Selasa, 28 Julai 2009

Asyik Kerja Saja Nanti Jadi Bodoh

All work and no play makes Jack a dull boy
Ini adalah pepatah Mat Salleh yang memberi maksud, asyik kerja saja nanti jadi bodoh. Atau asyik serius sangat nanti tak reti nak senyum. Itu tafsiran aku saja.

Berada bawah beberapa ketua membuatkan aku mula membanding-bandingkan. Seingat aku, bermula dari Ogos 2008 ketika aku mula berpindah ke organisasi baru ini, dan hampir masuk setahun ini, tidak pernah ada aktiviti bersama keluarga yang dianjurkan. Family day jauh sekali. Nak kenal-kenal keluarga staf memang susah sekali. Kalau boleh kenal pun, kerana pengasuh tak ada dan staf terpaksa bawa anak ke pejabat.

Tidak seperti di organisasi terdahulu, banyak aktiviti bersama keluarga yang dianjurkan. Boleh juga melepaskan tekanan ketika melakukan aktiviti jungle trekking, BBQ dan main tarik tali ketika family day.

Kadang-kadang kepala aku rasa macam nak pecah. Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja!

5 ulasan:

  1. Kalau dah bodoh tak boleh kerja :)

    BalasPadam
  2. yeahhhhh...kepala aku dah pecah.
    Cantum balik...esok2 pecah semula. arrggghhhhhhhhh

    BalasPadam
  3. kapla hang pecah sebab air dah naik kat kepala asyik teringat kolumpo jer...

    BalasPadam
  4. klu x de kpala lg dasyat tau..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...