Isnin, 28 Jun 2010

Makan Nasi Goreng Udang Merawat Kekecewaan

Makan adalah salah satu terapi merawat kekecewaan.

Jadi gua ke sini. Taman Perak, tepi Stadium Bandaraya. Makan nasi goreng udang. Sedap. Sungguh.

28062010339

Gua ada snap gambar nasi goreng udang tadi. Tapi tiba-tiba ia hilang bila gua nak upload ke sini. Gua kecewa lagi. Ah, mungkin satu pinggan nasi goreng udang tidak mencukupi.

Gua perlu makan lagi. Makan adalah satu terapi merawat kekecewaan.

Jumaat, 25 Jun 2010

Laporan Kemalangan Ninja 250R

Pada 24 Jun 2010 gua menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250R berwarna Hijau bernombor pendaftaran PJF7734 pulang dari tempat kerja di Lebuh Downing, Pulau Pinang ke rumah di Pulau Betong, Balik Pulau.Motosikal tersebut baru dicuci pada hari sebelumnya dan masih berkilat-kilat lagi.

Gua  melalui Lebuh Bukit Jambul menghala ke Jalan Paya Terubung.  Ketika menghampiri persimpangan antara Persiaran Bukit Jambul dan Lebuh Bukit Jambul, lebih kurang 1730hrs, dengan kelajuan yang perlahan lebih kurang 50 kilometer sejam, kapcai pakcik durian tu pun lebih laju, sambil bersiul-siulan, tiba-tiba sebuah motokar jenis Proton Saga dengan nombor pendaftaran PJF9791 berwarna Kelabu yang ketika itu dari Persiaran Bukit Jambul membelok masuk ke Lebuh Bukit Jambul ingin menghala ke arah bertentangan dengan gua.

Skreeeeetttt. Gua dengan aksi refleks tahap dewa menekan brek hadapan dan belakang serta cuba mengelak motokar tersebut tetapi gagal. Motosikal gua telah melanggar bumper hadapan sebelah kanan motokar tersebut dan mengakibatkan gua terjatuh tergolek dari motosikal. Tapi nyonya tua di tempat duduk sebelah pemandu motokar tersebut masih dengan muka toya seolah-olah tiada apa berlaku. Perempuan Cina yang memandu motokar tersebut sudah memancarkan cahaya biru air laut di mukanya.

Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa-apa kecederaan kerana pada masa itu mengenakan riding gears yang lengkap. Motokar tersebut hanya rosak nombor pendaftaran dan lampu depan sebelah kanan. Motosikal gua pula mengalami kerosakan pada fairing depan, mudguard depan, signal depan sebelah kanan dan lever grip brek depan.

24062010324

24062010325

24062010326

25062010330

25062010337

25062010336

25062010333

25062010334

25062010335

Sekian report gua.

Update: Kos untuk repair

  1. front fender, green - RM389.20

  2. lever grip front brake - RM70.00

  3. lamp assy signal front right - RM128.30

  4. cowling upp, green -RM1,226.30


All - RM1,813.8

Ahad, 20 Jun 2010

Gua Sedang Kemaskini Enjin Blog

Gua tengah upgrade enjin blog gua ke versi 3.0 liter. Gua dengar cerita enjin ini cc lebih besar, tork lebih power, pecutan pun makin power. Gua agak dengan enjin baru ni blog gua ni akan tinggalkan lu orang kurang-kurang pun sebatang rokok.

Tapi kalu masa lu navigate blog ni, rasa macam celaka sikit. Sabar. Mungkin masa tu blog gua ni kena sekatan jalanraya. Gua belum sempat register tukar enjin. Mungkin JPJ tahan.

Rabu, 16 Jun 2010

Kerja Kena Enjoy

Kerja kena enjoy. Baru lu boleh hidup lama, dan kerja lama.



Tapi gua macam tak boleh nak enjoy dengan kerja gua sekarang. Bos gua pun tak boleh nak enjoy dengan kerja dia. Inilah bahananya kalau bos kepada bos kepada bos buat kerja ikut sedap mulut, tak ada perancangan.

Sudah terhantuk baru tengadah. Ikut sedap mulut saja. Yang teruk orang bawah jugak. Lain kali sebelum nak buat apa-apa, apa salahnya bawak berbincang dulu. Teliti pros and cons dulu. Dapatkan nasihat yang tepat dulu. Orang media memanglah selalu nak cari sensasi. Janganlah pulak lu cepat melatah!

Ah, gua nak kena jugak enjoy dengan kerja gua sekarang. Yang sudah tu sudah!

dulu-dulu: (ini cerita tak ada kaitan dengan cerita di atas)

Ada satu kumpulan orang yang sangat mabuk dengan kuasa, dan hampir menggunakan kuasa diorang untuk mengambil tindakan atas salah silap (yang diorang katakan salah) gua. Semalam gua dengar-dengar cerita (kalaulah betul), bos diorang sudah dikolamkan. Tidaklah pulak gua tahu bila. Tapi sebab musababnya gua tahu. Takziah!

Semoga semua insaf, hidup bagai roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Masa kat atas tu jangan asyik nak melenyek orang lain. Lebih elok kalau gunakan roda bertayar lembut. Kalau kita melenyek pun nanti orang kat bawah tak sakit sangat. Tapi, lu tahulah sekarang macam mana kena lenyek kan? Selamat berenang-renang!

Sabtu, 12 Jun 2010

Demam World Cup 2010

Bangun tengah malam tengok Uruguay vs France. Sungguh kecewa lalu gua masuk tidor kembali.

*akhirnya ada catatan untuk bulan Jun 2010. :-P

Selasa, 1 Jun 2010

Crocs Hina Kalimah Allah?

Gua sebenarnya tak tahu apasal orang kita ini kembali kepada pemikiran yang sempit dan kadang-kadang nampak melampau-lampau betul imaginasi dia.


Heran bin ajaib sungguh! Tepuk dada tanya selera. Lepas ni akan ada pulak yang ekstrem akan kata hurug W tu pun menghina kalimah Allah... tak boleh tulis pakai tulisan rumi la pulak?

Celako! Celako! Yahudi memang celako!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...