*Post ini adalah hupdate post tahun 2007. Takkan lah dah 3 tahun takder perubahan langsung, yer dok? Masa post tahun 2007 anak belum ada. Sekarang anak dah dua!
==========
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, yang masih setia...
Ok, terus terang cakap: Saya sebenarnya terpengaruh dengan
entry terbaru daripada
kumprinx pasal
cerita dalam seluar. Sememangnya saya baca sampai habis
entry tersebut, sambil ketawa berdekah. Isteri saya pun terkekek-kekek jugak membaca entry yang mencuit hati itu..
Jadi, senang ceritanya,
entry tersebut membuatkan saya terasa ingin juga membuat
entry pasal cerita dalam seluar. Tapi, setelah mengira-ngira barang yang ada dalam seluar, rupanya tidaklah sebanyak mana. Terpaksalah saya gabungkan dengan cerita dalam baju..
TelefonMotorola L6. Walaupun telefon ini jarang-jarang berada dalam poket seluar saya
(kebanyakan masanya ia berada di meja kerja di pejabat dan di meja solek semasa di rumah..), tapi memandangkan ia masih tetap berada dalam seluar semasa saya memandu, maka ia pun disertakan jugak..
update: sekarang pakai BlackBerry. Selepas L6 sudah pakai Sony Ericsson K501i, selepas itu telah mencuba Nokia E72.
Buku notaCap ayam. Disebabkan kerja yang memerlukan catatan dibuat di mana-mana, maka ia berada dalam kocek baju saya. Namun ia bukanlah bermakna daya ingatan saya sudah mencapai tahap kronik... Saya masih berupaya mengingati sesuatu perkara selama 30 minit.. Selepas itu, saya memerlukan 30 minit untuk mengingat kembali sesuatu perkara... :razz:
update: Buku nota sudah tidak diperlukan. Bukan sebab gua dah banyak makan kismis tok guru sampai dah mudah ingat. Tapi gua boleh tulis banyak benda dalam Blackberry. Ibu jari gua pun dah boleh tahan ligat sekarang nih menekan punat-punat BlackBerry.
WalletJohn Master. Dalam
wallet inilah tersimpan dokumen yang mengesahkan saya seorang warganegara Malaysia, juga dokumen yang melayakkan saya memandu apa-apa jenis kereta dan juga motosikal 250cc ke bawah..
Duit tu adalah jugak.. tapi tak perlulah disebutkan di sini.. :smile:
update: Wallet tetap sama tapi isi dah berubah. Kad kredit konvensional telah dipotong kesemuanya. Hanya tinggal kad kredit islamik untuk kegunaan kecemasan. IC pulak gua dah upgrade dengan gambar terkini yang lebih tembam, tall, dark and handsome! Gua juga telah menambah satu lagi kad iaitu kad perubatan CIMB Aviva (CuepacsCare) untuk kesejahteraan isteri dan anak-anak gua.
SikatCap ayam. Sikat ini berada dalam poket belakang seluar semasa saya mempunyai rambut yang melebihi 1 cm. Bila rambut saya botak ala-ala Mawi
(uwekk.. alergik sebut nama ni..) maka sikat ini akan sengaja ditinggalkan di rumah...
update: Gua dah tak bawah sikat sebab gua sedar kehenseman bermula dari rumah...
PenPilot Ball Liner Medium. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya. Pen ini amat sesuai digunakan untuk menandatangani apa-apa dokumen. Apabila pen ini tertinggal di rumah, saya akan minta lagi sebatang daripada stor. Sebab saya ini agak pelupa orangnya,.. maka di rumah saya ada tidak kurang 10 batang pen seperti ini..
update: Pen gua dah downgrade ke Faber Castell murah punya. Gua kadang-kadang kesian jugak dengan majikan gua. Dah majikan gua kena siapkan duit untuk Big Mama shopping. Mana boleh gua nak spend duit dia banyak-banyak buat beli pen lagi. Cheh!
NametagCap ayam. Ini adalah pas masuk ke KOMTAR. Walaupun ia akan berada dalam kocek saya semasa saya perlu ke KOMTAR sahaja, tapi saya nak jugak tunjukkan kat sini..
KunciProton. Ini adalah kunci kereta wira cabuk saya.. Kalo kunci ini tertinggal, kereta saya tak bleh start. Bila kereta saya tak bleh start, saya tak bleh balik rumah atau ke pejabat...
update: Gua dah tolak Proton Wira kat abang gua. Gua sekarang jadi rider pulak. Naik motor 250cc pulak. Dah berumur ni kena buat perkara yang boleh buat gua tak sedar diri. Naik motor bonceng awek kadang-kadang cara jugak!
Terasa muda sokmo!