Selasa, 23 Februari 2010

Ride Kelantan - 13-15 Februari 2010

Ride Kelantan adalah satu acara untuk mengescort pasangan pengantin. Yang lelakinya anggota ninja peringkat kelapan. Sekelas dengan Naruto. Ya ke? Entah, gua merapu jer sebenarnya!

ER-6N sebijik, Ninja 250R 7 bijik. Termasuk Ninja ekzos standard 3 bijik... semua warna hijau!

Tayar golek pukul 2.30 petang dari Petronas BKE, Kulim.

Tayar golek jer diorang pecut. Gua ikut dari belakang. Mata dah mengantuk. Layan jalan lurus, layan korner-korner, gua lagi tambah mengantuk. Ni tak boleh jadi nih!

1

Sampai ke Puncak Titiwangsa. Gua rasa nak lakukan sesuatu untuk hilangkan mengantuk. Dari tadi gua memang nak lakukan aksi ni. Gua rasa ini adalah cara terbaik nak hilangkan mengantuk....

4

Gua rasa nak garu ketiak. Nikmatnya menggaru ketiak dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang tin 100plus. Nikmat tidak terkata. Apatah lagi moment itu berjaya diabadikan dalam kamera. Gua terharu!

3

Menghiburkan diri dengan lawak-lawak santai dari penglipur lara. Aktiviti mencerahkan bebola mata. Lawak-lawak yang tidak disangka dari sahabat yang pendiam pada TTS sebelumnya. Yang sampai restoran nasi kandar dan order nasi, makan diam-diam hujung meja. Rupanya seorang yang menyimpan banyak lawak.

10

Akhirnya sampai di Shell Wakaf Che Yeh. Tepat jam 6.30 petang. Gua tak sempat nak garu ketiak.

15

Gua belum sempat tongkat motor diorang dah ambil gambar. Ini adalah satu kejadian yang sadis. Gambar tanpa persediaan begini menyerlahkan kemachoan gua dengan helmet fullface, jacket dan knee protector yang masih berskru asal.

Kejadian skru knee protector yang digantikan dengan nut kerap berlaku dalam ride-ride seperti ini. Yang paha besar, mahupun paha kecil, knee protector memang tidak pandai dipakai oleh awek dan yang tidak berapa awek dah.

22773_104676929552444_100000304112663_111742_554804_n

Bergambar dengan pengantin. Rasa puas. Bergambar sebegini amat puas. Perasaannya seperti ketika menggaru ketiak dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang tin 100plus. Puas.

Puas?

7 ulasan:

  1. nikmat menggaru ketiak mmg tak terhingga. tapi aku belum cuba dengan tangan kiri pegang 100plus.

    BalasPadam
  2. peh ninja siot...aku de g kilang kawasaki kt shah alam tu..tpikat siot ngan ninja ni..peh!!!

    BalasPadam
  3. dah tu apa lagi. angkat la satu..

    BalasPadam
  4. lenkali nk join gak ar...
    ngan beskal n berunifom ala2 ninja...
    ki3

    BalasPadam
  5. syiok ride ke Kelate ni..rasanya ade sorg yg aku kenal dlm pic tu..bro Lekuq..

    -Han-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...