Raya tahun ni gua asah lagi bakat gua menggodek-godek kuali dan senduk. Antara menu yang pernah gua cuba sepanjang raya tahun ini (dan tahun lepas) adalah:
Mi goreng
Mi kuah
Mi udang Pulau Pinang
Char koay teow
Laksa Penang
Itu sajalah.
Sebenarnya gua boring teramat. Anak-anak sudah tidur penat berjalan-jalan berhari raya.
Tahun ini juga kali pertama beraya tanpa Cik Yah diorang yang juga pertama kali beraya di rumah suami. Elehn raya kat kolumpo bukan best pun. Mesti mati kutu kat rumah jer tu.
Lain kali kalau setakat nak beraya kat kolumpo, petang raya tu geraklah balik kampung. Raya kat bandar memang tak into sangat. Ingat kalau raya kat bandar ada pakcik songkok putih datang bawa beca merah datang jemput ke? Mana ada! Haha.
Raya ni memang dah ditailored untuk diraikan dikampung tempat asal usul. Lepas beraya dengan suami, mak mentua, sedara mara belah sana, balik pulak beraya dengan mak dan sedara mara belah sini pulak. Baru cara!
Hari raya biasanya gua aturkan raya pertama untuk keluarga terdekat. Raya kedua untuk saudara mara. Raya ketiga pulak untuk kawan-kawan. Lepas itu balik ke kampung bini pulak. Ini apakes kalau cuti raya dua minggu tapi balik rumah saudara mara bini hari last esok nak kerja. Mana adil?
Gua rasa diorang lupa. Walaupun bagi perempuan suami itu lebih utama berbanding ibu sendiri, tapi suami jangan lupa mak mentua (ibu isteri) adalah setaraf/selayak ibu sendiri. Kalau kita rasa sangat perlu untuk bersama ibu kita di hari raya, maka perasaan perlu itu juga untuk beraya dengan mak mentua. Maka secara langsung keperluan isteri untuk beraya dengan ibunya (mak mentua kita) juga akan terlaksana.
Peh! Dari menu raya melalut ke mak mentua pulak.
Mungkin ini hasil madrasah Ramadan!
Chow!
eh itu gambar akram ke bro? haha.
BalasPadamtangkap gambar awek cun je ke bro..
BalasPadam