke mediline@tm.net.my


Aku Tersesat: Tunjukkan Aku Jalan Lurus

Mungkin pemikiran aku ini sesat. Jadi, tolong tunjukkan aku jalan yang lurus.

Islam. Ikut hukum, halal haram.

Dalam satu bual bicara tv baru-baru ini. Seorang ustaz bagi pandangan, hukum pakai gigi emas bagi lelaki adalah haram. Pun begitu, jika darurat ia menjadi harus.

Bagi aku, dalam soal hukum itu, ustaz/ulamak seperti mencari jalan keluar yang mudah. Bagi aku, kalau sudah haram, haramlah. Patutnya dicari penyelesaian yang lebih terkini, lebih semasa. Bukankah sekarang ini gigi palsu sudah boleh dibuat dari material lain, bukannya emas. Kenapa masih perlu buat gigi emas?

Andai kata material lain itu mengalergikkan pemakai, maka tak usahlah pakai gigi palsu. Atau jalankan penyelidikan untuk membuat gigi palsu dengan material lain yang tidak mengalergikkan pemakai. Tapi ulamak kita memberi ruang dengan mengatakan ia keadaan darurat dan hukum perlu direndahkan menjadi harus. Aku keliru. Kalau sudah tiada gigi makan bubur sajalah.

Situasi darurat ini pernah juga diambil mudah bila seorang ustazah menyatakan melacur dalam keadaan darurat dibenarkan.

Ulamak kita tidak progresif. Sepatutnya kita menggunakan perkembangan teknologi dan sains terkini untuk mencari jalan bagaimana untuk mematuhi hukum Allah. Bukannya mencari alasan untuk memudahkan hukum. Ulamak kita tetap terkepung dengan mentaliti lamanya, tidak mahu menjadi ulamak yang dilengkapi ilmu duniawi terkini.

Pelik aku. Adakah aku sesat dengan berfikiran begini?

Isnin, 22 Jun 2009

Aku Yang Kurang Hajar

Aku pun panas baran. Tapi sebelum panas baran aku meletup dan merosakkan nama baik perkhidmatan dan nama baik jabatan, biarlah dia nak komplen pun. Katalah aku kurang hajar pun, aku tak kisah. Yang aku kisah, adalah aku sangat kesian dengan wakil-wakil kecil rakyat (baca pengerusi jkkkp) yang tidak faham dengan usaha yang telah dilakukan oleh pegawai kecil ini untuk memastikan apa yang dihajati tercapai.

Aku kesian dengan orang begini. Jadi semalam, aku telah dicop sebagai kurang hajar. Haha. Kurang ajarnya aku.

Begitu mencabar tugas ini...

Isnin, 8 Jun 2009

Update Cepat-cepat

Dah lama kan aku tak update blog. Ada dua perkara penting yang berlaku, yang menyumbang kepada kemalasan aku untuk mengupdate blog.

1. Muhammad Izz Al-Afham (sila baca dengan bersambung menjadi Izzul Afham)

Anak kedua aku ini selamat dilahirkan pada 23 Mei 2009 jam 1.40 petang di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Dilahirkan dengan berat 2.8 kg, dan setinggi 49 cm.

DSC00445

DSC00445

DSC00445

DSC00445

Ini pula adalah gambar Izz Zayani yang terkantoi berdating di Bukit Bendera.. hahahha.

2. Bertugas di Sungai Petani

Aku pula dengan rasminya telah mula bertugas di Sungai Petani. Ini gambar bilik aku. Melihat bandar Sungai Petani dari kerusi empuk...

DSC00445

DSC00445

DSC00445

DSC00445

Kerja di pejabat ini sangat banyak. Jadi, kalau ada masa terluang, aku akan curi-curi update blog.

Jumpa lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...