Mungkin pemikiran aku ini sesat. Jadi, tolong tunjukkan aku jalan yang lurus.
Islam. Ikut hukum, halal haram.
Dalam satu bual bicara tv baru-baru ini. Seorang ustaz bagi pandangan, hukum pakai gigi emas bagi lelaki adalah haram. Pun begitu, jika darurat ia menjadi harus.
Bagi aku, dalam soal hukum itu, ustaz/ulamak seperti mencari jalan keluar yang mudah. Bagi aku, kalau sudah haram, haramlah. Patutnya dicari penyelesaian yang lebih terkini, lebih semasa. Bukankah sekarang ini gigi palsu sudah boleh dibuat dari material lain, bukannya emas. Kenapa masih perlu buat gigi emas?
Andai kata material lain itu mengalergikkan pemakai, maka tak usahlah pakai gigi palsu. Atau jalankan penyelidikan untuk membuat gigi palsu dengan material lain yang tidak mengalergikkan pemakai. Tapi ulamak kita memberi ruang dengan mengatakan ia keadaan darurat dan hukum perlu direndahkan menjadi harus. Aku keliru. Kalau sudah tiada gigi makan bubur sajalah.
Situasi darurat ini pernah juga diambil mudah bila seorang ustazah menyatakan melacur dalam keadaan darurat dibenarkan.
Ulamak kita tidak progresif. Sepatutnya kita menggunakan perkembangan teknologi dan sains terkini untuk mencari jalan bagaimana untuk mematuhi hukum Allah. Bukannya mencari alasan untuk memudahkan hukum. Ulamak kita tetap terkepung dengan mentaliti lamanya, tidak mahu menjadi ulamak yang dilengkapi ilmu duniawi terkini.
Pelik aku. Adakah aku sesat dengan berfikiran begini?
...SEJAK DUA BULAN YANG LEPAS GUA PUN TERCARI
BalasPadamCARI MAKLUMAT TENTANG WAHABI....
GUA MAU KONGSI MAKLUMAT SAMA LU
...IT PULA GUA KABUR
GUA CADANG NAK HANTAR PANDANGAN DARI KAWAN SEKOLAH SERTA USTAZ DAN USTAZAH YANG GUA JUMPA
TAPI DIA ORANG HANTAR E MAIL
HARAP LU KASI ADDRESS E MAIL LU
HONESTLY, GUA SANGAT JAHIL...ALTHOUGH AGE GUA SETENGAH ABAD........
tq
brader, jiwa kacau tak pa...
BalasPadamgua ...kepala masuk ayo !
salam.en yang meyuarakan pendapat.Islam itu mudah tapi tidak bermakna kita boleh mempermudahkan....hukum allah adalah mutlak al-quran dan sunnah sebagai pedoman.Jangan kerana 1 perkara en berubah haluan,renungkanlah.
BalasPadam