Hari tu gua dapat notis kompaun dari sebuah PBT di tengah semenanjung sebab kesalahan trafik.
Tarikh notis tu awal bulan tapi cop pejabat pos akhir bulan. Maknanya officeboy PBT tu lewat poskan notis tu selama sebulan. Bila gua dapat tarikh akhir bayaran dah lepas (kalau bayar dalam masa sebulan hanya RM100). Gua kena bayar lebih banyak.
Jadi gua buat aduan di laman web PBT tu, bawah e-aduan. Gua cuma nak minta lanjutkan tempoh bayaran tu.
Disamping itu, gua buat juga aduan kenapakah pegawai PBT sangat lembap sehingga perlukan satu bulan untuk poskan satu notis.
Kelmarin dulu-dulu, 20 Julai 2010, gua dapat call dari pegawai PBT berkenaan. Namanya Azman. Katanya gua tak perlu bayar langsung kompaun tu sebab memang salah dia lewat poskan notis.
Nampak tak? Gomen sekarang ini sangat-sangat-sangat ambil berat pasal aduan.
Jadi? Kalau tak puas hati dengan perkhidmatan gomen, sila jangan malas buat aduan rasmi. Kalau lu betul, lu akan dilayan dengan baiknya.
Tapi saman JPJ hari tu gua tetap kena bayar. Nanti nak renew roadtax tak dapat pulak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan