Jumaat, 25 Jun 2010

Laporan Kemalangan Ninja 250R

Pada 24 Jun 2010 gua menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250R berwarna Hijau bernombor pendaftaran PJF7734 pulang dari tempat kerja di Lebuh Downing, Pulau Pinang ke rumah di Pulau Betong, Balik Pulau.Motosikal tersebut baru dicuci pada hari sebelumnya dan masih berkilat-kilat lagi.

Gua  melalui Lebuh Bukit Jambul menghala ke Jalan Paya Terubung.  Ketika menghampiri persimpangan antara Persiaran Bukit Jambul dan Lebuh Bukit Jambul, lebih kurang 1730hrs, dengan kelajuan yang perlahan lebih kurang 50 kilometer sejam, kapcai pakcik durian tu pun lebih laju, sambil bersiul-siulan, tiba-tiba sebuah motokar jenis Proton Saga dengan nombor pendaftaran PJF9791 berwarna Kelabu yang ketika itu dari Persiaran Bukit Jambul membelok masuk ke Lebuh Bukit Jambul ingin menghala ke arah bertentangan dengan gua.

Skreeeeetttt. Gua dengan aksi refleks tahap dewa menekan brek hadapan dan belakang serta cuba mengelak motokar tersebut tetapi gagal. Motosikal gua telah melanggar bumper hadapan sebelah kanan motokar tersebut dan mengakibatkan gua terjatuh tergolek dari motosikal. Tapi nyonya tua di tempat duduk sebelah pemandu motokar tersebut masih dengan muka toya seolah-olah tiada apa berlaku. Perempuan Cina yang memandu motokar tersebut sudah memancarkan cahaya biru air laut di mukanya.

Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa-apa kecederaan kerana pada masa itu mengenakan riding gears yang lengkap. Motokar tersebut hanya rosak nombor pendaftaran dan lampu depan sebelah kanan. Motosikal gua pula mengalami kerosakan pada fairing depan, mudguard depan, signal depan sebelah kanan dan lever grip brek depan.

24062010324

24062010325

24062010326

25062010330

25062010337

25062010336

25062010333

25062010334

25062010335

Sekian report gua.

Update: Kos untuk repair

  1. front fender, green - RM389.20

  2. lever grip front brake - RM70.00

  3. lamp assy signal front right - RM128.30

  4. cowling upp, green -RM1,226.30


All - RM1,813.8

9 ulasan:

  1. Harta dunia. Nasib baik lu selamat.

    BalasPadam
  2. @Tok Rimau, alhamdulillah selamat. cuma sakit2 kat bahu sikit saja.

    byk dosa kot. org kata tuhan bg sakit nak sedarkan kita.

    alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. salam bro....takziah dr aku..
    so claim insurans ker?
    nyoya tua tu kasik duit kerosakan ker?

    BalasPadam
  4. @lekuq, claim insurans. nyonya tua tu tak gerak langsung dr tempat duduk. dah tader perasaan dah. kubur kata mari dah kot...

    BalasPadam
  5. so report polis ler....
    biarkan nyoya tu kena saman...

    BalasPadam
  6. @lekuq, bukan nyonya tua tu bawak, tapi anak pompuan dia. dia duduk tepi.

    rugi bro. kena saman baru RM300. keta dia pecah plate dgn lampu depan kanan saja. kos repair keta dia + bayar saman lagi murah dr kos repair motor.

    nk claim insuran dia, kena bayar repair sendiri. mana nak cekau duit. so, claim insuran sendiri saja.

    BalasPadam
  7. Sad to say, amoi dan ah so kalau bawak kete, mesti blur. tatau apa yg difikir kot. P

    Dulu accident kat Penang,
    Ah so volvo petak maki aku "Lu Chiak Kah sau la!" ---> loose translation : Ko makan taik anjing la!. Deym. That is why I hate living in Penang.

    BalasPadam
  8. @Jazmin, ko kena buat ramai dulu sebelum diorang maki ko. bagi kecoh.

    ko salah pun buat mcm dia salah. haha.

    BalasPadam
  9. allamakk...akhirnya tiba juga waktu ini..bukan aku minta hang eksiden..tapi setiap penunggang moto dan juga motonya itu akan pasti merasai pengalaman begini..samada bila dan di mana, teruk ke atau biasa2 je...kita tak tahu.
    tapi hang dah kena sekarang...ermmm
    agak teruk juga cedera ninja hang tu...
    so report seterusnya tentang tuntutan gantirugi ke...perbalahan dgn nyonya tu ke...apa2 lagi takde ke?
    rm1800+ utk repair tu banyak wooo...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...